Followers

Wednesday, September 03, 2014

Meet Our Little Gentleman

Hai. Salam.

Apakah semuanya sihat-sihat saja?
Harap masih ada sisa-sisa pembaca yang sudi menjenguk blog ini. Untuk pengetahuan umum saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang selama ini saya dan suami war-warkan dengan singkatan BabyAA. *kalau artis mesti ramai nak teka nama anak dia sapa*

Pada hari Jumaat tanggal 22/8/2014 jam 11.09am. Saya bersalin secara normal walaupon dengan bantuan Induce atau erti kata lain ubat yang memaksa bukaan secara tak rela namun aku relakan. Mihmihmih *ibu mana yang rela perutnya ditebuk berbanding anak keluar di bawah secara normal* maka aku relakan bukaan secara paksaan demi mu BabyAA.

Dengan pertolongan suami mimilih nama. Dan saya hanya menambah pangkal nama anak sahaja. Maka kami namakan Ahmad Ammar. Sempena mujahid Ahmad Ammar yang suami dan saya kagumi kisah hidupnya. Harapan kami agar Ahmad Ammar membesar dah mencontohi perilaku Mujahid Ahmad Ammar nanti. AMEEN. Tak kisah lah ye Ammar kalau orang lain kata nama awak kuno ke x sedap disebut ke. Ahmad Ammar anak bonda dan ayah. Ayah dan bonda lebih tahu ape yang terbaik untuk awak *tak payah nak over protective sangat izan oi*

Oleh itu let us share a picture of our Little Gentleman. Ahmad Ammar bin Noor Azlan.

Pengalaman Bersalin.

Ahmad Ammar dijangka keluar dari rumah sewa pada 20/8/2014. Tapi saya tak ada apa-apa tanda mahu melahirkan Ammar. Tanda dari segi fizikal mahupon mental. HAHAHAHA. Dari segi fizikal maksudnya seperti kaki bengkak, muka sembab, hidung kembang. Ini semua tiada saya alami. Tapi semasa 39weeks saya sudah mengeluarkan tanda-tanda berdarah. Tapi warna darah adalah coklat. Alan dan saya cuak lalu terus ke hospital dengan andaian adakah ini masanya untuk melahirkan. Tapi kecewa bukan kepalang. Tiada bukaan mahupun contraction. 

Doktor nasihatkan agar saya balik dulu and kalau ada contraction baru datang balik hospital. Sampai 20/8/2014 masih tak ada contraction and kepala baby masih floating. Masa ni mak mertua dah ada di rumah kami. Buat teman kalau tiba-tiba saya mahu melahirkan dirumah, atleast ade penyambut. Hikhikhik. Alan cadangkan untuk pergi berurut pada malam 20/8/2014. Lepas maghrib kami semua termasuk emak mertua pergi berurut dan pujuk-pujuk BabyAA suruh dia keluar. Kata Kak Ida *orang yang mengurut tu* biasanya kalau dia dah pegang-pegang perut ibu mengandung ni esok atau lusa mesti bersalin. 

Malam tu memang saya tak boleh tidur. Gelisah semacam. Perut rasa keras dan asyik nak terkencing. Alan pon rasa tak selesa nak tidur sebab saya asyik bangun dan memusing gelisah diatas katil. Rasanya malam tu 3@4 kali Alan tanya nak pergi hospital ke? Saya cakap esok pagi la lepas subuh. 

Pada pagi 21/8/2014. Alan ajak mak mertua sekali nak ke hospital. Sebab air ketuban dah leaking sikit-sikit. Tapi mak mertua pesan sikit-sikit tu bukan tanda lagi tu. Biasa air ketuban keluar sekali gus seperti air paip bomba tanpa kawalan. HAHAHA.  So Alan pergi kerja macam biasa. Dan saya dengan senang hati sebab mak mertua kata belum mahu melahirkan kembali tidur seperti tiada apa-apa. Bangun tengok tivi bersama emak mertua sejam kemudian. Akhirnya emak mertua tegur kerana baju tidur ku basah. Rupanya air ketuban telah leaking lagi. Nasib ada emak mertua teman, kalau harapkan aku sampai kesudah tak tahu itu tanda mahu melahirkan. HAHAHA

Call Alan dan ajak pergi hospital dengan segera. Tapi bukaan hanya 2cm. Dan doktor suruh masuk ward dan tunggu sampai contraction kerap sambil cucuk antibiotik. Sebab dah leaking lebih 24jam. Kalau sampai pagi esok 22/8/2014 bukaan masih 2cm maka proses paksaan akan dijalankan *induce*. Memang tak jadi apa-apa. Dan saya telah ditahan diward semalaman dengan pantauan. Nurse pesan suruh mandi,makan and solat dahulu pada pagi 22/8/2014. Dan masuk bilik bersalin pada jam 6.30am untuk masuk ubat induce. 

Masuk ubat jam 7am dan Doctor bagi tempoh sampai 1ptg kalau saya masih belum melahirkan maka akan di bedah untuk melahirkan Ahmad Ammar kerana leaking lebih 24jam berbahaya pada bayi dan ibu. Lalu saya terpaksa bersetuju. 10.30am contraction makin kerap tapi bukaan baru 5cm, doctor dan sister telah sepakat mahu membedah saya. Tapi atas keperihatinan salah seorang Doctor perempuan dia minta izin untuk tolong bukaan. Akhirnya bukaan menjadi 7cm atas hasil selukan. *kalau diulang rakaman bagaimana aku merayu tidak mahu dibedah mesti menjadi ejekan 10keturunan*

Dengan 3kali push. Ahmad Ammar bin Noor Azlan terkeluar melihat dunia.

Welcome to the duniawi penuh pancaroba sayang. InsyaAllah ayah dan bonda sentiasa ada.

P/s: kenapa penggunaan kata ganti diri menjadi SAYA? Ini petanda zaman kegemilangan sebagai bonda akan bermula. Mihmihmih


2 comments :

  1. tahniah izan! selamat menjalani fasa baru. semoga ahmad ammar jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  2. comelnya kak baby AA.:) selamat berpantang kak..:)

    ReplyDelete

leave me some words ;)