Followers

Monday, December 20, 2010

jejak kasih

pertama sekali aku mohon maaf kerana menjajakan cerita-cerita basi. bukan tak mahu cerita awal-awal. tapi masalah broadband maxis memang amat mengecewakan pengguna pantas seperti aku ni. sentiasa nak cepat. kalau boleh tiap sejam aku nak update blog. namun, itu hanya anganan mat jenin.

seperti biasa introduction memang akan sedikit panjang. berbalik kepada perkara pokok, saya telah menjalankan satu program jejak kasih antara hasmira dan aina. mereka adalah kawan sekolah aku masa dalam tingkatan 1-3. kami menghuni asrama semai bakti trolak, tapi bersekolah di sekolah menengah sg,kruit. kalau ikotkan hati, boleh je aku duduk rumah mak ayah aku berulang pergi sekolah. tapi mak ayah aku lagi suka aku duduk asrama. asrama ni hanya untuk anak-anak felda seluruh malaysia sahaja. mira dari negeri sembilan aina dan aku dari perak je. so bila dah tamat menengah rendah. mira balik la duduk negeri sembilan balik. sambung belajar kat sek teknik. aina masuk asrama semai bakti KL. aku plak masuk MRSM. 

aku dengan aina kan duduk sama negeri je, so sepanjang kami duduk sekolah lain-lain ni adalah juga berjumpa. paling teruk pon setahun sekali. aku dengan mira pon selalu jumpa. sebab mira ni kerja kat dalam UPM je. aku plak duduk kat UKM BANGI. tapi masalahnye si aina dengan mira la yang susah nak jumpa. lepas je tamat menengah rendah, memang diorang tak pernah jumpa langsung. ada la dalam 5 tahun. aku pon mengaturkan jejak kasih untuk diorang berdua. ehem! kasi big clap sikit tuk aku. eceh..


aku selaku penjejak kasih kena jadi camerawomen je. tak boleh lebih-lebih ambil gambar. kena jadi tukang ambil gambar sahaja. tak pe la, kasi la chance kat diorang nak melepas rindu. paling tak boleh tahan, aina siap menangis lagi masa aku dengan mira nak balik. sensitif sungguh la ko na...HAHAHA

maafkan aku sekali lagi kerana memaparkan aksi-aksi seperti ini. harap kanak-kanak yang dibawah umur mendapat bimbingan dari orang dewasa.


sekian sahaja program jejak kasih kali ini. program jejak kasih siri 2 akan tiba tak lama lagi ;)

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)