Hai, salam.
Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kan aku pernah mention yang aku adalah insan yang berbasib baik memakai braces tanpa perlu mencabut walau sebatang gigi. Kalau tak jumpa dekat mana aku mention. Boleh refer kat previous entry pasal braces yang aku ade letak link kat sidebar blog.
Rupanya hanya anganan sahaja. Dentist aku ade mention pasal nak cabut gigi ni, tapi dia kata sebolehnya dia akan cuba untuk tidak cabut but ini bergantung kepada sejauh mana progress gigi belah atas aku akan pergi. Memandang kes aku sedikit rumit, iaitu jaw sebelah bawah aku senget ke sebelah kiri. So, susunan gigi bawah aku sedikit sukar untuk masuk kedalah. Kalau aku tak cabut, dentist hanya akan susun gigi aku bagi teratur tapi jaw bawah still akan senget ke kiri. So, aku decide, Jumaat lepas aku pergi cabut.
Menurut pandangan my dentist, dia akan cabut 2 batang gigi sebelah bawah pada kiri dan kanan sebelah gigi taring bawah. Takpe-takpe, jangan pening nak bayangkan gigi yang mana. Aku sertakan gambar dibawah untuk rujukan. Sila abaikan gusi yang masih berdarah saat itu.
Selepas cabut, my dentist kata dia tak boleh pasang dawai dan band sebelah bawah until gusi aku stop bleeding. Kau bayangkan la, gigi yang kuat dan sihat dicabut begitu sahaja. Aku sempat minta nak tengok rupa gigi aku yang dicabut tu. Banyak darah tok sah cerita, pastu aku rasa nak menangis sebab kesian kat gigi tu dibuang macam tu je. Sorry baby, mommy have throw you away. Bius adalah sebanyak 6 suntikan. Pada mulanya hanya 2 suntikan. Tapi my dentist kata gigi aku sangat kuat. So dia terpaksa tambah lagi 4 suntikan untuk pastikan aku tak menangis after that.
Tapi semuanya dusta, selang 6jam after that, aku nangis dalam toilet office. Nak nangis kat meja malu ngan bos. So, aku memerap dalam toilet selama 30minit hanya untuk melepaskan rasa sakit dengan menangis. Mesej Alan, " Awak, sakitnya gigi saya". "Sabarlah baby, kata nak cantik kan, Sian awak" Then automatic rasa lega. HAHAHA. Lega tak sama dengan rasa hilang sakit ye. Hanya lega.
Lepas 3 hari aku menanggung denyut-denyut akibat bius dah hilang, Isnin tu aku pergi untuk pasang band dan dawai sebelah bawah pula. Aku pilih merah, sebab kereta aku warna merah. Boleh? HAHA.
Dah macam bridge kat dalam mulut aku. Sangat cool rasanya. Tipu la cool. Sangat sakit rasanya okey!
Selesai pasang, masih tak rasa apa-apa. Masuk ke petang, aku dah tak boleh tahan dah. Rasa nak telan pain killer je. Tapi memandangkan aku puasa. Sabaaaaaaarrrr aje la.
Esoknya selasa ingat dah okey la tak rasa apa-apa. Deym. Lansung tak boleh nak kunyah solid food. Akibatnya hanya masak bubur cha-cha.
Okey, hari ni rabu. Dah rasa okey sket. Gusi dah tak denyut-denyut. Cuma gigi belah atas and bawah langsung tak bertemu. Maknya kalau kunyah makanan pon takkan lumat. Aku kene pikirkan cara lain nak makan bagi kenyang perut aku ni ha.
Okey, tamat la cerita bulan ke-empat aku pakai braces. Memandangkan raya dah nak dekat. Aku wish awal-awal k.
p/s: tahun ni aku beli kebaya. Tapi berat badan macam turun. Jangan pakai kebaya rupa pakai baju kurung dah la. HAHA
with❤:izan®