Followers

Wednesday, August 15, 2012

Braces 4th Month-Cabut gigi memang sakit!

Hai, salam.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kan aku pernah mention yang aku adalah insan yang berbasib baik memakai braces tanpa perlu mencabut walau sebatang gigi. Kalau tak jumpa dekat mana aku mention. Boleh refer kat previous entry pasal braces yang aku ade letak link kat sidebar blog.

Rupanya hanya anganan sahaja. Dentist aku ade mention pasal nak cabut gigi ni, tapi dia kata sebolehnya dia akan cuba untuk tidak cabut but ini bergantung kepada sejauh mana progress gigi belah atas aku akan pergi. Memandang kes aku sedikit rumit, iaitu jaw sebelah bawah aku senget ke sebelah kiri. So, susunan gigi bawah aku sedikit sukar untuk masuk kedalah. Kalau aku tak cabut, dentist hanya akan susun gigi aku bagi teratur tapi jaw bawah still akan senget ke kiri. So, aku decide, Jumaat lepas aku pergi cabut.

Menurut pandangan my dentist, dia akan cabut 2 batang gigi sebelah bawah pada kiri dan kanan sebelah gigi taring bawah. Takpe-takpe, jangan pening nak bayangkan gigi yang mana. Aku sertakan gambar dibawah untuk rujukan. Sila abaikan gusi yang masih berdarah saat itu. 


Selepas cabut, my dentist kata dia tak boleh pasang dawai dan band sebelah bawah until gusi aku stop bleeding. Kau bayangkan la, gigi yang kuat dan sihat dicabut begitu sahaja. Aku sempat minta nak tengok rupa gigi aku yang dicabut tu. Banyak darah tok sah cerita, pastu aku rasa nak menangis sebab kesian kat gigi tu dibuang macam tu je. Sorry baby, mommy have throw you away. Bius adalah sebanyak 6 suntikan. Pada mulanya hanya 2 suntikan. Tapi my dentist kata gigi aku sangat kuat. So dia terpaksa tambah lagi 4 suntikan untuk pastikan aku tak menangis after that.

Tapi semuanya dusta, selang 6jam after that, aku nangis dalam toilet office. Nak nangis kat meja malu ngan bos. So, aku memerap dalam toilet selama 30minit hanya untuk melepaskan rasa sakit dengan menangis. Mesej Alan, " Awak, sakitnya gigi saya". "Sabarlah baby, kata nak cantik kan, Sian awak" Then automatic rasa lega. HAHAHA. Lega tak sama dengan rasa hilang sakit ye. Hanya lega.

Lepas 3 hari aku menanggung denyut-denyut akibat bius dah hilang, Isnin tu aku pergi untuk pasang band dan dawai sebelah bawah pula. Aku pilih merah, sebab kereta aku warna merah. Boleh? HAHA.


Dah macam bridge kat dalam mulut aku. Sangat cool rasanya. Tipu la cool. Sangat sakit rasanya okey!


Selesai pasang, masih tak rasa apa-apa. Masuk ke petang, aku dah tak boleh tahan dah. Rasa nak telan pain killer je. Tapi memandangkan aku puasa. Sabaaaaaaarrrr aje la.

Esoknya selasa ingat dah okey la tak rasa apa-apa. Deym. Lansung tak boleh nak kunyah solid food. Akibatnya hanya masak bubur cha-cha.


Okey, hari ni rabu. Dah rasa okey sket. Gusi dah tak denyut-denyut. Cuma gigi belah atas and bawah langsung tak bertemu. Maknya kalau kunyah makanan pon takkan lumat. Aku kene pikirkan cara lain nak makan bagi kenyang perut aku ni ha.

Okey, tamat la cerita bulan ke-empat aku pakai braces. Memandangkan raya dah nak dekat. Aku wish awal-awal k.


p/s: tahun ni aku beli kebaya. Tapi berat badan macam turun. Jangan pakai kebaya rupa pakai baju kurung dah la. HAHA

with❤:izan®

9 comments :

  1. ish mesti sakit giler2333x kan..
    nak gigi tersusun kena ade pengorbanan kan..hihi..

    caiyok3.. hihi :)

    ReplyDelete
  2. ada jgk terlintas nk pakai braces tp takut bab2 cabut gigi nie..hihi

    ReplyDelete
  3. hye ms izan...i ada soalan la nk tnya you regarding braces ni..
    1) you start pakai braces ni dlm bulan berapa yek.? im confusing

    2) msa you pg cabut gigi tu berapa cost yg you kne byr waktu you jumpa doc zarin. adakah msa tu you dh start byar installment braces you tu. tq

    ReplyDelete
  4. hai anon..

    sorry sebab lambat reply.
    dah nak masuk 5 bulan dah.

    masa cabut gigi kene dalam rm150. ini tidak termasuk dalam installment yg every month saya bayar.

    and yes! saya dah start bayar installment masa tu ;)

    ReplyDelete
  5. Kebetulan klinik tu dekat dengan my house so boleh lah I buat braces dekat situ nanti. Hehe dear nak tanya. Masa check up x-ray semua prosedure sampai dah pakai braces tu memakan masa berapa lama ya? Bcs I student belajar jauh so I thought nak pakai masa cuti semester nanti. Tak tahu sempat ke tak :)

    ReplyDelete
  6. Kebetulan klinik tu dekat dengan rumah I and I memang nak pakai braces tapi tak tahu nak buat kat mana so lepas ni oleh lah buat kat situ. Hehe. Dear, nak tanya. Berapa lama prosedure dari mula sampai dah pasang braces tu? Sebab I ingat nak buat masa cuti semester ni and I belajar jauh so harap harap sempat buat :)

    ReplyDelete
  7. hai farah,

    dalam sebulan jugak. sebab saya bekerja and hanya boleh pergi klinik hari sabtu. apa kata farah baca balik entry sebelum2 ni yg izan pernah cerita pasal braces. ade kat link sidebar. harap ianya membantu ;)

    ReplyDelete
  8. Salam sy nak tanya somethingla. Currently sy tgah pakai braces..dan mcm awak sikit doc ckp xpayah cabut gigi tapi mungkin kena cabut bergantung kpada keadaan. So sy legala. But something happened that made me worried. Ramai org jumpa saya cakap saya da makin kurus which is actually bila timbang lebih kurg je berat saya. N bila tgk cermin sy pahamla kenapa org ckp camtu sebab braces ni buat pipi saya slimmer.. Jadi macam da x chubbyla senang cite . Satu lagi sy dapat rasala bnda tu sebab upper n lower teeth sy macam x bertemu dengan betul.so saya xdapat close mouth properly..maybe thats another reason pipi saya nampak slimmer:( cause it need to descends down a bit. So nak tahu betul ke pakai braces ni mengubah bentuk muka kita?? N betul ke upper n lower teeth tu xbertemu normal untuk org yg baru pkai braces dalam 2 bulan mcm sy ni? Nanti akan jadi normal x?? Please im so worried and sad because im already skinny and this thing makes me more skinner which is a big no to me!:(

    ReplyDelete
  9. mula-mula saja kot akan rasa macam kita kurus. for me after a year with braces i gain weight. almost 5kilo. hahaha. dengan syarat kau hentam je makanan tu either boleh kunyah ke tak. paksa sikit diri tuk telan je makanan. kalau x boleh makan solid food, i buat bubur. janji kenyang. *dah macam pakar nutrition. hik hik hik

    p/s: aah muka izan pon mcm pelik sket. bukan makin runcing, dagu yang runcing menjadi bulat. waaaaaaaaa...

    ReplyDelete

leave me some words ;)