Followers

Wednesday, September 26, 2012

Kenapa aku suka lelaki 'chinese look'

Hai, salam.

Sebelum ada yang bertanya mana entry braces berikutnya. Aku maklumkan disini. Entry tersebut bakal menyusul kelak. Sabarlah wahai pentanya-pentanya sekalian. Ada banyak lagi entry dalam draft yang tersimpan kemas menanti saat aku nak publish je. Biasalah, semenjak bekerja office hour ni sibuk makin menjadi-jadi. Sibuk tengok tv, sibuk masak, sibuk berangan.

Merujuk kepada tajuk "Kenapa aku suka lelaki 'chinese look'?".

Kalau korang perasan. Eh, mesti la perasan, lelaki jenis macam ni diorang biasa putih-putih gitu. Aku kan tak berapa nak putih. So kalau boleh aku nak la ada genetik putih untuk bakal anak-anak aku nanti. Ahaks. Gatalnya la hai. Jangan nanti semua ikut kulit aku dah la. Berkawah,gelap,tak gebu dan semuanya tak la. Anak-anak bonda, nanti ikut ayah korang eh. Dia putih,gebu,mulus,tulus dan syahdu. HAHAHA

Lagi satu, lelaki 'chinese look' mempunyai mata yang sepet. Kadang-kadang sampai tak nampak diorang ni buka mata ke tak. So nanti, kalau aku tengah bebel-bebel marah manja, aku still ingat lelaki jenis ni pandang aku dan paham apa yang aku sampaikan. Padahal dah sampai langit ketujuh mungkin lena dibuai mimpi. Ini akan mengurangkan rasa kesakitan hati apabila tidak dilayan. Lagi satu, mata yang macam ni boleh buat aku tergoda. Like sepet-sepet manja gitu.

Lastly, eh dah last? Malas la nak puji sangat lelaki 'chinese look' ni. Bagi tiga sebab sudah. Diorang ni kalau ade janggut and sedikit jambang rasa macam sangat sexy. Sebab kan kulit putih, and bila jambang-jambang anak baru nak tumbuh, warna macam biru nak hijau-hijau sket (jambang ke lumut tu). HAHAHA. Macam sexy la wey. Sexy bukan bererti kena bukak baju and naked. Tiba-tiba naked nak kena English kan. Sexy ada banyak cara. One of them adalah lelaki 'chinese look' dengan jambang anak. 

Aku sertakan contoh yang senang untuk difahami. Sila lihat lelaki dibawah. Soooooo Ah Chong.

Perhatikan jambang-jambang anak. Rasa nak tarik bagi tercabut. Nasib kau manusia hidup. Kalau patung dah lama aku buat.


Okey, mata sepet sebelah? Sepatutnya dua-dua belah. Tak pe la. Asalkan sepet. And putih, gebu, mulus, tulus dan syahdu. Rasa nak sumbat straw dalam hidung kau.

Oleh itu, begitulah sebabnya kenapa, mengapa dan bagaimana aku memilih lelaki 'chinese look'.

with❤:izan®

Wednesday, September 12, 2012

Hari raya kedua (kali ni memang cerita basi)

Hai, salam.
 
Maaf kan saya. Ini lah berjanji tak pernah tepati. Kesempitan waktu yang buat aku malas nak sambung tentang cerita raya. Kalau ikutkan hati, nak je aku hire seorang admin untuk buat kerja update-update blog ni. Tapi apakan nasib, dah memang aku bekerja sebagai admin sekarang. Tunggu sampai aku jadi bos, maybe aku akan pikirkan semula cadangan ini.

Hari raya kedua kali ini amat menarik. Aku berkesempatan melawat kawan-kawan zaman sekolah rendah. We made it. After maybe almost 10 years. We disini adalah aku,dayah,ayin and aqilah. Rasanya yang paling lama tak pernah jumpa kawan-kawan sekolah rendah ni adalah aku dan dayah. Sebab lepas je habis darjah enam, kami dihalau keluar dari felda rancangan. Eh, kami menghalaukan diri kami sendiri. Masuk asrama, sampai la dah habis universiti.

Apa? Dah habis universiti? Rasa macam semalam baru aku terkedek-kedek berlari mengejar masa menjalani orentasi di UKM. Rupa-rupanya dah hampir 2 tahun aku grad. Apa ni izan. Kami mahu cerita raya, bukan cerita zaman silam kau yang entah dari mana tiba-tiba muncul dalam entry ni. Fine-fine. Ini cerita raya kedua.

Actually aku tak ingat dari pagi aku buat apa. Aku akan upload gambar secara random, dan bercerita secara random juga. Harap kesulitan ini dapat dimaafkan.

Nama baby ni Syahdu Syuhada. Sedapkan nama beliau? Baby ni anak kepada kakak kawan aku. Kitorang lepak rumah ayin sementara tunggu kawan-kawan yang lain datang.

Okey, dayah pon nak ada gambar dengan syahdu. Syahdu ni bila dengan aku masam je mukanya. Bila dengan dayah elok je. Nyampah taw!

Ini lah kawan-kawan saya zaman sekolah rendah. Ini hanya 1/10 je ye. Lagi 9/10 maybe raya tahun depan kita cari pula eh rumah diorang untuk beraya.

Oleh itu, entry tamat secara tiba-tiba. Bye.

with❤:izan®

Thursday, September 06, 2012

Hari Raya Saya (Tajuk macam buat karangan darjah 1)

Hai, salam.

Siapa nak kata cerita ni cerita basi. Mai sini mai cakap depan muka aku. Tapi aku peduli apa. Nak cerita juga. Untuk raya tahun ni, aku pakai je baju apa yang ada. Yang ada tu adalah baju kebaya sepasang and baju kurung sepasang. Apa yang ada la tu kan? Hahaha

Semua adik beradik aku beraya dirumah. Angah pon beraya dengan kami. Dekat di hati. Seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas. Aku dikerah bagai maid oleh mak aku. Maid tak bergaji. Tapi tak pe, demi mak aku wat je kerja. Masak, kemas rumah. Aku kemas, esha sepah. Aku kemas lagi, esha sepahkan lagi. Lama-lama aku fade-up, aku tidur dan nangis bawah bantal.

Pagi raya adalah saat paling syahdu. Tahun ni tema bebas. So, ikut family masing-masing nak tema warna apa. Aku? sebab tak de family lagi. Aku pon bebas nak ikut mana-mana family. HAHA

Masa ni la nak mengaku salah depan mak ayah. Minta halal semua duit ayah bagi. Haha

Okey, sila perhatikan esha. Dia paling emotional.
Hari raya pertama hanya dirumah. Selepas ini semua gambar sahaja. Malas nak taip-taip dah.

All. Include bibik n husband.

Anak bongsu emak dan ayah. Yang bulat tu pensibuk.

Abang Pen's family.

Acik's family.
Along's family.

Bibik's family.

Maksu and anak buah kesayangan. Dah besar dah ko shahrul.
Sehingga esok. Tataplah entry ini banyak kali. Kalau rajin aku update hari raya berikutnya pula. Bye ;)
with❤:izan®