Followers

Wednesday, September 12, 2012

Hari raya kedua (kali ni memang cerita basi)

Hai, salam.
 
Maaf kan saya. Ini lah berjanji tak pernah tepati. Kesempitan waktu yang buat aku malas nak sambung tentang cerita raya. Kalau ikutkan hati, nak je aku hire seorang admin untuk buat kerja update-update blog ni. Tapi apakan nasib, dah memang aku bekerja sebagai admin sekarang. Tunggu sampai aku jadi bos, maybe aku akan pikirkan semula cadangan ini.

Hari raya kedua kali ini amat menarik. Aku berkesempatan melawat kawan-kawan zaman sekolah rendah. We made it. After maybe almost 10 years. We disini adalah aku,dayah,ayin and aqilah. Rasanya yang paling lama tak pernah jumpa kawan-kawan sekolah rendah ni adalah aku dan dayah. Sebab lepas je habis darjah enam, kami dihalau keluar dari felda rancangan. Eh, kami menghalaukan diri kami sendiri. Masuk asrama, sampai la dah habis universiti.

Apa? Dah habis universiti? Rasa macam semalam baru aku terkedek-kedek berlari mengejar masa menjalani orentasi di UKM. Rupa-rupanya dah hampir 2 tahun aku grad. Apa ni izan. Kami mahu cerita raya, bukan cerita zaman silam kau yang entah dari mana tiba-tiba muncul dalam entry ni. Fine-fine. Ini cerita raya kedua.

Actually aku tak ingat dari pagi aku buat apa. Aku akan upload gambar secara random, dan bercerita secara random juga. Harap kesulitan ini dapat dimaafkan.

Nama baby ni Syahdu Syuhada. Sedapkan nama beliau? Baby ni anak kepada kakak kawan aku. Kitorang lepak rumah ayin sementara tunggu kawan-kawan yang lain datang.

Okey, dayah pon nak ada gambar dengan syahdu. Syahdu ni bila dengan aku masam je mukanya. Bila dengan dayah elok je. Nyampah taw!

Ini lah kawan-kawan saya zaman sekolah rendah. Ini hanya 1/10 je ye. Lagi 9/10 maybe raya tahun depan kita cari pula eh rumah diorang untuk beraya.

Oleh itu, entry tamat secara tiba-tiba. Bye.

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)