Followers

Tuesday, March 26, 2013

Budget Trip To Cameron-RM100 Only

Hai, salam.

Segmen cuti-cuti Malaysia lagi kali ni. Nampaknya kena buat sidebar untuk cuti-cuti pulak la. Ke Cameron lagi kali ni. Sebab tempat ni je best, murah and dekat dengan Trolak. Kali ni berpergian dengan Dayah and Farah. Tapi kalau nak tunggu deme yang update dalam blog. Memang tak de la. Dayah dengan last entry Sungai Kinta nya, Farah pula dengan entry cinta. Elok lah kome ni jadi kawan aku. Haha.

Kitorang pergi naik cameron hari sabtu pagi. Janji kekonon nak gerak awal la. Dalam pukul 7 pagi katanya. Tapi jam 8.30 pagi baru gerak. Biasa lah, banyak kerja nak dibereskan sebelum meninggalkan rumah. Aku balik Trolak Jumaat malam lagi. Tidur dulu kat rumah, and esok Sabtu nya Dayah ambil aku and Farah di rumah masing-masing.

Dari Trolak nak naik Cameron dalam 2 jam sahaja. Dengan berbekal kan RM100 seorang adalah sangat mencukupi ye. Percutian budget yang sangat mewah.
  1. Minyak kereta MyVi dayah hanya RM 50
  2. Hotel Bajet (Emeral Inn) -RM 88
  3. Makan Malam Bajet ala-ala mewah sket -RM50
  4. Brunch di strawberry farm -RM 30
  5. Masuk taman rama-rama -RM15
  6. Selebihnya kami buat shopping sayur-sayuran.
So far ini hanya anggaran ok. Sebab aku dah lupa perbelanjaan sebenar. Ye la, bulan Januari punya cerita ni nak masuk April baru nak upload. Memang tahap lupa aku menggila la.

Gambar-gambar nanti aku upload okey. I is busy. Harap maklum.


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)