Hai,
Siapa dengan HOT FM semalam? Pasal nama panggilan tu. Yang ada seorang akak tu orang panggil dia cekodok sebab dia suka makan cekodok. Lepas tu tiba-tiba teringat yang Alan dulu bukanlah yang sekarang. Eh, tak de kena mengena. Dulu kawan-kawan and aku tak da la panggil Alan tu Alan. Masa zaman sekolah menengah, masa form 1-3 kan aku sama sekolah dengan Alan. Kawan-kawan panggil Alan tu Ahcong. Sebab?
Ala, korang jawab la sendiri. Dah muka putih-putih macam tu. Mata sepet. Rambut lurus-lurus belah tengah. Dia punya minyak rambut berkilat silau biji mata I. Eceh, nampak sangat tengok Alan masa sekolah dulu. Tengok je la. Seperti entry-entry lepas aku kan dah kata Alan bukan lelaki idaman kalbu ketika disekolah. I suka lelaki gelap. Sasa. Dan berbulu. Tapi bukan KERL. Boleh tambah ing.
*maafkan saya kiranya biadap*
Oleh kerana masa zaman persekolahan begitu ramai yang ada nama panggilan. Sebagai contoh Nonot, Buyut, Bite, Apek, Panjang dan Ahcong. Ini contoh. Dan nama-nama panggilan ni ada yang kekal sehingga kini. Tapi malangnya nama Ahcong tidak panjang usianya. Berkubur sampai zaman sekolah saja. Namun bagi Alan ini adalah penentu masa depan. *kau jangan nak drama sangat izan*
Aku pernah tanya Alan, kenapa nama Ahcong tidak dikomersialkan sehingga sekarang. Sedap apa panggil Ahcong. Mesti penuhhhhhhh blog aku dengan nama ittew. Erk?? Alan jawab :
Aku rasa macam nak muntah kalau panggil dia Ellen. Sungguh not u la. Alan. Fullstop. Cukup dah bagi aku. Ececece..*ada makna ni*
Sampaikan masa aku announce *kau kira kau artis nak umum bagai* aku dengan Alan masa 4 tahun lepas, *huyyoooooo* ada salah seorang kawan aku ingat Alan is Chinese Muslim or mualaf dalam bahasa senang. Sebab muka dan namanya menggambarkan kebegituan. *maafkan saya atas penggunaan tatabahasa ini*
Oleh itu, Alan telah berjaya menukar nama dari Ahcong ke Alan. Entah macam mana dia buat aku tak tahu. Mungkin masa memperkenalkan diri dekat tempat belajar (METC) dulu dia paksa kawan-kawan panggil dia Alan.
Alan is in the red circle. See, macam mana nak suka u masa sekolah. Very putih, very kurus, very not my type. Tergugat la kejelitaan masa zaman sekolah kalau bergandingan dengan u. Tapi kalau kau tanya sekarang pasal Alan. Aku boleh cerita 10 bakul BETAPA HEBATNYA SUAMIKU.
HA HA HA
Sehingga mood memblog sampai kembali. Entry ini dengan rasminya TAMAT.
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)