Followers

Tuesday, January 28, 2014

Tabahnya Alan.

Hai, Salam.

Semacam lama kan tak update. Ko tak payah semacam sangat. Memang dah lama pon tak update. Macam tak boleh nak update sangat. Asal nak update je, tiba-tiba tekak aku rasa nak loya. Ni aku tengah tahan je ni. Aku perati je pintu bilik air office ni. 

Since aku tahu aku pregnant masa tu baru 3 weeks. Hati ni kuat sangat nak buat UPT sendiri even aku belum lambat period. First test tu aku pakai UPT murah tu je. Beli kat Watson. Masa tu tak clear pon aku punya double line. Nampak tu nampak la. Tapi tak jelas. Masa ni aku test kat office. Lepas tu whatsapp gambar UPT dekat Alan.

Alan punyalah marah. Sedih I okey. Dia asyik kata aku tak sabar-sabar nak cek. Macam mana kalau UPT aku tak betul. Sampai hati okey. Aku dah la emosi macam  okey tak okey je masa tu. Simptom-simptom pembawakan masa tu dah mula tunjuk belang sikit-sikit. Lepas kena marah terus rasa nak campak UPT tu dalam tong sampah. Tapi disebabkan aku rasa macam sayang nak buang. Aku simpan dalam handbag. Masa balik rumah aku tak cakap sepatah pon dengan Alan pasal UPT.

Malam tu before tidur aku ek ek ek sikit *kekonon sedih Alan tak tanya pasal UPT aku buat*

"Apsal nangis?"

"Awak tak tanya pon pasal UPT. hek hek hek*

"Dah, saya dah tengok dalam handbag awak"

"Nape tak bagi komen pape pon???? Tak suka ke?"

"HAHAHA, Saya pon eksaited. Tapi kita tunggu next week ok. Lepas lewat period nanti kita beli UPT mahal sikit"

Baru la rasa macam fuhhhhh. Lega sikit. Tak payah nak kata aku menggelitis ke ape. Kalau korang peknen pon korang macam ni. Emosiiii je memanjang. HAHAHA. Ala, menggeletis pon dengan Alan. Bukan dengan orang lain.

Sekarang Alan jenis penyabar je aku tengok. Eh, sebelum ni pon dia sabar je dengan aku. Cuma lately ni lebih-lebih penyabar la. Disebabkan mood masak memasak aku macam ada tak ada je. Alan kena redha je la makan apa yang ada. Last week memang aku tak masak. Semua makan di kedai. Minggu ni pon sama. Cuma pagi tadi je aku masak Sotong masak kicap. Tu pon ter hek hek hek aku tahan muntah. Bau sotong dengan lebih-lembik dia tu punyalah nak buat aku loya.

Kelmarin lagi dasyat. Alan pergi kerja, baju tak iron. Sebab Sabtu dah berjalan cari benda Alan nak sangat sampai ke malam. Ahad pergi kenduri. Balik dari kenduri aku punya badan rasa melayang je berjalan. Serius tak rasa langsung pijak lantai. Memang sampai-sampai rumah terus baring. Alan bangun nak siap-siap pergi kerja pon aku tak sedar. Pastu tengok dia dah siap pakai baju kerja semua. Memang dia tak iron la baju tu. Lepas tu salam Alan pon atas katil je. MihMihMih

Bertabahlah suami. Isteri mu ini memang tak larat.

Mungkin Anak Alan ni terlalu aktif. Dia buli aku sampai lembik.

with❤:izan®

Thursday, January 09, 2014

I had really bad Morning Sickness.

Hai, salam.

Semalam pergi buat buku Pink. Ala buku biasa orang pregnant tu. Tapi procedure dia adalah sangat leceh. Aku kan duduk di dalam kawasan Banting, tapi bersebelahan dengan Sepang. And Klinik Kesihatan yang hampir mengikut kata Alan ialah Bukit Canggang. tapi aku tak nak buat buku kat Bukit Canggang sebab depan office aku ni sangat dekat dengan Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

So, bila buat buku semalam. Nurse ada tanya.
"Duduk area mana?"
Disebabkan aku tak memahami soalan aku terus jawab.
" Owh kerja depan ni je" *sambil tunjuk bangunan office aku*
Nurse tanya lagi.
"Maksud saya rumah dimana?"
Baru rasa macam terpaham soalan.
"Owh, Banting. Kenapa?"
Nurse macam faham aku orang baru nak buat buku. So dia explain slow-slow dekat aku. Serius jadi macam cuak je buat buku pregnant sorang-sorang. Sebab orang lain aku tengok ada suami bawakan beg la, pegangkan buku la. Even ada yang belikan milo ais tunggu isteri check up. Tapi disebabkan aku independent wife and Alan bekerja semalam. Aku Redha. -_- *Padahal dalam whatsapp aku dah mengadu domba laki orang belikam milo ais dekat Alan* mihmihmih

Kata nurse :
"Hari ni buat buku, check darah and air kencing. Nanti bawa buku ni pergi klinik kesihatan Banting, suruh klinik sana daftarkan untuk awak. Boleh?"

Takkan lah aku nak jawab tak boleh. Terus angguk kepala kata "BOLEH"

I am still in first trimester and I had really bad Morning Sickness. Orang kata biasa ah tu. First trimester memang akan mengalami nausea yang agak teruk. Itu perkara normal, jangan takut. Maknanya hormon HCG aku develop dengan baik untuk baby. But when I said I HAD REALLY BAD MORNING SICKNESS please la paham. It is really hard for me. -_- eh eh, saya tak marah. Cuma minta kefahaman.

Antara gejala morning sickness yang aku alami :

  • Every morning bangun untuk solat Subuh aku akan rasa krem bahagian pinggang. Maybe sebab aku lebih selesa tidur mengiring sekarang. So akan mengesot sikit-sikit ke hujung katil sambil sebut "Ya Allah". Bila kaki dah jejak lantai. Rasa macam terapung. Pening and kepala pusing.
  • Lepas solat aku akan rasa nak muntah. Biasanya aku tahan dulu sampai hantar Alan pergi kerja. Right after that, muntah akan keluar. Kalau pagi biasanya warna kuning atau hijau. Sebab perut kosong.
  • Sambil drive pergi kerja aku akan rasa nak muntah lagi. Pernah one time aku termuntah dalam mulut then aku telan. Sebab kalau aku luahkan nanti kereta akan berbau muntah and akan buat aku nak muntah lagi. Solusi, baik telan. Sampai tempat kerja memang aku muntah habis semua. 40minit tahan muntah dalam kereta. Belum campur jammed so jadi 1 jam.
  • Disebabkan aku di detect kencing kotor semalam. Aku kena makan antibiotic. Tapi aku tak tahan bau antibitic tu. Kena makan after meal. So makan nasi, then antibiotic, lepas tu aku akan muntahkan balik nasi and all the antibiotic. Boleh bau antibiotic tu dekat muntah yang keluar.
  • Aku tak boleh minum susu. Bila masuk susu dalam badan, bila lalu je dekat tekak tiba-tiba susu macam transform jadi susu basi. 5 minit lepas tu aku akan muntah kan susu tu. End up Alan belikan aku vitagen.
  • Balik kerja sampai rumah pukul 7 malam akan rasa flat gila. Macam semalam aku sampai rumah 7.15 malam. Tiap Rabu kena pergi pasar malam. Top up barang basah. Sampai je terus pergi pasar malam. Balik pasar malam, terus terbaring dekat sofa. Serius tak larat nak tolong Alan angkat barang. Masa nak masak makan malam aku dah hampir nak pitam. Tapi sebab pikir Alan nak makan. Aku masak je la cincai-cincai. Janji ada lauk.  
  • Malam before tidur akan muntah lagi sekali keluarkan makan malam tadi. So kebiasaannya, perut aku kosong sepanjang hari. Even lapar, tapi tengok makanan rasa malas nak makan sebab end up akan muntah juga.
Eh, banyaknya kau punya rungutan. Bukan-bukan. Sesetengah orang suka kata, tak apa. Its normal la morning sickness ni. Tapi tolong la faham. I am new with this thing. -_- or maybe aku je yang terlalu melayan morning sickness ni. 

Cepat lah habis first trimester. Mak aku kata 3 bulan first ni je macam tu. Karang masuk 15 minggu ke atas dah okey. Hopefully la begitu. Tak sabar nak makan banyak and gain weight macam dulu. WuuuWuuuuWuuu.


with❤:izan®

Monday, January 06, 2014

The first trimester - At the age 8 Weeks.

Hai, salam.

Aku tak berapa suka nak cerita benda-benda emosi sangat dalam blog. Kalau dulu masa muda belia maybe aku ada buat entry-entry macam tu. Biasa ahh, darah muda. Semua nak share dalam blog. Bila usia makin injak dewasa ni *masih belum tua* rasa macam benda emosi ni better simpan untuk tatapan sendiri. Or aku akan lepaskan pada Alan. Kan tujuan berblog untuk kenangan anak-anak nanti. Haruslah benda manisssss sahaja. Ececey.



Tapi untuk first trimester ni memang sungguh emosi. Rasanya kalau tak share nanti akan ada satu moment yang penting terlepas untuk anak-anak aku baca. Since aku tahu aku pregnant, mood aku memang selalu swing secara tiba-tiba. Sebagai contoh, tengah potong kain untuk buat shawl. Sambil nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba terbau cekodok. Pastu mood potong kain hilang, terus ajak alan pergi cari McD yang padahal aku bau cekodok tadi.

Lepas tu masuk je minggu ke 6. Hoi la. Yang ni memang sungguh menguji emosi aku. Everytime start je Azzan maghrib sampai la nak tidur perut aku ni punya memulas, kejang, kejung, keras macam nak period tapi lagi dasyat dari tu start dah masa tu. Bila nak tidur kena tinggikan perut dengan bantal and mengiring ke kanan. Baru boleh tidur. Kalau pusing je ke kiri which is menghadap Alan terus tak boleh lelap. Lagi satu Alan jenis tidur suka siku-siku orang. Selama menjadi isteri hampir tiap malam aku kena siku.

Then masuk minggu ke 7 sampai sekarang, dalam minggu ni la. Asal pagi je muntah. Tengahari muntah. Malam muntah. Berdiri lama sikit nak masak at dapur rasa nak pitam. Tak boleh tengok Tv sambil duduk. Kena baring betul-betul and luruskan kaki. Tak boleh tengok kain nak jahit shawl lama-lama. Rasa muak. Tak boleh minum susu. Rasa macam susu tu masam.

Hoihhhhhh semua tak boleh la! Paling tragis adalah tidak boleh makan seweang-wenangnya. Aku makan takat 7 mulut lepas tu kena berhenti. Minum air dan habiskan nasi. Ada la dalam sesenduk nasi aku habiskan. Kalau tak sebelum ni 3 ke 4 senduk pon mungkin boleh tambah lagi. Aku adalah jenis pemakan. Ya, kuat makan.

Kalau dah start wek wek, bukan takat keluar dekat mulut, hidung pon boleh jadi saluran. Takat nasi sebutir-sebutir tu dah biasa keluar, yang terbaru adalah kacang panjang sepanjang mana aku kerat masa masak keluar. Agaknya aku tak kunyah kot. Pakai telan je. Mihmihmih.

Alan akan ambil peranan dengan buat bunyi wek wek dari atas katil sambil pegang handphone. Dia pikir itu dapat membantu agaknya proses wek wek aku berjalan lancar. Sob Sob Sob.

Entry tamat.

with❤:izan®

Thursday, January 02, 2014

2013-2014 (The biggest achievement)

Hai,

Semua duk buat recap pasal 2013 punya story. Aku pon nak juga. Siapa mahu ketinggalan? 
Ececey, baru masuk kerja hari ni dah update blog. 

Untuk tahun 2013,

1.January 2013. Tukar kerja dekat Nilai. Masa tu happy gila dapat kerja dekat Nilai. Sebab dekat gila dengan Alan. And lagipon kan masa tu kiterang kan dah planning nak kahwin. Bersyukur sangat masa tu dah di permudahkan oleh Allah s.w.t.

2. Feb 2013. Get cincin tunang. And bertunang dengan Alan



3. March 2013. Bercuti ke Cameron lagi dengan BFF.


4. May 2013. Bercuti ke Mabul. Percutian yang disponser oleh Alan. Sebab masa ni aku tak bekerja. HAHA. This time is the biggest cobaan dalam life pertunangan kiterang. Nasib Alan jenis cool dan relex je masa aku tak bekerja ni. Padahal majlis lagi beberapa bulan je. Then masa Jun 2013. Alhamdulillah, dapat kerja baru dekat Seri Kembangan until now. 


 5. July 2013. Pre wed photoshoot.


6. August 2013. Nikah and kahwin. Horeay!

7. September 2013. Buat business (Imtinan Collection). Alan was very supporting partner that time. 200% commitment he gave. Dari usaha, tenaga, duit, semuanya Alan. 

8. September 2013. Bercuti dengan Alan ke Cameron lagi. Tahun ni je. 3 kali aku pergi Cameron. 1st dengan BFF. Second dengan Alan. Baru-baru ni dengan mak mertua and adik-adik ipar.


9. Oct 2013. First time beraya as Laki Bini.

10. Nov 2013. My BFF kahwin.


11. Dec 2013. I am pregnant! Woooo. It is really big move.


Alhamdulillah for all memories in 2013. Waiting for new memories to create on 2014 InsyaAllah.

Entry Tamat!

with❤:izan®