Followers

Tuesday, April 22, 2014

Review Make up semasa kahwin and nikah-Make up Pengantin paling Cantik dan Berbaloi!

Hai,

Aci dok kalau baru nak buat review pasal perkahwinan haritu? HAHAHA. Peduli apa aku aci ke tak. Sebab baru je sampai mood nya setelah lagi beberapa bulan boleh sambut anniversary perkahwinan pertama dengan Alan. Sesiapa yang dah tahu boleh skip entry ni. Untuk sesiapa yang masih mencari-cari MUA untuk majlis bersejarah korang boleh refer pada FB Link ni. Serious talk kalau ko dapat dia as MUA ko memang sampai ke sudah ko tak nyesal.

Aku masa mula-mula nak booking Cuki punya perkhidmatan siap tempah 4 bulan sebelum okey. Ececey. Padahal dah bodek-bodek Cuki dari awal. Cuki ni kawan sekolah aku masa dekat MRSM. Kawan sama tempat belajar dengan Alan masa dekat METC. Kira kitorang kenal la. Nak kata rapat tu idok la sangat. Tapi kalau jumpa tu boleh la nak gurau gelak tawa. Mihmihmih. *tak yah nak PM aku minta aku suggest harga, direct je PM Cuki

Gambar ni 10 kali upload pon aku suka. HAHAHA. Ni masa nikah. Suka gila sebab ramai kata muka aku macam Sherry Ibrahim. Mihmihmih. *menangis Sherry Ibrahim baca statement aku ni*

Ni masa sanding. Alan pon Cuki siapkan pakai sampin semua. Untung la ada Cuki masa kenduri aku haritu. Kalau tak mahunya Alan pakai sampin dalam baju lagi. Memang nak kena la dengan aku. HAHAHA.

Hantaran dari Alan untuk aku pon Cuki siapkan. Simple but sweet. Senang kerja laki ku semua Cuki siapkan. Untung la ada kawan macam Cuki.

Inai aku pula adalah sponser by Cuki juga. ko tengok, semua nak senang je kitorang. Alhamdulillah, masa kenduri hari tu ramai yang sedekah itu ini and tolong macam-macam tanpa minta balasan. Inai ini adalah salah satunya. Terima kasih banyak-banyak kepada Cuki and the team. Ececey. The team ko.




Aku bagi sikit je antara hasil-hasil dari tangan ajaib Cuki. Kalau rasa nak tengok lebih banyak boleh direct add Cuki dekat FB beliau. Hasilnya pasti puas hati!

Entry ini tamat. Kepada bakal pengantin. Survey sampai korang puas hati. Sebab nak kahwin sekali je. Mihmihmih. Apa salahnya berbelanja sikit duit yang dikumpul itu. Tak gitu?

with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)