Followers

Wednesday, March 27, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Lata Iskandar)

Hai, salam.

Persinggahan pertama adalah Lata Iskandar.

Sesiapa yang pergi Cameron kena singgah Lata Iskandar untuk membuktikan bahawasanya anda melalui jalan darat untuk sampai ke Puncak Cameron Highland. Kalau sesiapa yang tak singgah sini untuk ambil gambar maknanya ko tak cukup syarat ke Cameron Highland. Baik ko pergi semula amek gambar kat sini. HAHA

Dayah bawa bekal dari rumah. Kek sodap ya amat makan time sejuk! Dah boleh jimat belanja disitu ye kawan-kawan. 






Sebungkus nasi lemak share sampai 3 orang. Baru lah namanya sikit rasa sama sikit, banyak kita hentam sama kenyang. *pepatah macam kena tak kena je




Kebetulan time kitorang amek-amek gambar kat Lata Iskandar ada a group of master student dari UPM ngan wat survey pasal alam sekitar. Diorang bagi kitorang main a game pasal alam sekitar. Layan kan je la, mana taw time aku nanti kot kena macam ni. Orang berbudi kita berbahasa. Ye dak?




P/s : Semua masih bujang masa ni.

with❤:izan®

Tuesday, March 26, 2013

Budget Trip To Cameron-RM100 Only

Hai, salam.

Segmen cuti-cuti Malaysia lagi kali ni. Nampaknya kena buat sidebar untuk cuti-cuti pulak la. Ke Cameron lagi kali ni. Sebab tempat ni je best, murah and dekat dengan Trolak. Kali ni berpergian dengan Dayah and Farah. Tapi kalau nak tunggu deme yang update dalam blog. Memang tak de la. Dayah dengan last entry Sungai Kinta nya, Farah pula dengan entry cinta. Elok lah kome ni jadi kawan aku. Haha.

Kitorang pergi naik cameron hari sabtu pagi. Janji kekonon nak gerak awal la. Dalam pukul 7 pagi katanya. Tapi jam 8.30 pagi baru gerak. Biasa lah, banyak kerja nak dibereskan sebelum meninggalkan rumah. Aku balik Trolak Jumaat malam lagi. Tidur dulu kat rumah, and esok Sabtu nya Dayah ambil aku and Farah di rumah masing-masing.

Dari Trolak nak naik Cameron dalam 2 jam sahaja. Dengan berbekal kan RM100 seorang adalah sangat mencukupi ye. Percutian budget yang sangat mewah.
  1. Minyak kereta MyVi dayah hanya RM 50
  2. Hotel Bajet (Emeral Inn) -RM 88
  3. Makan Malam Bajet ala-ala mewah sket -RM50
  4. Brunch di strawberry farm -RM 30
  5. Masuk taman rama-rama -RM15
  6. Selebihnya kami buat shopping sayur-sayuran.
So far ini hanya anggaran ok. Sebab aku dah lupa perbelanjaan sebenar. Ye la, bulan Januari punya cerita ni nak masuk April baru nak upload. Memang tahap lupa aku menggila la.

Gambar-gambar nanti aku upload okey. I is busy. Harap maklum.


with❤:izan®

Monday, March 25, 2013

Braces 8th month - Braces band pink yang cantik..

Hai, salam.

Maaf atas kelewatan mengupdate braces bulan ke-8. Disebabkan bulan februari hari tu ada special event in my life so, desperately I choose pink again sebab pink make me look nice bebeh. HAHAHA.

Bulan ke-8 adalah biasa-biasa. Dentist ada tanya nak cabut ke gigi atas? And dengan pantas aku menjawab!  NO! Takkan I nak tayang gigi rongak lagi. Then my dentist gelak. He said, he will try not to pull out any teeth yang sebelah atas. Baru la hati ni rasa lega sikit. " Alhamdulillah.."

So, secara kesimpulannya. Bulan ke-8 biasa-biasa je tak ada sebarang kejutan dalam proses pemakaian braces aku. HIK HIK HIK. 

As I mentioned earlier, pink makes me look nice bebeh.

Oleh itu, tamat sudah cerita bulan ke-8. Bulan ke-9 next entry k. Kepada sesiapa yang aku belum reply or sengaja tak reply sebarang pertanyaan mengenai braces, harap maaf. Kadang-kadang soalan anda dah aku jawap dalam entry-entry or komen komen sebelum ini. I is malas nak jawap or mention banyak kali. Sebab aku ni pemalas. HAHA. So, kalau agak-agak macam tak de je jawapan kepada pertanyaan korang, sila sound aku lagi sekali. InsyaAllah aku akan jawap.

I sayang Uols! :)

with❤:izan®

Monday, February 04, 2013

Braces 7th month-Pasang getah dalam mulut

Hai, salam.

Dah lama kan aku stop cerita pasal braces. Meh kita sambung balik memandangkan permintaan ramai terhadap progress braces aku. *fefeling artis.

Braces untuk bulan ke7. Eh, dah tujuh bulan eh? Sepatutnya dah jadi lapan bulan. Tapi memandangkan aku terskip sebulan so still on 7th month. Tak ada apa sangat pon pasal bulan ke lapan ni. Cuma my dentist dengan tiba-tiba tak nak pakai power chain. Dia pasangkan aku band biasa. TAPI! *harus capsLock. Dia minta aku pakai getah merentangi dari gigi atas ke gigi bawah.

Seperti aku pernah mention dulu.

Masalah utama gigi aku bukan lah sebab susunan gigi tak teratur ke apa. Ada tu still ada sebatang dua yang terkeluar or masuk kedalam. Tapi itu hanya masalah kecil. Masalah utamanya ialah gigi tengah atas dan bawah aku tidak center. Gigi bawah aku lebih cenderung ke kiri. Sebagai alternatif untul doc sama kan gigi atas dan bawah, dia suruh aku pasang getah.

Nampak tak perubahan center gigi tengah atas dan bawah aku. Gambar paling atas adalah masa mula-mula aku pakai getah tu. Gambar bawah after 2 weeks aku pakai getah. Getah ni aku kena pakai 24/7. Tapi kadang-kadang ianya terputus di dalam mulut dan aku kena pakai getah baru. Nurse ada bagi aku sepeket getah. Nak buat ikat rambut pon boleh. HAHA

Oleh itu, tamat sudah cerita braces bulan ke 7. Sabtu ni aku nak pergi check up. Sesiapa yang buat dekat klinik Dr.Zarin juga. Jumpa di sana. 

Bye uolls.

with❤:izan®

Friday, February 01, 2013

Teluk Senangin-Lumut-Family Holiday 2012

Hai, salam.

Hari ni masuk klinik dengan tujuan memblogging. Sungguh dasyat. Mood ini datang dengan tiba-tiba tanpa diundang dan ianya juga akan pergi dengan sendiri tak lama lagi. Sebelum ianya pergi, molek lah aku catat dua-tiga-empat dan lima entry sebelum terlambat.

Siapa tahu Teluk Senangin dekat mana? Tak tahu bukan. *feeling cikgu

Siapa tahu lumut kat mana? So atas sikit dari Lumut akan jumpa Teluk Senangin. Aku memang sangat bagus dalam memeberi gambaran jalan. Senang kan? Kalau dari Trolak tahnah tumpah darahku hanya mengambil masa dalam 2 jam setengah sahaja.

Seperti biasa percutian Hj Salleh and family akan melibatkan semua ahli keluarga sendiri termasuk beberapa keluarga lain. Memandangkan hanya aku seorang sahaja adik yang bekerja makan gaji, so diorang telah membuat percutian di tengah-tengah minggu. Selasa-khamis. So nice! Sebab tak ramai orang lain selain ahli keluarga sendiri.

Alee paling suka bila aku tukarkan dia baju mandi. nak terjun ke laut saja. Maira nak kena orang teman baru nak mandi. Tapi budak dua orang ni memang jenis tak takut air. Sampai aku yang jadi takut.

Nampak tak cirit-cirit beibuan sangat terserlah dalam gambar ni. Mak pak deme taw bercuti je. Maksu yang single ni la kena jadi pemerhati. Pemantau dari jauh dan dekat, guard anak-anak deme. Maksu ni la *dongak ke langit

My handsome man aisy ni lagi la suka dapat berjemur je sepanjang duduk kat sana. Baguslah aisy, ko kan putih sangat, tak maskulin la putih-putih macam bakal paksu ko tu. Ko kena gelap-gelap sikit, baru menjadi dambaan dan gilaan wanita-wanita cun macam maksu ni. Hahaha

Tok wan adalah geng aisy. Kakak esha geng opah. So takkan ada yang berebut nanti eh. Sapa geng maksu paling malang. Sebab maksu tak de duit nak belanja korang apa-apa. Sob sob sob.








Oleh kerana mood telah hilang. Nanti aku sambung tulis. Untuk sementara waktu ini, tengoklah berulang kali entry ini. Bye!


with❤:izan®