Followers

Monday, February 28, 2011

Go Broga Go!

Ini adalah cerita lama. Tapi baru ada kesempatan untuk menceritakan di dalam blog. Lawatan pertama aku bersama rakan-rakan office. It was such a good experience for me. Even I just know them for 3 month, really feel like it was soooooooooo long time knowing them. Kami ke Broga Hill masa cuti sambutan MaulidurRasul hari tu.

Mula-mula aku tak join pon. But last jadi macam nak pergi pula. Sebab aku pikir, after this bila lagi aku nak join diorang pergi trip. Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk menamatkan praktikal aku. Tetiba nak sedih. Dulu masa mula-mula masuk praktikal aku tak pernah duga yang aku akan serapat ni dengan mereka. Dah-dah, skip cerita sedih ni. Tunggu lepas habis praktikal baru cerita. Dipendekkan cerita, aku pon join la trip "Go Broga Go" ni.

Perancang segala trip adalah Abang Fazly. Aku hanya menumpang menaiki kereta Kak Zura. Aku bawa kereta Kak Zura sampai sesat merata. HAHAHA. Akibat dari kesesatan kemerataan adalah rahasia. Malu la mak noks kalau cerita ni kasi publish. Biarlah hanya aku dan Kak Zura yang tahu bagaimana perasaan bila Smart Tag tak mau detect secara tiba-tiba. ops! terlepas cerita..Bila dah sesat, kawan Hafiz yang bernama Hafiz juga mengambil alih pemanduan berhemat aku menjadi lagi berhemat sehingga ke Kaki Broga Hill.

Kami memulakan pendakian, eceh! Dah macam dalam rancangan 3 hari 2 malam pula. Kami mula mendaki seawal pagi. Matahari belum muncul lagi. Tepat jam 7.30 pagi kami dah sampai ke puncak ke-3. Ha, bayang sendiri la betapa cepatnya kami mendaki. HAHAHA. Duduk lepak-lepak atas tu tengok Sunrise. Ambil angin atas bukit. Ambil gambar banyak-banyak.


Indahnya ciptaan Tuhan.
Me, Kak Nani, Kechik, Abg Fazly

Gee, Kak Zura, Me, Kak Nani, Kak Wen, Kechik

Budak yang memaksa psangannya berpatah balik akibat nak pengsan.
Bukan yang baju merah, tapi yang baju hitam tu. Hahaha
Sedapnya bau ketiak pagi-pagi. KAHKAHKAH


Kami ke Sungai Tekala kemudiannya. Itu di dalam lain entry ya. Siapa yang belum pernah "Go Broga Go" bolehlah ke sana. Ianya berbaloi untuk dinikmati. View yang sangat cantik. Alan nanti kite pergi eh?

with❤:izan®

Sunday, February 27, 2011

Jeans Denim Hijab

Salam Berbeli Belah.

Kalau dah bagi salam macam tu, korang boleh teka kan aku nak update pasal apa? Sabtu lepas baru je aku pergi ambil stok tudung baru. Masih fresh dari ladang. Semua stok adalah terhad. Kalau dah sold maka anda tiada rezeki untuk bercantik mantik dari Bashsaasha Collection. Harap Maaf.

Code : JDH 01
Price : RM50
Size : Free Size
Code : JDH 02
Price : RM50
Size : Free Size
Code : JDH 03
Price : RM50
Size : Free Size
Code : JDH 04
Price : RM50
Size : Free Size
Code : JDH 05
Price : RM50
Size : Free Size
Hijab terbaru dari ladang. If korang tengok dekat butik-butik kat luar sana diorang jual jenis hijab jeans ni sampai RM80 sehelai. Aku jual RM50 sahaja. Ianya tidak termasuk postage.Kalau ada sesiapa yang nak ambil by hand please let me know. Tiada sebarang kos penghantaran dikenakan. Malah masih boleh berminum petang di rumah saya dengan percuma.

with❤:izan®

(MKBB) My Kawan Baik's Birthday!

Salam Ahad.

My birthday was on 23rd Feb yang lepas. One day after my birthday was My Kawan Baik's Birthday pula. Dayah Amin. I know her since tadika lagi. Until now she is like my twin. Where ever i go and make new friends, she always be the top in my BFF list. Tapi kepada kawan-kawan ku yang lain. Korang pon best. Each of them have unique fact that i love, loved, and always love!

Farah, Me, Dayah

We love, We fight, We cry, We lough. 

Kalau raya je, tak akan ada rumah lain selain rumah dayah untuk aku pergi raya. Hahaha. Sedih tak? Aku dengan dayah sekolah asrama since form 1. So bila dah lama tak berkawan dengan kawan-kawan dekat dalam felda aku, jadi segan nak beraya rumah diorang. So aku hanya ada dayah, dan dayah hanya ada aku. Eceh! ayat macam dah tak de rumah lain bak beraya. Tapi ni memang kenyataan.



Oleh sebab entry ni dah lambat di publish. Aku berharap untuk kau sahabatku Norhidayah Mohd Amin:

  1. semoga berjaya menjadi Cikgu yang disayangi anak murid.
  2. semoga berjaya menjadi Anak yang Solehah.
  3. semoga berjaya mendirikan rumahtangga sebelum aku.
  4. semoga berjaya Dunia dan Akhirat
  5. semoga berjaya buat lesen kereta.
  6. semoga kau jadi kawan aku sampai bila-bila.
p/s: menaip entry dengan rasa malu-malu. makin rapat kita dengan seseorang. makin susah nak luahkan dalam perkataan. kenapa eh?



with❤:izan®

Saturday, February 26, 2011

My Birthday Party..

Hai, salam berhujung minggu. Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas aku akan taip entry tertangguh dengan segera. Ini pon ambil kesempatan sempena cuti sabtu dan ahad. Kalau nak harap aku menaip entry selain sabtu dan ahad memang tinggal harapan saja lah. Aku tak ada banyak masa untuk berbuat demikian. Ini baru praktikal. Macam mana la kalau aku dan bekerja betul-betul nanti. Dah kahwin. Dah ada anak. Ada masa lagi ke nak menaip entry dan berblog? Jawapannya hanya akan diketahui kemudian.

Siapa ada follow blog Farah Azren Ahmad? Kalau ada sesiapa yang dah follow blog dia mestidah tahu kan pasal suprise birthday party aku yang tak menjadi. HAHAHAHA. Gambar-gambar sambutan birthday aku telah diupload di FB oleh Hasmira Hashim yang telah lama berhenti berblog. Ini tidak aku tahu sebabnya. Jika ada sesiapa yang berkehendak untuk melihat gambar-gambar tersebut boleh tengok dekat FB. Sebab aku memang tak ada copy gambar-gambar tersebut untuk simpanan peribadi. Semuanya gambar untuk tatapan umum.

Cerita nya bermula begini.

Alan memang ada ajak aku nak sambut birthday aku sama-sama. Tempat adalah suprise katanya. Hadiah suprise dan semuanya suprise. Alan datang jemput aku kat ofis dalam jam 6 petang. Lepas tu dia tanya aku nak makan apa. Aku kata tak kisah. When he said "jom makan ikan bakar kat tempat favourite awak je la". Aku terus sebut "Yunkies Hut! Bangi!". So ke Bangi la kitorang malam tu. Alan ajak singgah solat jap dekat Masjid berdekatan. Masa solat perut aku memang dah bunyi-bunyi dah. Lepas tu boleh pula dia ajak singgah Al-Ikhsan. Aku yang tengah lapar ni dah tarik muncung empat belas dah. Alan boleh wat derk je lagi. Dia pusing-pusing lagi duk cari Al-Ikhsan yang satu lagi. Dalam masa yang sama asyik duk main mesej je. Aku ni kan jenis GF yang sporting nak mampus. Aku malas nak tanya. Tapi bila dah masuk 5-6 kali duk berbalas mesej mula la sporting pon naik melenting. Aku tanya mesej siapa? Dia wat tak layan je. CIS! CIS! CIS!

Then aku terus paksa ajak pergi Yunkies Hut. Dah bebel-bebel kata tak tahan sangat. Dah lapar tahap nak kena minta sedekah dah masa tu. Baru la Alan bawa aku pergi makan. Sampai je kat Yunkies Hut aku nampak kereta Hasmira Hashim. Then I was like besarkan biji mata dekat Alan. HAHAHA. Baru aku dapat detect kenapa la Alan tetiba nak ajak aku makan kat Bangi. Then aku pahamla dia duk mesej sapa dari tadi! And aku dah agak mesti dia ajak Atie and Yona sama. Lagi la aku jerit-jerit bila nampak pondok tempat nak makan telah di tempah oleh "PUAN ATIE" HAHAHA

Yang tak jadinya, sepatutnya aku sampai lambat dari diorang.Sebab diorang nak gantung-gantung belon bagai. HAHAHA. Maaflah, saya ni bukan penyabar orangnya. Tambah pula bab makan ni. Memang tak ada kompromi. Then tak jadila suprisenya. Its ok sayang-sayang sekalian. Sambut birthday dengan korang without any suprise already make me wanna cry. Its already touch my heart. Aku tahan je dari membiarkan air mata aku tumpah. Ego weyh. Malu nak tunjuk kat korang. Padahal masa balik dari sambut birthday tu aku dah nangis dalam bilik air. HAHAHA

sesi kantoi pertama. HAHAHA
Thanks for the Cute cupcake! Even dah penyek sikit. HAHAHA
Thanks for make my day sayang ;)
Happy to be 22 years old girl ;)

Thanks sayang-sayang!

Thanks sayang! Eh, silap. Thanks CD. hehehe
My Bestfriend celebrate my birthday. Why should i ask for more. ;)

Million thanks for always be my sayang Hasmira!
Kalau tiap-tiap tahun dapat celebrate macam ni kan best. Kan ALAN kan. HEHEHE

with❤:izan®

Friday, February 25, 2011

Ini Kisah Romantik

Hai, maaf kerana telah lama tidak update. Sebenarnya laptop aku tak boleh nak On. Ntah kenapa tak pula aku belum kaji lagi. Buat masa ni aku hanya mampu meminjam laptop Tasha untuk memenuhi tuntutan beronline lepas balik kerja. Ada banyak cerita yang nak aku jaja, tapi semuanya tersimpan dalam otak. Mungkin ada dalam 5-6 entry tertangguh yang mungkin aku akan buat dalam masa satu hari tapi akan dipublishkan dari hari ke hari. Peringatan, aku kata hanya MUNGKIN. Bukan Janji. Untuk hari ni aku sajikan dengan cerita romantik yang baru sahaja aku saksikan si stesen LRT cempaka tat sat masa aku duk tunggu hujan berenti untuk balik rumah.

Ceritanya begini. Dah macam nak bercerita dekat anak buah aku pulak dah. Masa aku duk tunggu bawah bumbung pejalan kaki dengan si Tembam yang dan cacat, aku nampak seorang lelaki ni pakai baju hujan warna merah, helmet merah, duduk atas motor LC merah semacam tunggu seseorang dalam hujan yang agak lebat. Yang aku kagumnya dia tak berganjak sikit pon nak berlindung tunggu bawah kawasan berbumbung ataupon bawah pokok ke kan. Lelaki ni stay dengan machonya kat tempat tu.

Dalam 30minit kemudian, aku nampak seorang perempuan preggy. Mungkin kandungan tu dalam bulan ke-7 or bulan ke-8. Sebab dari pemantauan terhadap perut kakak-kakak aku yang pernah mengandung lebih kurang macam tu la perut deme time 7-8 bulan usia kandungan. Perempuan preggy ni pakai baju warna kelabu, seluar hitam dan tudung hitam. Perempuan tu berjalan ke arah lelaki yang menunggu dalam hujan tadi lalu terus mencium pipi lelaki tersebut. Oleh kerana aku hanya 1meter je jarak dari tempat kejadian, so boleh la aku dengar sikit-sikit dialog seterusnya.

Preggy Women : Laaaa..kenapa tak tunggu bawah bumbung? Kan hujan ni. Sorry la, sayang lambat sikit hari ni. (sambil sambut helmet yang diberikan oleh lelaki yang menunggu dalam hujan)
Lelaki LC Merah : Tak pe. (sambil senyum)
Preggy Women : Dah lama ke tunggu?
Lelaki Lc Merah : Tak lama mana pon Abang tunggu.. (sambil senyum lalu membuka baju hujan dan dihulurkan kepada wanita preggy)
Preggy Women : Laaaa..abg pakai la...
Lelaki LC Merah : Tak pe la. Sayang pakai eh. Kesian Baby, nanti sejuk.
Preggy Women : Abang ni....(sambil memakai baju hujan tersebut dan membonceng motor tersebut)

Aku yang menyaksikan adegan romantik suami-isteri dalam hujan tadi terus terasa nak kahwin. Pergh! Gatal sungguh! Hahaha. Jangan time baru-baru kahwin ni je romantik lelaki-lelaki diluar sana ya. Makin lama kahwin tolonglah menjadi makin romantik. Kami ni kaum hawa lagi akan bertambah sayang. Eceh!

p/s: alan pon romantik kot...eh? ye ke? HAHAHA

with❤:izan®