Followers

Saturday, April 16, 2011

Maybelline BB Cream

From GOOGLE

Hai, Selamat pagi.

Siapa dah pakai BB Cream dari Maybelline ni? Aku baru first time pakai. Itu pon sebab ada sales dekat Watson. HAHAHA. Kalau nak beli time tak de sales mahal nak mampos! RM29.90. Padahal size 18ml je kan. Memang tak berbaloi. Sekali aku tengok ada sales. Aku pon rembat la ambil satu. 

Masuk hari ni dah nak seminggu aku pakai. Memang geBu-geBu la muka aku. Sebab tu la nama pon BB Cream. Ringan je. Tak rasa pon yang aku tengah pakai foundation. Tak berminyak. Dan warna dia macam tahu-tahu je nak ikut color kulit aku. Tak payah nak pilih-pilih try kat tangan ke hape kan.

Bila sapu kat muka automatik dia meresap masuk ke kulit. Licin kau kalau dari jauh. Dari dekat tidak la. I kan banyak jerawat. Gila apa pakai BB cream je dah boleh buat muka i licin. HAHAHA.

So secara kasar. I loike BB Cream dari Maybelline. Terus muka tak ada parut. HEHEHE

with❤:izan®

Sony Ericsson XPERIA X10

Hai, salam semua.

Oleh kerana telah lama tidak membuat review movie. So hari ni kita buat review handpone pula ye. Buat masa ni aku sedang hendap dan lihat sahaja dengan rasa geram Sony Ericsson XPERIA X10 ni dekat lowyat. Kalau ikutkan hati yang tak berduit ni. Aku dah beli dah.



Size : 119 x 63 x 13 mm
Berat : 135 Gram sahaja. Touchscreen with 65K Colors. Size 480 x 854 pixels.
Bunyi : MP3 macam biasa. Ada loudspeaker.
Memory : 1GB simpanan dengan 384 MB RAM. Boleh guna microSD untuk tambahan storage.
GPRS, 3G semua ada. WLAN, Bluetooth USB tambah lagi dengan kamera 8MP, LED Flash. BUT No RADIO. Eh, ini aku tak sure. Sebab aku baca dari internet je ni.


p/s: Kalan Alan beli kat aku sebijik ni. Pergh! HAHAHA




with❤:izan®

Friday, April 15, 2011

Bukan senang nak jaga

Hai, Morning!
Dalam hidup ni. Banyak yang kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Kita tak dapat duga pon apa yang akan jadi pada masa depan. Sebab kita bukan Tuhan. Hari ni hari kau. Esok lusa mana tahu hari aku pulak. Hidup ni dengan manusia. Semua atas izin Allah. Mana nak boleh hidup sorang-sorang. Mustahil hati akan tenang. Lambat laun kau akan minta juga bantuan dari sesorang. Tak semua benda kita boleh buat sendiri.

Cuba lah belajar menghormati orang dan jangan terlalu taksub dengan kuasa yang ada kat dunia ni. Tak boleh bawa mati pon.

Sekian.
with❤:izan®

Thursday, April 14, 2011

Cara nak Claim duit praktikal dengan JPA

Hai, salam sejahtera.
Siapa pelajar tajaan JPA? Anda telah menjalani latihan amali atau dalam erti kata lain praktikal? Adakah anda tahu yang anda boleh menuntut claim dari JPA untuk sepanjang tempoh anda berlatihan amali tersebut? Tapi anda harus memenuhi syarat-syarat seperti :
  1. Telah tamat menjalani tempot latihan amali tersebut. Bukan nya sedang, tengah mahupun akan. 
  2. Tempat praktikal anda mestilah lebih daripada 25KM daripada universiti tempat anda belajar.
Jika cukup syarat. Sila ambil borang di HEP universiti masing-masing. Then isi borang tersebut. Sila sertakan clock in and out sepanjang tempoh anda praktikal. Jika tidak ada. Buat surat dan minta penyelia syarikat anda menandatangani surat tersebut untuk mengesahkan anda telah tamat menjalani latihan amali dan berapa lama tempoh yang diambil untuk menamatkan latihan amali tersbut. Kemudian hantar kembali kepada HEP.
Sekian laporan saya.

with❤:izan®

Cemburukah Aku

Hai, oleh kerana meminjam laptop Nana. Housemate baru. Aku kasi update untuk seminggu terus. Bak kata pepatah. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Ye dak?
Dulu masa aku masih bujang tran-tan-tang, aku ada ramai kawan lelaki. Sejak dah tak berapa nak tran-tan-tang ni. Aku jadi macam tak ramai kawan lelaki. Jadi macam shy-shy-cat gitu nak kawan dengan lelaki. BLAH! HAHAHA. Bukan, maksud aku macam ni. Jadi macam malas gitu nak kawan dengan lelaki. Kawan tu kawan la. Tapi bila nak keluar-keluar,makan-makan,jalan-jalan,sms-sms,mms-mms and soon. Jadi semua nak dengan Alan je. Okey, Muntah!

Semua ini tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak tulis lepas ni. Macam ni ceritanya. Dulu Alan pernah cakap dengan aku. Dia ni tak bergaya la ape la. So aku kena la ajar dia macam mana nak bergaya. Mula-mula aku minta dia buang misai. Dia kata nanti dia nampak muda sangat. Aku cakap aku memang suka lelaki muda. Sebab aku ni masih muda dan gagah. Then bila dah buang misai. Aku mintak dia potong rambut and kasi style sikit. Sebab aku cakap aku suka lelaki rambut pendek dan pandai gayakan rambut. Dia kata dia lagi suka rambut sikat kebelakang je. Senang katanya. Tapi dia ikut juga cakap aku. Nice kan Alan?

Then dia suruh aku ajar dia cara nak pakai kemeja la, baju ni sesuai dengan seluar apa la. kasut mana yang okey untuk dia pakai. Jam macam mana dia nak kena beli. Then sekarang Alan dah pandai bergaya mengalahkan aku. Sampaikan ada kawan aku kata "Bf Izan handsome la". Terus aku rasa macam nak cakap dengan Alan "Awak simpan la misai dengan rambut balik, saya JELES!!!!!!!" Boleh tak nak cakap macam tu?

Tapi kan, sebenarnya aku dah rasa tergugat ni. Mana boleh dia bergaya lebih-lebih. Nanti jalan berdua orang lain asyik pandang dia ja. Then orang-orang tu akan cakap "Kesian lelaki ni dapat awek tak cun,dah la tak cun,muka nak minta pelempang je". 

Agak-agak ni cemburu ke tergugat?

with❤:izan®