Followers

Thursday, April 14, 2011

Cemburukah Aku

Hai, oleh kerana meminjam laptop Nana. Housemate baru. Aku kasi update untuk seminggu terus. Bak kata pepatah. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Ye dak?
Dulu masa aku masih bujang tran-tan-tang, aku ada ramai kawan lelaki. Sejak dah tak berapa nak tran-tan-tang ni. Aku jadi macam tak ramai kawan lelaki. Jadi macam shy-shy-cat gitu nak kawan dengan lelaki. BLAH! HAHAHA. Bukan, maksud aku macam ni. Jadi macam malas gitu nak kawan dengan lelaki. Kawan tu kawan la. Tapi bila nak keluar-keluar,makan-makan,jalan-jalan,sms-sms,mms-mms and soon. Jadi semua nak dengan Alan je. Okey, Muntah!

Semua ini tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak tulis lepas ni. Macam ni ceritanya. Dulu Alan pernah cakap dengan aku. Dia ni tak bergaya la ape la. So aku kena la ajar dia macam mana nak bergaya. Mula-mula aku minta dia buang misai. Dia kata nanti dia nampak muda sangat. Aku cakap aku memang suka lelaki muda. Sebab aku ni masih muda dan gagah. Then bila dah buang misai. Aku mintak dia potong rambut and kasi style sikit. Sebab aku cakap aku suka lelaki rambut pendek dan pandai gayakan rambut. Dia kata dia lagi suka rambut sikat kebelakang je. Senang katanya. Tapi dia ikut juga cakap aku. Nice kan Alan?

Then dia suruh aku ajar dia cara nak pakai kemeja la, baju ni sesuai dengan seluar apa la. kasut mana yang okey untuk dia pakai. Jam macam mana dia nak kena beli. Then sekarang Alan dah pandai bergaya mengalahkan aku. Sampaikan ada kawan aku kata "Bf Izan handsome la". Terus aku rasa macam nak cakap dengan Alan "Awak simpan la misai dengan rambut balik, saya JELES!!!!!!!" Boleh tak nak cakap macam tu?

Tapi kan, sebenarnya aku dah rasa tergugat ni. Mana boleh dia bergaya lebih-lebih. Nanti jalan berdua orang lain asyik pandang dia ja. Then orang-orang tu akan cakap "Kesian lelaki ni dapat awek tak cun,dah la tak cun,muka nak minta pelempang je". 

Agak-agak ni cemburu ke tergugat?

with❤:izan®

4 comments :

  1. tergugat tu babe.
    cemburu pun ade jgk.
    cemburu abg alan lg hot dr u. abg?
    HAHAHA :P

    ReplyDelete
  2. atee : pergh uuuuuuuu..tak nak back up i lansung ni...ni yang nak jeles lagi dengan ABG ALAN ni. ABG??? hahahaa

    ReplyDelete
  3. amalina : u pon same ehhhhhhhhhhhhh!

    ReplyDelete

leave me some words ;)