Followers

Friday, April 01, 2011

Tinggal 2 hari lagi.

Hai, salam Jumaat. 

Rabu minggu lepas terasa seperti baru je aku cakap aku ada cuti panjang sebelum masuk kerja semula. Alih-alih tinggal lagi 2 hari je. Nak nangis sebab tak boleh duduk bersenang lenang di rumah lagi. Nak gembira sebab rindu nak masuk kerja. Tapi tak apa, saya kan kuat. Eh, semalam kan ada rasa macam tak puas hati sikit. Pergh, tak puas hati je nak tulis dalam blog. Puas hati ko diam-diam je kan izan. HAHAHAHA. Aku kan memang macam ni. Ayam bertelur sebijik kecoh sekampung. Ni aku, tak puas hati sikit kecoh seBlog.

Semalam aku pergi UKM. Hantar borang konvo. Ehem. iye, saya akan konvo tahun ni.InsyaALLAH. Tapi tak tahu bulan bila. Boleh tak cakap macam tu? So, alang-alang dah sampai UKM, aku pon ambil peluang bertanya pasal claim duit elaun praktikal dari jpa dengan orang yang tak sepatutnya. Aku pergi tanya dekat jabatan bendahari bahagian pelajar. Terasa aku semacam dah kena dah tempatnya.

Aku : Erm, Cik. saya nak taya pasal claim duit prktikal dari JPA. Saya dengar boleh claim. Tapi tak tahu nak tanya dekat sapa. Sebab saya dengar kena isi borang yang disediakan oleh pihak Universiti.
Akak : Saya tak tahu apa-apa pon pasal borang JPA ke apa ni? Mana awak tahu boleh claim?
Aku : Erk, tak ada borang ke? Kena buat surat sendiri ke?
Akak : Ntah la dik, setahu akak memang kitorang tak pernah sediakan apa-apa borang untuk pelajar claim duit praktikal dari JPA.
Aku : Urm, tak pe la kak. Maybe kena buat borang sendiri kot kan?
Akak : Ye la kot. (without making any call pon nak minta kepastian dari mana-mana pihak)

Tiba-tiba wani call.

Wani : Izan, dah boleh buat claim praktikal. Borang dah keluar.
Aku : Baru sat tadi aku pi tanya. Dia kata tak ada apa-apa borang pon.
Wani : Ya ka?
Aku : Mana tahu dah ada borang?
Wani : Yuni bagitahu aku.

Aku call Yuni. Yuni kata kawan dia dah ambil borang tu dekat unit Hal Ehwal Pelajar rupanya. Yang menjadi ketidakpuasan hati aku adalah. Kenapalah jabatan-jabatan dekat UKM ni tak bersatu padu. Bila aku tanya pasal masalah yang diluar bidang kawalah jabatan tersebut langsung kata tak tahu apa-apa. Salah ke bagi aku panduan nak tanya kemana-mana lagi. Susah kot bantu student yang tak tahu apa-apa macam aku ni. Hai la nasibbbbbbbbb...

p/s: Ini bukan politik. Sekadar mengadu domba. 

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)