Hai, salam Sabtu.
Siapa tahu maksud Cengeng? Cengeng bermaksud kuat nangis. Masih budak ke nak cengeng-cengeng? Eh, aku bukan yang nangis bila tak dapat nak beli mainan atau gula-gula ke. But sometimes kalau macam aku rasa ayah tak sayang aku je aku ada la cengeng sikit. HAHAHA. Boleh pulak rasa macam ayah tak sayang aku kan.
Contoh macam ni la, bila aku macam kadang-kadang nak something yang bagi aku rasa macam perlu. But bagi ayah benda ni bukan akan senangkan aku. Malah aku akan dibebani hutang kelak. So ayah akan larang aku dari buat. Then aku akan cengeng sorang-sorang dalam bilik air, sambil buka air paip laju-laju selaju air mataku. At last, akan dapat juga benda yang aku minta. But bila dah tiba-tiba tersusah dengan ayah juga aku minta tolong. Inilah bak kata pepatah "ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka". Sebab mereka "makan garam dulu sebelum kita". Trust what your parent said. It worth it!
Itu hanyalah contoh. Takkan la aku sebagai anak yang baik ni macam tu kan. Sila la percaya. Saya seorang anak yang baik. Dan-dan la ko nak guna saya kan? HAHAHAHA. I love u Haji Salleh!
Kenapa aku kata Aku budak Cengeng? Sebab Acik selalu gelakkan aku kalau aku menangis time tengok drama mahupon filem. Contoh lagi eh anak-anak. Malam tadi aku menonton drama Ustaz Amirul. Bila sampai part Adawiyah sakit sampai memaksa Ustaz Amirul 24/7 dengan dia dan membutkan Munirah jeles. Aku tiba-tiba cakap "rasa macam nak nangis la" Pergh! Acik aku apa lagi. Gelak kaw-kaw okeyh. Nampak macam leceh je kan? Tapi aku memang macam ni. Cepat tersayu hati ni time tengok drama atau filem.Tapi kalau boleh aku tahan la. Kadang-kadang buat-buat menguap la. So bukan nangis sebab tengok cerita. Sebab menguap. Bayangkan, filem Im Not Single pon aku boleh nangis. Cuba tanya Alan, beliau adalah saksi kejadian.
Kedua, kenapa aku kata Aku Budak Cengeng? Ini pon contoh lagi ya. Dulu masa dekat hostel. Tak kisah la masa dekat ASBT ke, Matrik ke, UKM ke..selalu kawan-kawan buat birthday surprise. Kan dah kata aku ni cengeng. Nangis oh. Tapi tahan la. Takkan nak nangis depan kawan-kawan. Jatuh la saham aku. Tapi masa dah balik masuk dalam bilik aku kasi nangis bawah selimut, cekup muka dengan bantal la. HAHAHA.
Ketiga, kenapa aku kata Aku Budak Cengeng. Contoh lagi ya, kalau aku balik Trolak naik bus. Aku akan turun dekat simpang depan nak masuk ke Felda aku ni. So aku akan call ayah suruh jemput masa dekat Slim River lagi. Kadang-kadang kalau ayah aku tak de kerja dia akan ambil je terus. Tapi kalau time dia malas atau ada kerja dia akan cakap " tak de ke kereta sapa-sapa nak tumpang kat situ?". Kalau time mood aku tak baik. Aku selalu jawap " OK,nanti adik tahan je la sapa-sapa". Pergh! Tengok-tengok ayah aku dah tunggu kat simpang dengan "Gen2" orange dia. I love U Haji Salleh.
Tapi mak selalu cakap. "Sama ja hang dengan ayah". Mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Ini kan semua contoh. Aku Bukanlah Cengeng sampai macam tu. Semuanya contoh.
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)