Followers

Tuesday, March 22, 2011

Saya Dah Tamat Praktikal.

Yeay! Siapa belum habis buat praktikal lagi? HAHAHAHA... Padan muka! Sapa suruh buat lambat-lambat. Aku dah habis praktikal weyh. Dah habis. Rasa macam sekejap je 4 bulan buat internship. Kenapa la fakulti ni tak bagi student UKM buat praktikal sampai 6 bulan ke, setahun ke baru betul-betul rasa macam kerja. Eceh! Belagak sungguh kau izan. Orang lain ada yang terseksa kot kat tempat praktikal. Tapi aku BAHAGIA. 
Eh, sebenarnya kan. Aku kan. Bukan la habis terus praktikal ni. InsyaALLAH awal bulan 4 ni akan masuk balik ke 7-Eleven sebagai part-time worker. Kerja 7-Eleven je la aku ni layak. Bukan macam orang lain. Masuk bank bagai kan. Eceh! Dah mula dah buat drama. Macam dah bagItahu je kan dalam entry before-before ni. Biasalah, aku memang gemar ulang banyak-banyak kali cerita yang sama. Dan tadi sebelum balik, department aku buat celebration sikit sempena pemergian aku. Makan DOMINO!

HAHAHA. Pemergian la sangat kan. Sekejap je kot aku bercuti. Dalam 2 minggu je. Start esok sampai 3 hb April depan. Then 4hb April masuk kerja balik. Not as trainee but Part time je. Jadilah. Eh, bukan jadilah. Syukur Alhamdulillah. Dah macam pantun pulak dah. Sempena bercuti panjang. Destinasi indah adalah rumah emak dan ayah. okey-okey. Tukar, rumah ayah dan emak. Nanti ada yang merajuk baca entry ni sebab letak nama emak dulu. HAHAHAHA

Ahah! Seperkara lagi, saya dapat handbag sempena penamatan latihan industri saya di 7-Eleven. Tapi untuk department payroll je kalau nak dapat handbag. Department lain? Who care.Oh, maaf. Saya tiada niat apa-apa. Korang ada? Dapat apa masa praktikal? HEHEHEHE. Oleh itu, Tiada lagi entry yang berlabel 4 Bulan. Kepada yang nak tahu pengalaman praktikal aku selama 4 Bulan boleh la klik.

p/s: maaf. saja nak kasi jeles. saya memang nakal. lain kali jangan belagak (berkata pada diri sendiri juga)



with❤:izan®

1 comment :

  1. untungnya company sayang. tanda murah rezeki tu... :-)

    ReplyDelete

leave me some words ;)