Followers

Wednesday, March 16, 2011

R.A.N.D.O.M

to babe : sorry tak dapat pergi wedding the only akak ko. aku janji kenduri ko dengan cd nanti aku pergi. kalau alan tak nak bawa aku. aku bawa diri! HAHAHA

Update akan berlaku secara rawak. Oleh kerana memblog di tengah malam, tapi masih gigih nak mentaip. rasa macam ketagih nak berblog hari-hari. tetapi terpaksa aku tahan ketagihan ini. demi menjaga kuantiti tidur di malam hari supaya cukup.

Berkaitan Latihan IndustriMemandangkan minggu depan merupakan minggu terakhir sebelum aku menamatkan tempoh Latihan Industri selama empat tahun (tipu) empat bulan, maka minggu ini kena bertungkus dan berlumus untuk menyiapkan full report untuk dihantar. Tapi kan, thumbdrive aku tertinggal dekat rumah trolak pula. ada sesiapa nak balik trolak dan datang KL tak hujung minggu ni? tolong ambilkan boleh? BLAH!

Berkaitan Rumah BaruOleh kerana menduduki rumah kosong tanpa apa-apa kelengkapan. Maka percakapan menjadi gema. Belanja bulan ini mencanak-canak naik. Akibat membeli serba sedikit peralatan rumah. Beli tudung saji, tisu, tupperware, rak pasang sendiri, almari kain berzip (semua kalau boleh ko nak cerita kan izan)

Berkaitan Housemate BaruHousemate je baru. Tapi kami telah lama kawan. Sejak Form 1 lagi.

Berkaitan Diri Yang Tak BaruPerut makin kedepan. Pipi makin meninggi. Pinggang dah kehilangan shape. Lepas ni kalau alan ajak aku makan banyak-banyak lagi siap la. Aku habiskan terus makanan dia. Astaga. Kena ajak kawan teman pergi jogging ni. Buat sit-up pon beratahan seminggu je. Tu pon dah sakit pinggang. Memang tak istiqomah betul aku ni. haish!


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)