Followers

Thursday, April 07, 2011

Jalan Pantas ke Putrajaya

Hai, Salam sayang lagi. 
Semalam adalah penceritaan hari sabtu yang lalu. Ahad pula. Emak dan Ayah nak ke Putrajaya. Emak dan ayah lagi? Padahal kami yang beria-ria. Kami di sini adalah anak-anak emak dan ayah. Emak dan ayah nak tengok masjid sebenarnya. Kami pon bawa. Eh, yang bawa kereta adalah abang-abang iparku. Kami sebagai anak-anak hanya memberi arahan kepada ipar duai.

Kami pagi-pagi lagi dah siap-siap nak keluar.

Esha dengan tok wan

Me with my anak-anak............................................................buah.

My angah dengan anak-anak sendiri.

Comel la...............................................Mak su ni. Eh, Aleesya ni.

Saya nampak pendek. Nampak sahaja.

Adam, Esha, Ana, Alya

Acik, Angah, Emak

Hi, saya bukan Izan Salleh.

Ayah saya nampak muda. Nampak sahaja.







Okey, cerita tamat. Seterusnya kami ke Jalan TAR. Tapi tak ada gambar. Oleh itu tak ada cerita. Bye sayang-sayang ;)

with❤:izan®

Wednesday, April 06, 2011

i-City, Full of Light

Hai, Salam sayang tapi lebih sayang pada emak dan ayah. 

Motif tiba-tiba nak sayang mak dengan ayah? Sebab emak dah ayah sanggup bermalam di rumah angah di Klang semata-mata menghantar anak manja bongsu dia ni ingin memulakan hidup bekerjaya. Bekerjaya la sangat kan. Padahal baru nak mula kerja. Tapi kalau emak dengan ayah tak hantar pon adik still sayang! Eceh. ayat nak kena power beb. Emak dengan ayah gua ni weyh. Pehal lu nak gua lu gua lu ni. Gua bagi Gua Niah kang baru lu senyap.

Berbalik kepada cerita sebenar. Alang-alang mak dan ayah di rumah Angah. Kami berancangan berjalan-jalan. Destinasi pertama adalah i-city. Pergh, memang sesak! Malam minggu kot. Kami pergi dengan sebuah kereta. Unser. Tapi mampu memuatkan 13 orang di dalam satu kereta. Sila oh sila la percaya. Memang sesak. Tapi Alhamdulillah. Semuanya masih bernafas ketika keluar dari kereta. Ini semua adalah atas permintaan emak yang teringin nak ke sana. Kami sebagai anak yang baik hanya menturuti. Padahal....kami yang lebih-lebih. HAHAHA

Aku dengan Alan dan banyak kali datang sini.So kali ni aku jadi pemandu pelancong tak bertauliah la pula.

Susah betul nak suruh Aleesya pandang kamera.

okey, dua-dua tak pandang kamera. HAHAHA

Ana, Emak, Acik, Me. Alya, Angah and Aleesya.

Ni baru separuh. Belum seluruh.

Aksi tonggek-tonggek sampai letih.

"Maksu saya cantik", kata Aleesya.

My Acik's family.
Oleh itu, hujung minggu saya akan bersambung esok. Tungguuuuuuuuu...

with❤:izan®

Saturday, April 02, 2011

Saya Budak Cengeng

Hai, salam Sabtu.

Siapa tahu maksud Cengeng? Cengeng bermaksud kuat nangis. Masih budak ke nak cengeng-cengeng? Eh, aku bukan yang nangis bila tak dapat nak beli mainan atau gula-gula ke. But sometimes kalau macam aku rasa ayah tak sayang aku je aku ada la cengeng sikit. HAHAHA. Boleh pulak rasa macam ayah tak sayang aku kan. 

Contoh macam ni la, bila aku macam kadang-kadang nak something yang bagi aku rasa macam perlu. But bagi ayah benda ni bukan akan senangkan aku. Malah aku akan dibebani hutang kelak. So ayah akan larang aku dari buat. Then aku akan cengeng sorang-sorang dalam bilik air, sambil buka air paip laju-laju selaju air mataku. At last, akan dapat juga benda yang aku minta. But bila dah tiba-tiba tersusah dengan ayah juga aku minta tolong. Inilah bak kata pepatah "ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka". Sebab mereka "makan garam dulu sebelum kita". Trust what your parent said. It worth it!

Itu hanyalah contoh. Takkan la aku sebagai anak yang baik ni macam tu kan. Sila la percaya. Saya seorang anak yang baik. Dan-dan la ko nak guna saya kan? HAHAHAHA. I love u Haji Salleh!

Kenapa aku kata Aku budak Cengeng? Sebab Acik selalu gelakkan aku kalau aku menangis time tengok drama mahupon filem. Contoh lagi eh anak-anak. Malam tadi aku menonton drama Ustaz Amirul. Bila sampai part Adawiyah sakit sampai memaksa Ustaz Amirul 24/7 dengan dia dan membutkan Munirah jeles. Aku tiba-tiba cakap "rasa macam nak nangis la" Pergh! Acik aku apa lagi. Gelak kaw-kaw okeyh. Nampak macam leceh je kan? Tapi aku memang macam ni. Cepat tersayu hati ni time tengok drama atau filem.Tapi kalau boleh aku tahan la. Kadang-kadang buat-buat menguap la. So bukan nangis sebab tengok cerita. Sebab menguap. Bayangkan, filem Im Not Single pon aku boleh nangis. Cuba tanya Alan, beliau adalah saksi kejadian.

Kedua, kenapa aku kata Aku Budak Cengeng? Ini pon contoh lagi ya. Dulu masa dekat hostel. Tak kisah la masa dekat ASBT ke, Matrik ke, UKM ke..selalu kawan-kawan buat birthday surprise. Kan dah kata aku ni cengeng. Nangis oh. Tapi tahan la. Takkan nak nangis depan kawan-kawan. Jatuh la saham aku. Tapi masa dah balik masuk dalam bilik aku kasi nangis bawah selimut, cekup muka dengan bantal la. HAHAHA.

Ketiga, kenapa aku kata Aku Budak Cengeng. Contoh lagi ya, kalau aku balik Trolak naik bus. Aku akan turun dekat simpang depan nak masuk ke Felda aku ni. So aku akan call ayah suruh jemput masa dekat Slim River lagi. Kadang-kadang kalau ayah aku tak de kerja dia akan ambil je terus. Tapi kalau time dia malas atau ada kerja dia akan cakap " tak de ke kereta sapa-sapa nak tumpang kat situ?". Kalau time mood aku tak baik. Aku selalu jawap " OK,nanti adik tahan je la sapa-sapa". Pergh! Tengok-tengok ayah aku dah tunggu kat simpang dengan "Gen2" orange dia. I love U Haji Salleh.

Tapi mak selalu cakap. "Sama ja hang dengan ayah". Mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Ini kan semua contoh. Aku Bukanlah Cengeng sampai macam tu. Semuanya contoh.

with❤:izan®

Friday, April 01, 2011

Maharaja Lawak 2011

Malam semua. 

Now watching Maharaja Lawak 2011. Malam-malam terakhir dengan family ni harus dipraktiskan dengan penuh kegembiraan. Uh, tiba-tiba nak sedih sambil tengok maharaja lawak.

Oh, saya dah ada dapur masak dengan blander di rumah sewa! Selepas ni boleh masak dan bawa bekal ke ofis. Jimat. Sebab nak kumpul duit untuk apa? Ah, biarlah rahsiaaaaaaaaaa...hahaha

with❤:izan®

Tinggal 2 hari lagi.

Hai, salam Jumaat. 

Rabu minggu lepas terasa seperti baru je aku cakap aku ada cuti panjang sebelum masuk kerja semula. Alih-alih tinggal lagi 2 hari je. Nak nangis sebab tak boleh duduk bersenang lenang di rumah lagi. Nak gembira sebab rindu nak masuk kerja. Tapi tak apa, saya kan kuat. Eh, semalam kan ada rasa macam tak puas hati sikit. Pergh, tak puas hati je nak tulis dalam blog. Puas hati ko diam-diam je kan izan. HAHAHAHA. Aku kan memang macam ni. Ayam bertelur sebijik kecoh sekampung. Ni aku, tak puas hati sikit kecoh seBlog.

Semalam aku pergi UKM. Hantar borang konvo. Ehem. iye, saya akan konvo tahun ni.InsyaALLAH. Tapi tak tahu bulan bila. Boleh tak cakap macam tu? So, alang-alang dah sampai UKM, aku pon ambil peluang bertanya pasal claim duit elaun praktikal dari jpa dengan orang yang tak sepatutnya. Aku pergi tanya dekat jabatan bendahari bahagian pelajar. Terasa aku semacam dah kena dah tempatnya.

Aku : Erm, Cik. saya nak taya pasal claim duit prktikal dari JPA. Saya dengar boleh claim. Tapi tak tahu nak tanya dekat sapa. Sebab saya dengar kena isi borang yang disediakan oleh pihak Universiti.
Akak : Saya tak tahu apa-apa pon pasal borang JPA ke apa ni? Mana awak tahu boleh claim?
Aku : Erk, tak ada borang ke? Kena buat surat sendiri ke?
Akak : Ntah la dik, setahu akak memang kitorang tak pernah sediakan apa-apa borang untuk pelajar claim duit praktikal dari JPA.
Aku : Urm, tak pe la kak. Maybe kena buat borang sendiri kot kan?
Akak : Ye la kot. (without making any call pon nak minta kepastian dari mana-mana pihak)

Tiba-tiba wani call.

Wani : Izan, dah boleh buat claim praktikal. Borang dah keluar.
Aku : Baru sat tadi aku pi tanya. Dia kata tak ada apa-apa borang pon.
Wani : Ya ka?
Aku : Mana tahu dah ada borang?
Wani : Yuni bagitahu aku.

Aku call Yuni. Yuni kata kawan dia dah ambil borang tu dekat unit Hal Ehwal Pelajar rupanya. Yang menjadi ketidakpuasan hati aku adalah. Kenapalah jabatan-jabatan dekat UKM ni tak bersatu padu. Bila aku tanya pasal masalah yang diluar bidang kawalah jabatan tersebut langsung kata tak tahu apa-apa. Salah ke bagi aku panduan nak tanya kemana-mana lagi. Susah kot bantu student yang tak tahu apa-apa macam aku ni. Hai la nasibbbbbbbbb...

p/s: Ini bukan politik. Sekadar mengadu domba. 

with❤:izan®