Followers

Thursday, February 04, 2010

bayar balik

sebelum apa-apa.dan aku terlupa saksikan persembahan statik dari izan salleh. statik okey bukan spastik.



baru selesai men-telefon amalina rashid. kerana telah berbulan lama nya tidak berhubungan mesra maka perbualan menjadi panjang sehingga ter-set date berdua ke tempat yang dirahsiakan. semacam satu perasaan aneh muncul kerana telah agak lama tidak menjumpai amalina rashid. siapakah beliau? pi la baca blog beliau. then korang tak kan kenal juga siapa beliau. untuk mengenali beliau kena jumpa,duduk satu matrik dengan beliau selama setahun,kena study sama-sama sampai conteng dinding gara-gara menghafal note bisnes. tumpang tidur atas katil beliau hanya ingin tumpang menangis kerana teringat kekasih lama. turun makan di kafe bersama walaupun blok berlainan. berebut nak tiru tutorial akaun mizah. menangis sama-sama bila masalah cinta melanda. berkongsi kopi o ais kerana nak stay up study bagai nak gila akhirnya tumpas di jalanan.

tapi korang boleh ka kenal beliau dengan hanya baca blog? kalau boleh,bagitahu aku beliau paling fobia dengan binatang apa? macam mana bunyi beliau gelak? macam mana muka glabah beliau bila nak masuk exam? macam mana beliau tolong buang lens aku bila lens aku naik sampai atas bebola ikan. bukan-bukan,bebola mata. nanti kita jumpa ya amalina. sila siapkan peta minda penceritaan hidup anda setelah 2 tahun tidak ketemui daku. jangan kau lupa walau secebis ayat. hahaha...

mr.izan,i nak keluar eh hujung minggu ni. u izan kan? eh bukan-bukan. u izin kan? mesti boleh kan...minggu lagi satu baru i jumpe u pula ok ;) kerja rajin-rajin, jangan asyik duk wat meeting bersama rakan sekerja ja. tak baik tu. lagi satu kalau baca blog i malam ni sila msg selepas baca. ada benda sikit nak tanya. ha,cuak dah tu cuak...hik hik hik.

acik: adik,belikan isha baju shirt dengan seluar jeans boleh? nanti acik bayar balik.

iman: maksu,kasut yang maksu beli tu ketat. nanti maksu beli yang lain eh untuk iman. nanti ibu bayar balik.

kak etun: adik,nanti tengokkan baju kat abg pen sehelai. beli yang macam adik beli dekat iman dan alep. nanti kak etun bayar balik. kalau boleh tengokkan kasut kak etun sekali.

okey-okey. nanti maksu yang sporting dan adik yang baik ini belikan. kemudian nak bayar balik kan? hahaha...tang bayar balik tu aku rasa macam best ja. dengan berani jamin la,akan dapat lebih. ya la. kalau nak shopping kat tg.malim? apa sangat yang ada. bukan nak kata kat sini semua ada. tapi nak kata juga la yang kat sini lagi banyak tempat nak menghabiskan duit. dan ada lagi banyak pilihan sakal. erk? sakal? bukan itu yang nak di sampaikan. ada banyak pilihan yang lebih menarik untuk di pilih menjadi pilihan kelambu. ok,pilihan kalbu. nampak ja kalau i buat typo. okey-okey typing error.

izan: mak dengan ayah tak nak apa-apa?

mak dan ayah: bagi mak dengan ayah 4.0 ja la.

part ni yang paling susah nak bagi. nak beli tak da. nak pinjam ko ingat senang nak dapat? nak curi? kat mana? suka tau hj.salleh dan wanita kesayangan dia buat i macam ni. jadi serba salah dan tak menentu lalu menagis bertalu-talu. pantun 80 kerat tak menjadi.

sebelum aku habiskan budi bicara ilmiah kita malam ni,jutaan terima kasih kepada yang sudi singgah di sini. aku tak sempat nak terjah mana-mana blog sebab jadual yang padat dengan kuiz dan mid term sekarang. dah selesai segala mid term dan kuiz akan ku terjah sampai mengah. uh ah uh ah...practice cara penafasan yang bagus tika membaca entry ni.




4 comments :

leave me some words ;)