Followers

Monday, June 28, 2010

rumah manis rumah

aktiviti dirumah hanya dipenuhi dengan :

  1. ajar acik dengan mak guna internet.
  2. hj.salleh dah mula tertarik dengan internet, sebab boleh cek livescore bola guna internet.
  3. belajar masak memasak dengan mak dan acik.
  4. aku dan acik telah letupkan kuali mak sebijik. HAHAHAHA
home sweet home. kau ada? ada? ada???

blah!

with❤:izan®

Sunday, June 27, 2010

seharian di teluk intan

oh, sebelum cerita dengan lebih lanjut. aku ada pasang azam sepanjang cuti ni. mahu bangun pagi sepagi-pagi yang mungkin. bukannya jam 11.59 pagi seperti di UKM okey. ini bangun pagi yang time tu kalau burung berkicauan boleh buat ayik menatap bunyinya, kalau sejuk masih mampu mencengkam jiwa dan tulang. ha, tau tak pagi yang sepagi-pagi tu macam mana? kalau tak tahu lagi, nampak benar tak pernah bangun pagi di rumah sendiri. kelebihan rumah aku, ianya di kampung. rumah kau ada? ada? ada? HAHAHAHA

pagi tadi dalam jam 8 pagi sudah bangun. okey la bagi permulaan pertama. masih perlu dipertingkatkan lagi. esok jam 7.55 pagi pula. lama-lama sudah boleh bangun pagi kan ;) hanya perlu berusaha secara istiqomah. mesti kita akan berjaya. betulkan pepatah orang lama, kayuh perlahan-lahan pasti sampai ke tepian. kalau ko laju sangat takut terlajak pula perahu. terlajak perahu boleh diundur. kalau terlajak kata, badan binasa. okey! tamat kelas bahasa melayu kita bersama cikgu izan hari ini. esok kita belajar pepatah lain pula okey murid-murid...

berbalik kepada bangun awal, ianya bersebab hari ni. mahu ke teluk intan membeli PSP buat iman. kerana menjalani minor operation hari tu, dia dapat upah PSP. woah! kalau ini macam aku mahu bedah juga. agak-agak hj.salleh nak belikan aku kereta tak sebijik? HAHAHAHA. oh, bukan aku atau hj.salleh yang beli dan bayarkan untuk iman. tapi abuyya dia lah. kalau aku yang berjanji maknanya sampai aku kerja baru dapat. HAHAHAHA.

alang-alang menyeluk pekasam, biarlah dapat ikan pekasam nya. walaupun aku tak pandai nak makan ikan pekasam. kami semua ikut serta. semua di sini adalah emak, abg pen (abuyya), kak etun (ibu), acik, abg en, isha, iman,alep,qistina dan maksu yang terhegeh-hegeh nak ikut. semua ada rencana sendiri ke sana. dan yang pasti rencana si mak su yang terhegeh-hegeh itu dapat dijadikan kenyataan. aku dapat kasut baru! HAHAHAHA. esok-esok bila ada masa nak pakai, aku tayang dalam ni okey.wajib tayang sebab guna duit mak. kalau nak harap duit aku, jawapan nya "sem depan laaaaa".

okey, nak cuba masak telur dadar campur mayonis yang macam sheila rusli masak tu. tadi dapat free makan dekat the store..sooooodapppppppppppp! nyam,nyam! itu pon nanti aku tayang kalau sempat. kalau dah kena ngap memang tak sempat la.

okey, kelas bahasa melayu kita telah selesai. class dismiss! horeay!

with❤:izan®

Saturday, June 26, 2010

when u talk about home, its all nice ;)

di rumah :

  1. bangun pagi tak perlu tunggu jiran bangun untuk ambil wuduk sebab takut.
  2. bangun je boleh terus mandi kalau mahu, sebab tak de mak cik cleaner nak halau.
  3. sarapan sudah ada atas meja. hanya perlu di makan.
  4. boleh tengok tv sambil guling-guling macam cerita hindustan.
  5. lunch sudah boleh ceduk makan dalam pinggan, bukan dalam bekas putih dan ringan.
  6. lagi boleh tambah kalau sedap. eh, memang sure sedap!
  7. boleh online dengan tenang tanpa nak marah kenapa internet lembab!
  8. petang-petang tanpa perlu ke gerai untuk minum petang. hanya buat cerita sedih tak ada minum petang di hostel. dan taraaaaaa...minum petang ada. HAHAHAHA
  9. malam boleh borak dengan bebas bersama mak dan ayah.
  10. oh yang terakhir! katil, tilam, bilik! semuanya bau aku...syurga...
saya dirumah. update akan pasal rumah. itu pon kalau aku rajin ;))

with❤:izan®

Thursday, June 24, 2010

kami ke PD

cerita ini sudah lama. lama sudah, tapi tetap mahu cerita. kalau tak suka, jangan baca. selesai masalah kamu. apa ni izan, selalu mematahkan semangat orang-orang yang mahu membaca. eh, sebelum terlupa. khamis minggu lepas sepupu lelaki aku telefon minta no telefon acik aku. ok, kita kenalkan sepupu lelaki aku pula di dalam blog ini. nama beliau Ajo. bukan nama sebenar.HAHAHAHA. Ajo ni memang rapat dengan aku. selalu belanja aku makan-makan if jumpa kat kampung. sepatutnya aku panggil dia Abg Ajo. tapi sebabkan dah rapat macam kawan aku panggil dia Ajo je. lepas dia minta no telefon acik aku, kami berbual seketika. oh, terlupa. tujuan dia minta no telefon acik aku sebab ayah kepada Ajo, which is pak cik aku nak berbual dengan ayah aku. telefon rumah rosak ketika itu. ok, sambung semula. kami berbual seketika selama sejam setengah. it is normal when u talk with ajo, u just can't stop. ada ja point dia nak kenakan kita. HAHAHAHA

esok paginya tu, aku nampak status angah aku di facebook kata Ajo terlibat dalam eksiden motor. masyaALLAH... baru semalam aku berborak dengan dia. dan sekarang dia masih dalam keadaan koma di hospital penang. hanya malam jumaat tu sahaja aku sempat baca yassin. dan sekarang aku mula period. nanti aku sambung baca lagi ye Ajo. semoga kau cepat sedar. kau kena kuat, sekuat usikan kau yang mampu buat aku ketawa siang dan malam.

okey, back to cerita PD. kami ke sana sudah lama dahulu. aku bukan jenis yang suka ke mall sangat. ececece.. tapi bila time sale aku la paling gila. Alan tahu cara nak jimatkan belanja dia dari aku hentam dia makan di mana-mana restoran mahal, dan terpaksa melayan aku mencuci mata di dalam mall baik dia bawa aku ke tempat lain. dan, destinasi bajet yang di pilih ialah PD. ini pillihan aku. Alan hanya menuruti. malam sebelum ke PD gigih Alan minta aku masakkan nasi goreng tak cukup sifat yang hanya di masak dengan rice cooker. aku kata, kalau sempat aku masak. sebabnya aku ada hal pada pagi sebelum ke PD tu. hal apa, nanti aku ceritakan di lain entry.

sampai disana dah lewat. dalam jam 3 petang mungkin. bertolak dari UKM pon sesudah zuhur. dari asal nak berjalan-jalan sahaja sekali termasuk pameran akuatik pula. HAHAHAHA. nasib la u, dapat perempuan gigih nak buat semua benda ni memang banyak belanja ;)

sumpah,kalau ini la nasi goreng yang aku masak untuk Alan, dia ajak aku nikah terus! HAHAHAHA. ini nasi goreng berbuka puasa dengan Athiah dulu-dulu ;))

okey, ini nasi yang sebenar. usah kau lihat pada rupanya. tapi kau nilai lah pada rasanya. HAHAHAHA

seorang masuk RM 10. ni Alan bayar. aku hujung-hujung sem ni memang tak de duit. kerja nya kikis duit Alan bagi perabeh. HAHAHAHA

finding nemo! ;))

ikan kuning ;)) aku tak tahu la nama-nama ikan tak boleh makan ni. ikan yang boleh makan pon selalu je failed. hahahaha




sambungan selepas ini. ada yang makan hati. makan lah. aku nak makan McD ni. muahahahaha...cari pasal izan, cari....

with❤:izan®

exam selesai, maka boleh cuti

ada banyak aktiviti yang dilakukan semasa menjalani sem pendek ini. malas nak cerita lebih-lebih. nanti kata aku tak menjalankan tanggungjawap sepatutnya semasa sem pendek. oleh kerana sem pendek dah habis oleh itu boleh cerita dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah. memang jarang aku nak rasa bersalah dalam blog. kalau kau rasa nak bersalah, jangan baca. tak pernah nak minta pon sapa-sapa baca, lepas tu sakit hati. dok komen merata. ohmai..izan emotional lagi.... kami tak suka izan macam ni.

kita mulakan dengan exam hari ni. SEJARAH PEMIKIRAN I. eh, bukan kau belajar buat bussiness je ke izan? kenapa kena belajar tentang sejarah pemikiran? apa pernah dengar ayat :

'tanpa sejarah kita mungkin mengulangi kesilapan yang sama' 

kata pujangga dari izan salleh. HAHAHAHAHA. not funny. itulah bukan sebab kenapa aku ambil subjek SEJARAH PEMIKIRAN I untuk sem pendek ini. ini adalah subjek yang terpaksa diambil untuk memenuhkan syarat menjadi pelajar graduan UKM nanti. a simple subject to understand but hard too memorise. hard and sooooo HARD. aku ulang, HARD TOO MEMORISE.

tak percaya? korang tahu siapa yang The Great Commentator? tahu apa penyelewengan Institusi Gereja Katolik Rom? tahu siapa pengarang buku Pawns In The Game? aku pon tak tahu kalau tak belajar Sejarah Pemikiran I ni. sampai malam tadi aku hampir putus asa. tengok buku yang berhalaman setebal  442 muka surat ini membuatkan aku rasa nak muntah. kalau boleh aku nak muntah dekat atas meja study ni ha. tapi memikirkan pointer yang macam UKM KATA PERGI, RUMAH KATA MARI aku gigihkan lagi membelek dan meneliti setiap baris ayat yang makin aku baca makin aku terjebak dengan perkataan ILLUMINATI, YAHUDI, ZIONISME, KAPITALISME, SOSIALISME dan nasib tak ada IZANISME didalam pembacaan tersebut. 

sebagai langkah akhir, aku langkahkan kaki ke atas katil untuk menunjukkan sikap protes terhadap buku Sejarah Pemikiran I. bebal! tak mau baca dah. tiba-tiba atie membawa perkhabaran baik dengan mengatakan ezzah menjumpai jalan kebenaran setelah berlakunya putus asa dan patah semangat aku malam tadi. ezzah ada soalan PAST YEAR! T___T. masa ni rasa macam nak menangis kesyukuran. melompat-lompat pergi cari hayyan nak fotostat past year tersebut. tapi yan tak bawa laptop pula. akhirnya kami ke AMEERALI. kedai mamak terkenal di bangi. eh, tapi bukan membuat fotokopi di kedai AMEERALI ya. tapi di bersebelahan dengan kedai tersebut.

oh, mai...malam semalam kan bola! malu i dengan atie meredah spesis berjantina lain semata-mata hendak menfotokopi soalan past year. tapi tak pe, ianya berbaloi. out of 60 question yang keluar hanya ada dalam 2,3 soalan je yang baru di buat. yang lain semua dari soalan past year ;)) kepada adik-adik yang belum ambil U3 ambillah sejarah pemikiran. kecewa pada mulanya akan terubat bila ada soalan past year...T_____T

cerita yang lain, akan di cerita lain kali. mungkin ditaip dari rumah barangkali. esok i balik! oleyh!

babai ;))

with❤:izan®

Wednesday, June 23, 2010

penyakit angin pasang

eh, izan update lagi. hari ni makin menjadi-jadi yer. padahal esok nak exam. tak boleh. dah try tahan dari nak update. tapi hati ni semacam tak boleh tahan sahaja. sebab ini entry yang ada punuh dengan nilai peringatan. kalau tidak diceritakan terasa seperti kesal pula nanti. dan akhirnya, mengambil keputusan untuk taip juga.

pagi tadi nampak status angah aku di facebook :
'Amirul Iman akan menjalani pembedahan pg nie..harap semua ok lepas nie. Tak pe, Iman kan kuat!'

baru aku teringat yang mak aku pernah bagitahu haritu masa balik rumah yang iman, anak kepada abg ke2 aku ni nak menjalani pembedahan dekat bahagian "telur" beliau kerana bengkak sebelah. maaf kerana penggunaan bahasa kurang elok. ini hanya untuk tujuan penceritaan. bukan khayalan. take note ok! kang ada pulak yang abuse blog aku. T____T.

then angah aku call, katanya mak aku yang teman iman di hospital semalam. abg aku kan buka kedai makan, kalau tutup rugi la pula. kak ipar aku a.k.a ibu si iman baru dapat baby. kesian pula kat qistina nanti. tak kan la nak bermalam di hospital. last-last mak aku yang temankan cucunya. oh, mak...kesian kat mak. kalau adik ada, adik yang pergi teman iman kat hospital. pagi tadi before masuk operation room iman mengamuk-ngamuk minta opahnya temankan masuk dalam. maybe dia takut kot kan. kalau aku pon cuak juga. ni kan pula budak baru 5 tahun nak masuk operation room sorang-sorang. tapi bila doktor dah bagi bius semua iman dah tak sedar akak aku kata. so mak aku tunggu kat luar je la. 

tak lama pon operation nya, sikit je yang doktor buang. buang apa aku tak tahu, nanti balik rumah aku kaji bagi habis ok. then cerita balik. lepas je iman dah operate dia sedar je terus mengamuk-ngamuk. masa tu abuya dengan ibu dia tak sampai lagi. ye la, dah bukak kedai makan dari petang sampai ke subuh mana nak bangun pagi-pagi lagi. nak siapkan alif and qistina lagi. lambat la sikit. nasib mak aku ada. mak aku pujuk iman. katanya tak nak duduk dalam ward tu. takut kot. mak aku ajak duduk bilik lain. then dia tertidur dekat sofa hospital je. kesiannya anak buah mak su. nanti mak su balik kita main kereta control yang tok wan beli kat iman tu eh. iman nak mak su main kan. iman tengok je ok ;))

tadi tengok update angah aku dekat facebook lagi :
'Alhamdulillah....iman dah selamat operation n skrg kata opahnyer tgh tido'

alhamdulillah ;)) mesti penat tu. dah lepas operation terus mengamuk. mana tak penat. angah aku kata ada sekali iman sakit sangat sampai cakap macam ni dekat abuya dia a.k.a abg aku :
"Abuya, Iman dah x thn sakit, Iman nak mati dah kut"

T_________________________T.

we love u iman. be strong okey.




with❤:izan®

tak nak!

semalam dah semalaman batulkan Rancangan Perniagaan yang terpaksa dibetulkan. nasib la hari ni baim yang nak hantarkan. tapi still ada seorang ahli group aku ni yang betulkan kerja macam tak betul je. lain kali kalau tahu diri awak tu busy, buat kerja awal-awal. sikit-sikit lama-lama siap la. ni bila di minta baru nak buat. apa yang suruh buat tak buat. memang la awak dah add on ape yang en.radzuan mintak. but yang suruh buang tak buang. ah! malas nak cakap pasal ni. buat mood lari je. its ok. all done dear. ;)) next time u buat lagi k. sumpah i dah TAK NAK satu group dengan u lagi...HAHAHAHA

good morning MALAYSIA. kalau siapa yang tak duduk dalam malaysia pon boleh jawap. aku tulis MALAYSIA sebab aku berada dalam MALAYSIA sekarang. eceh, macam la kau pernah duduk luar dari malaysia. T___T. pagi ni anak buah aku AMIRUL IMAN akan menjalani pembedahan di bahagian tutttttt beliau. aku pon tak berapa nak paham apa yang nak dibedah. hope u will be okey ye iman. iman kan kuat. untuk pengetahuan anak-anak bonda, masa entry ini ditulis. abang iman kamu baru berusia 5 tahun.dia masih kecil, tapi sudah berani untuk dibedah. kamu kena kuat macam abang iman okey ;))

eh, esok dah 24 hb kan? maknanya last paper esok. dah kerana masih lapar. makan dulu baru study. okey perut, jangan nak cari pasal buat hal pagi-pagi. nak isi la ni. adoi, glabah sungguh perut ni!

babai ;)) baca elok-elok aku tulis BABAI. bukan yang TUTTTTTTTTTTT tu...HAHAHAHA

with❤:izan®

Monday, June 21, 2010

misi jawap exam cepat-cepat

keusahawanan : 8.30 pagi - 10.30 pagi.

masuk je dewan, meja aku depan sekali. tengah-tengah dan maknanya dekat dengan makcik-makcik yang kuat mengumpat time kitorang tengah exam. ada ja yang tak kena. habis satu dewan exam hari ni sapa yang pakai jeans dan selipar kena saman. HAHAHAHA. nasib la aku ni jenis orang kampung pergi exam. pakai baju kurung. tapi the makciks always talk about sandal aku yang nampak macam selipar. eh, ada tali okey kat belakang sandal saya. harap makcik-makcik ambil nota atau dalam bahasa penjajahnya take note! makcik-makcik jangan nak buat saya panas baran pagi-pagi dalam dewan yang sejuk tu boleh? dah la dengan tiba-tiba bulan nak datang singgah melekat dekat aku hari ni. habis moody satu bilik. bangun solat subuh tak nak tengok dulu. pakai main ambil je wudhuk terus solat. lepas tu baru terasa yang bulan datang tumpang. haish!

masa dalam dewan, aku jadi macam nak letak je kertas exam atas lantai dan jawap exam usahawan tadi dalam keadaan meniarap atas lantai. nasib la izan ini masih waras dan menjaga sifat-sifat kewanitaan beliau. aku tahan aje sakit bulan datang ini dengan gigih. ada la kot dalam 40 minit aku jawap then cau cin cau la kau exam. muka aku time tu kalau sapa-sapa nak celup buat air asam kompem sedap. masam sampai limau tengok aku pon dia mengaku kalah. dah la masam, pahit pula tu. nescafe langsung tak nak kawan dengan aku dah.

etika : 2.30 petang-4.20 petang

nasib perut amat bertolak ansur sedikit setelah aku memberi rehat selama 2 jam tidur yang nyenyak di bilik dan di belai-belai dengan minyak panas. baru kau tahu ya, kau ingat aku nak letak minyak sejuk? kirim salam la, sapa suruh cari pasal, kan dah aku tonyoh dengan minyak panas...

kesimpulannya, pakai tudung baru pergi exam dalam keadaan mood tak baik memang tak cun langsung! ;((

with❤:izan®

Sunday, June 20, 2010

pesanan penaja ;))



entry ini di taip oleh P.A izan salleh :

cik izan pesan,

esok beliau akan menduduki dua paper untuk sem pendek ini. maka, beliau tidak berkesempatan untuk mengarut dan mentaip apa-apa perkataan di sini. beliau hanya berpesan supaya kalian mendoakan perjalan exam beliau berjalan dengan lancar. beliau pesan sila ulang perkataan dua. okey, DUA PAPER okey. iaitu keusahawanan dan etika perniagaan.

sebelum terlupa, cik izan salleh pesan suruh masukkan gambar dia bersama tudung baru. akan saya lampirkan selepas entry ini.

yang menjalankan tugas,
P.A izan salleh yang masih bujang ;))


with❤:izan®

selamat hari bapa

entry ini khas untuk HJ SALLEH. walaupun ayah tak baca, tapi adik rasa dengan luahan di sini akan menjadi memori untuk cucu-cucu ayah nanti. ahaks! gatal sudah.

adik ingat lagi, masa ayah hantar adik pergi sekolah tadika. kita pernah terlibat dalam kemalangan bersama mak cik bawa kuih karipap panas pagi-pagi. tapi ayah hantar adik dulu before ayah kisahkan kaki ayah yang luka tu. ayah kata, "nak pandai kena pergi sekolah awal". ayah sanggup minum dekat kedai kopi cepat-cepat supaya ayah tak lewat hantar adik pergi tadika. then, bila jam 11.30 pagi ayah gigih pergi jemput adik dekat tadika dengan baju kebun. adik suka complain kata " ala, hari ni ayah tak wangi la nak cium" HAHAHAHA..time pergi sekolah agama pula, ayah hantar adik dengan acik sama-sama pergi sekolah. masa tu acik baru darjah enam. adik baru tadika enam tahun. bila petang ayah suruh adik dengan acik jalan kaki sama-sama balik rumah sebab ada acik. jadi ayah tak bimbang sangat. kalau hujan ayah jemput adik dengan acik guna van TOYOTA lama yang sekarang dah bagi dekat abang farizal buat bawa besi.

bila dah masuk darjah satu ayah beli kan adik basikal. jadi ayah dah tak payah nak minum cepat-cepat dekat kadai kopi. tak payah kelam kabut balik dari kebun nak jemput adik dekat sekolah. adik boleh pergi sekolah naik basikal dengan dayah. bila dah darjah lima, ayah ajar adik bawa motor honda bulat no plat AAK and no kat belakang dah tak ingat. mula-mula ayah tak nak ajar, tapi bila ayah pikir, nanti senang nak hantar mak pergi mengaji kitab petang-petang ayah gigih ajar adik.

bila adik dapat result bagus dalam UPSR ayah gigih carikan asrama untuk adik belajar. tapi adik macam tak suka nak pergi duduk dekat asrama. sebab along, angah, acik dan abg pen semua belajar dekat sekolah dalam felda je. kenapa adik nak kena duduk asrama. tiba-tiba rasa macam ayah tak sayang adik sorang ja masa tu. sebab nak tunjuk belagak kononnya adik boleh duduk asrama, adik ikot cakap ayah nak pergi asrama. last-last adik mengamuk mintak pindah asrama dekat sikit dengan rumah. berkali-kali ayah turun naik pejabat felda minta tukar asrama. dan adik dapat ;))

masa adik dapat result PMR yang agak membanggakan, merata kita pergi cari bantuan kewangan nak daftarkan adik masa tu. dengan buku teks kena beli sendiri. baju dah lain macam sikit. dapat masuk sekolah MRSM. memang la semua nak baru. masa tu adik dah mula jauh dari ayah. dah mula hilang pegangan. mula sesat dengan dunia adik. so, secara kesimpulan result SPM hampeh dan hancus. tapi ayah dengan selamba kata "tak pa, ada rezeki dapat la masuk mana-mana nanti"

dengan rasa syukur, adik dapat masuk MATRIKULASI PENANG. pergh, memang tak percaya lah. T___T. sebagai sumber inspirasi ayah janji nak belikan adik laptop if adik dapat result bagus masa sem 1. then berkat doa ayah dan mak. memang adik dapat buktikan adik boleh buat kalau usaha lebih sikit dari biasa. ayah tepati janji. ayah belikan. kemudian adik dapat masuk UKM. ayah bangga masa tu, adik nampak muka ayah bangga dengan anak ayah ni. ayah tak nak adik susah pergi kelas, ayah belikan adik motor. walaupun ayah bayar sikit adik bayar sikit tapi adik gembira sebab ayah belikan adik motor.

sekarang motor yang ayah belikan banyak berjasa kepada adik. pergi kelas, pergi pasar malam, pergi beli makan...

banyak dah benda yang ayah buatkan untuk adik, dari adik kecil sampai la sekarang. ayah selalu kata. belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat. adik ingat, tapi adik selalu leka nak buat. sebab tu ayah selalu telepon untuk ingatkan adik. walaupun adik dapat result teruk, ayah tak pernah nak marah. walaupun adik selalu mintak duit belanja, ayah tak pernah nak kata tak ada. walaupun mak masak sedap kat rumah ayah mesti kata mak masak ikan kering je, kalau adik tanya. 

to HJ SALLEH, terima kasih kerana mendidik adik sampai sekarang. kalau sapa-sapa nak minta tukar ayah dia dengan ayah aku, meh sini meh. kalau berani ambil la. nampak tak muka tak bagi ni...grrrrrrrr...

SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa ;))

with❤:izan®

Friday, June 18, 2010

hik hik hik

selamat berjumpa lagi di pagi jumaat ini ;)) hahahaha, cis, terasa macam first time pula menaip entry di pagi hari. selalu taip malam-malam then auto publish sahaja. apa? ini rupanya kerja izan. menipu kami semua dengan entry di pagi hari. kami ingat izan seorang yang bangun pagi-pagi semata-mata mahu mentaip entry. then baru tidur kembali. tidak! anda semua tertipu. entry-entry tersebut telah saya karangkraf kan malam sebelum entry di buka untuk tontonan ramai. HAHAHAHA. tapi pagi ni betul, betul-betul saya mentaip entry di pagi hari. lagu yang berkumandang di radio hot fm pagi ini adalah...erk, sorry saya tak buka radio. HAHAHAHA. lihat, adakah kenyataan benar ini akan di curigai?

oh, kenapa saya asyik mentaip entry mengenai masak memasak sahaja kan sekarang. kerana saya suka makan, tapi duit tak ada. T____T. oleh kerana JPA tidak memberikan sebarang duit belanja di sem pendek, maka saya dan kawan-kawan muhibah terpaksa masak untuk meneruskan kehidupan di bumi UKM ini. blah la izan, cakap macam tak da duit sangat yang kau keluar berjalan-jalan bagai orang kaya itu apa? hahahaha. itu alan belanja. lain kira. nafkah okey.

sebenarnya cukup sahaja duit HJ SALLEH bekalkan kepada aku, cuma terasa macam nak main masak-masak dengan atie and yona. sambil berjimat boleh tunjuk bakat. eh, semacam pernah dengar bukan? anggaplah ini kali pertama anda mendengar pepatah ini. saya bukan seorang yang suka copy paste entry then publish banyak kali. erk? apakah! nak kena ini budak!

oh, sebelum terlambat. SELAMAT PAGI KAWAN-KAWAN ;))

dan saya mohon maaf kerana tak sempat nak apa? apa istilah yang selalu digunakan itu...ala, blogwalking.. lagi? blogjumping... lagi-lagi... blogjogging? ha..yang tu. tak buat dah sekarang. sebab saya hanya membaca dengan penuh teliti untuk satu-satu word dalam sesetengah blog dan terus berlalu pergi. mungkin boleh buat istilah baru, BLOGFLYING... kah kah kah. tak lawak pon.

dan sebelum saya berlalu pergi seperti biasa selepas menaip entry. saya sampaikan salam muhibah 1 MALAYSIA. erk, sebenarnya nak masukkan gambar. sebab lembab al buaya. merajuk dan terus berjalan ke bilik air untuk basuh muka.

p/s : selamat hari bapa. akan di susuli dengan entry nanti ;))

with❤:izan®

Thursday, June 17, 2010

spageti goreng kampung

bahan-bahan :

  1. sebiji bawang besar potong dadu, walaupun tak boleh jadi dadu, anda kena usaha sampai jadi dadu.
  2. 3 ulas bawang putih.
  3. ikan bilis yang sudah diserbukkan di rumah.
  4. 2 sosej yang telah di potong halus-halus.
  5. perencah nasi goreng ADABI.
  6. spageti, untuk 3 orang makan.
cara menyediakan nya :

  1. pastikan spageti telah di rebus dan ditoskan.
  2. tumis bawang putih dengan bawang besar sampai naik bau.
  3. masukkan ikan bilis yang telah diserbukkan di rumah.
  4. masukkan perencah nasi goreng ADABI.
  5. masukkan sosej yang telah di potong halus.
  6. masukkan spageti.
dan SIAP ;))


aku sertakan contoh perencah nasi goreng yang digunakan. mudah, cepat dan sedap.



penjimatan harus di amalkan bila-bila masa. bila berkongsi makan dalam satu bekas yang sama, bukan sahaja boleh merapatkan silaturrahim, malah jimat air dan sabun cuci pinggan ;))

hasil dari makan makanan berkhasiat sepanjang malam, anda akan mendapat kesihatan tubuh badan yang sihat. kalau tidak percaya, lihat sahaja model kami di bawah ini. bukan sahaja sihat, malah gagah dan berani.


apa? nak tambah dengan pujian COMEL? okey, model kami kali ini kata beliau terima pujian tersebut ;))

with❤:izan®

Wednesday, June 16, 2010

makan malam MALAM ini


sajian makan malam dengan penuh kasih sayang dari izan, atie and yona ;)

with❤:izan®

Tuesday, June 15, 2010

resepi nasi goreng

sepanjang katiadaan aku mengupdate di sini, banyak benda aku buat. oleh kerana banyak benda, so kalau tak tayang memang cam tak sedap je la kan. hidup kena menayang baru best. hahahaha... ayat macam ni kalau selalu di praktikkan boleh menyebabkan semua orang rasa nak lempang kau sampai jadi lembik macam pisang. dah la dulu dah jadi pisang, kalau pisang dah lembik boleh buat cekodok. alamak, agak-agak rice cooker yona ni mampu ke tak eh nak goreng cekodok?

okey, tanpa membuang masa mari kita senaraikan bahan-bahan membuat nasi goreng kita ;)

    bahan-bahannya:

  1. sebiji bawang besar di potong dadu.
  2. 4 ulas bawang putih di potong-potong.
  3. 5 biji cili padi di potong-potong.
  4. 2 biji ubi kentang di dadu-dadukan juga.
  5. sardin tin.
  6. minyak masak.
  7. fish ball kalau ada.
  8. 1 1/2 pot beras lalu ditanak.
  9. sebungkus perencah nasi goreng ADABI. (ini adalah resepi kejayaan nasi goreng yang sedap)
peringatan di sini, segala aktiviti pemotongan dan pendaduan adalah dilakukan dengan kecil-kecil sebab saya menggunakan rice cooker, bukan kuali seperti di dapur rumah anda ;)

cara-cara memasak :



1. sediakan bahan-bahan untuk menumis seperti di atas. sila lihat, segala pemotongan adalah dilakukan secara comel-comel agar senang untuk di masak dan cepat.


2. panaskan minyak masak di dalam rice cooker. apabila minyak cukup panas....


3. masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan kentang yang telah di potong comel-comel tadi. kemudian biarkan setika dan jangan lupa tutup penutup rice cooker anda agar keadaan di dalam rice cooker cukup panas untuk menjadikan bahan tumisan tadi mengeluarkan aroma sedap...ohmai...


4. sementara menunggu bahan tumisan kita mengeluarkan bau, apa kita buka tin sardin. dan hancurkan seketul ikan sardin untuk di masukkan ke dalam nasi goreng kita nanti.


5. setelah tumisan kita kelihatan kekuning-kuningan,masukkan perencah nasi goreng adabi bersama-sama dengan sardin yang dihancurkan tadi.


6. untuk menyedapkan tekak aku dengan atie yang maha dasyat dan selalu lapar ini, kami memilih untuk menambahkan sedikit fish ball ke dalam nasi goreng kami. ini bukan saja akan menambahkan selera, malah akan menyebabkan nasi goreng kami menjadi begitu menselerakan ;)


7. dan akhir sekali masukkan nasi putih yang telah di tanak dan gaul sehingga sebati bersama-sama dengan rempah ratus tadi. lalu di biarkan sebentar di dalam rice cooker milik yona ;)


minta maaf sebab hiasan sudah tertunggang langgang. semua gara-gara perjalanan yang jauh untuk makan nasi goreng ini. ini adalah cara untuk berjimat dalam bercinta. keluar dating bawa bekal dari rumah.disamping dapat berjimat dapat juga TUNJUK BAKAT. hahahaha


with❤:izan®

Monday, June 14, 2010

siap sudah!

kerja etika yang maha dasyat untuk disiapkan dalam masa 3 hari ini telah kulangsaikan! oleh itu,jangan kau ada lagi kerja tertunggak untuk di siapkan. yang aku tahu sekarang, mahu print and submit ini kertas kerja. nak tengok pon dah tak lalu. inikan pula mahu belek-belek lagi. tak mahu! tak mahu! tak mahu!

PANG!

gila sudah ini budak...T_____T.

ops, before terlupa, rancangan perniagaan juga telah siap. hanya mahu di print juga nanti. oleh itu ada pembentangan sejarah pemikiran petang ini dan bersiap sedia menjawap exam minggu depan.

with❤:izan®

Wednesday, June 09, 2010

takkan ada entry

sehingga aku menyiapkan RANCANGAN PERNIAGAAN dan kertas kerja ETIKA PERNIAGAAN. blog ini akan sunyi. booo....lantak kau lah blog!

T______T

 tak tahu la ni meja ke,dapur ke...HAHAHAHA

with❤:izan®

Tuesday, June 08, 2010

keusahawanan

penceritaan akan berlaku secara mengundur. entry akan start dari peristiwa hari ni sampai hari jumaat lepas. dan malan ni aku ada exam keusahawanan. dan oleh kerana membaca nota keusahawanan membuatkan aku ketiduran sampai 2 jam petang ni. jom kalut-kalu kejar balik apa yang tak sempat nak baca lagi. baca dengan hafal berbeza kan? oleh itu? mari FAHAMKAN.

hidup ni senang je kalau nak hidup dengan tenang. kita faham kan kenapa setiap benda yang berlaku dalam kehidupan kita ni. nescaya kita tak kan salah kan sapa dan apa. okey,i taip nescaya bukan nescafe. sila percaya. izan sekarang dalam mood bahasa inovatif yang tinggi. kerana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mestilah mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.

sesungguhnya,
 "usahawan yang berjaya itu adalah seorang peniaga yang berjaya,dan seorang peniaga yang berjaya itu belum tentu boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya "


with❤:izan®

banyak nye ikan

semalam-semalam pergi makan pizza dengan alan. aku yang gedik BIN gletik ajak dia pergi tengok LAGENDA BUDAK SETAN. sebagai upah,aku kena belanja tiket wayang. dia? goyang kaki je la. HAHAHA. tidak,kompem la makan dia yang bayar. oleh kerana makan alan yang belanja. kena gigih cari tempat yang sedap dan ala-ala berbaloi sikit nak kikis duit dia. dasar wanita kikis dan pisau cukur rupanya aku. kau nak marah? ha,meh sini marah aku. ek eleh,emo lagi minah ni.

dan destinasi bajet yang di pilih adalah PIZZA HUT ALAMANDA. spagethi dia memang terbaik,walaupon service lambab tahap bab satu. its ok. i boleh maafkan. asalkan abang yang ambil order tu boleh senyum sampai 10 kali pandang i. fuh! nasib alan tak perasan i main mata dengan itu abang.

dan menu yang disarankan untuk anda pilih adalah seperti berikut : (bahasa melayu ini indah kalau kita guna kan sekali sekala)

makanan yang licin di balun oleh alan. lansung tak tanya aku nak ke tak. sempat rasa sikit je. tahu la awak yang belanja. T____T

makanan yang lambat lambat dan lambattttt sampai. sampai aku ngan alan termenung panjang tengok cheese yang ditarik panjang oleh family depan meja kitorang. kalau la aku ni jenis muka nak hamuk tiap kali lapar,aku dah hamuk dah dalam pizza tu! eh,bukan ke? erk...

siapa berani buat ini sebagai makanan tengah hari meh sini meh. jumpa aku dulu. hamboih! tak sampai hati nak makan. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, June 07, 2010

kalau mengada sangat,boleh blah!

"eee..gedik nya kau ni". erk, okey. aku gedik. kau tak gedik.
"eeee...perlu ke kau nak manja-manja macam tu???" erk,ok manja pon salah...
"eeeeee....kenapa nak kena panggil i dengan u? menyampah nye..." ok,tak boleh guna i dengan u. nanti orang menyampah.
"eeeeeeeeee..annoying ok kau ni" ok,aku je la yang annoying.
"eeeeeeeeeeeeeeeeeee....eeeeeeeeeeeeeeee... dan eeeeeeeeeeee lagi" ha,tu maksudnya budak-budak baru nak belajar sebut E.

kadang-kadang kita tak perasan. kita pon selalu buat orang menyampah dengan kita. meluat tahap tangkap muat dan rasa nak muntah tahap lecah. kalau kau bagus sangat, kenapa kau pon buat apa yang aku buat? nak aku ulang balik ayat-ayat kau bagi kat aku macam kat atas tu. tak payah la. meluat aku kat kau sampai tahap nak cakap pon dah tak lalu! blah!

with❤:izan®

I MUST...


setelah dileteri oleh hj.salleh dan wanita kesayangan beliau. balik ke UKM semalam terpaksa menadah telinga mendengar leteran alan plak. tapi tak pe,aku memang suka dengar orang berleter kat aku ni. tu maknanya mereka sayang padaku. untuk pengetahuan semua,hanya lagi 0.5 untuk mencapai 3.0. so jangan tanya lagi aku dapat berapa. nanti merajuk sampai ke bali nanti. berbulan madu! HAHAHAHA

banyak aktiviti bermeditasi yang dilakukan di rumah. aku rasa aku kena bagi cadangan kepada sesiapa yang berasa sangat kecewa dengan result exam,maka boleh melakukan aktiviti ini dirumah bersama keluarga :

  1. makan dengan banyak
  2. tidur dengan secukupnya
  3. picit pipi anak-anak buah ko dengan manja
  4. pergi kenduri lalu bertegur sapa dengan sesiapa sahaja
  5. berkebun
  6. menyiram pokok bunga
  7. bermain badminton
  8. mandi lama-lama
  9. berbual dengan mak dan ayah dengan perasaan terbuka
  10. membuli kakak anda memasak masakan kegemaran anda.
cukup la kan sikit-sikit. tak boleh buat banyak perkara sangat. sebab balik pon 2 hari 2 malam je T___T.

oleh itu,sampai ketemu lagi. dan sebelum itu ini sebagai pengubat rindu ;)


with❤:izan®

Friday, June 04, 2010

dunia huru hara

dunia sekarang makin huru hara. penindasan merata-rata. kalau boleh nak tindas sampai puas. bak kata pepatah norizan "tindas menindas adalah perkara biasa sekarang" . bila banyak penindasan berlaku,akan banyak lah perkara yang kena dibetulkan. banyak cara ditunjukkan. kekejaman umpama satu cara untuk menunjuk-nunjuk. kenapa wujud orang yang sanggup menghakimi orang lain sedangkan dia bukan siapa-siapa. dia juga manusia seperti yang lain.

okey,intro je tu. semoga ALLAH memelihara insan-insan yang dikejami ISRAEL lahanat!

dunia aku pon dah jadi huru hara dah sejak result keluar malam tadi. but syukur je la. atleast ada peningkatan dari sem-sem yang sebelum. ha,korang kira la dah berapa kali sebut sem tu. HAHAHA. namun,hidup harus diteruskan. oleh kerana yona dah tak sabar-sabar nak ajak pi makan,aku kene pi mandi sekarang. sebab lepas ni nak balik rumah terus.

agaknya,bermeditasi dirumah bagus untuk memulihkan semangat yang terbang bersama terbangnya keputusan  exam semalam. nak kena kutip balik sepanjang perjalanan balik ke rumah hari ni.

hari ni tak de gambar,izan berkabung kerana meratapi kesedihan result semalam. T___T

with❤:izan®

Thursday, June 03, 2010

jumaat penghulu segala hari

esok jumaat. penghulu segala hari. dan esok result keluar. kalau lepas esok tiada entry baru yang keluar anggap lah aku telah dikeluarkan dari UKM. T___T. hahaha. esok i nak balik rumah. siapa mahu ikot? sila kan lah. tapi naik komuter je la. tikert bayar sendiri ok. oh isha. wait for mak su ya. sudah long time tidak bermain tarik-tarik pipi sama kamu. baru 2minggu kau bilang "long time". eh mestilah,kalau 2 bulan akan kebunyian "long long and long time".

kerana sekarang aku berada dalam short sem yang sangat pendek. kuliah yang sepatut nya berjalan selama 14 minggu dan mempunyai 14 pertemuan untuk satu subjek telah di-short-kan menjadi 7 minggu. ini adalah bermaksud,1 minggu ada 2 kali pertemuan. pertemuan dan perpisah adalah ketentuan TUHAN. oleh itu hanya tinggal lagi 3minggu untuk menghabiskan sem pendek yang memendekkan nafas untuk bernafas di alam bumi yang fana ini.

kerja sejarah pemikiran : in progress
kerja etika : belum bersentuhan dengan aku. mahupon dari segi rohani atau jasmani nya
kerja keusahawanan : akan aku langsaikan malam ini.

sesungguhnya insan comel kalau tengah berusaha pasti membuahkan hasil kan. oleh itu mari bekerja. kerana orang yang bekerja akan diberi pahala. sambil bekerja kena la senyum. kerana senyum itu sedekah. kalau susah nak senyum. lihat wajah ini. anda pasti tersenyum senang hati ;)




with❤:izan®

Wednesday, June 02, 2010

today is your birthday ;)

selama 2 tahun aku duduk dekat UKM ni aku hanya boleh dikatakan rapat dengan seorang sahaja jejaka. aku bukan jenis yang mudah nak rapat tanpa sebab, dan kebiasaannya aku akan cuba untuk merapatkan diri dengan mana-mana jejaka atas alasan "owh,dia ni satu group dengan aku,so kena rapat. nanti kalau aku tak nak pi mana-mana perjumpaan boleh buat muka kesian" HAHAHAHA

namun, aku tak tahu kenapa aku boleh rapat dengan jejaka ni. nak kata aku satu group dengan dia? pernah sekali je. eh,u ingat tak time kelas tutorial akaun. semua orang kenal u. i pon pelik kenapa macam i seorang je tak kenal u ni. then u dengan i dapat satu group untuk buat tutorial akaun. dengan yona and seorang lagi budak perempuan cina. that time baru i kenal yang u ni gila peramah sampai naik menyampah. huh! dalam hati i, banyak cakap betul la budak ni. HAHAHAHA

then u mintak no telefon i,dengan alasan nak hantar mesej SELAMAT HARI RAYA. memang u hantar,tapi i tak dapat nak agak dari sapa. sebab u tulis nama singkatan u je. mana i nak faham. tulis pula dengan nama glemer. ouh! memang mampos i nak faham and reply mesej u. HAHAHA. ini adalah ayat untuk mempertahankan diri dengan mengatakan "SAYA BUKAN JENIS YANG SUKA-SUKA REPLY MESEJ TAK DIKENALI" blah!

but,macam tu je la hubungan kita. bila u buat short sem dengan yona. i tak tahu kenapa i boleh jadi makin rapat dengan u. bila i ada masalah i akan cari u. sebab i rasa macam u saje yang boleh selesaikan masalah i. sedangkan u just dengar dan menyampuk seperi biasa sebab u memang banyak cakap. i rasa senang nak share everyting dengan u. even u berlainan jantina dengan i,u faham apa yang i rasa. walaupon kadang kala i sering bercerita masalah i dengan nada tangisan dalam kerinduan...T___T. HAHAHAHA.

whatever pon yang pernah berlaku dalam hidup i antara u dengan i. it is still the best moment to remenber my friend ;) and sempena ULANG TAHUN KELAHIRAN U untuk kali ke-21 ini. i ingin mengucapkan....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU EZKANDAR ;)

mengenali u sebagai kawan lelaki paling rapat dalam hidup i membuatkan i mengenali semua lelaki dalam dunia ini. ecececeeee....

p/s: mr.izan i dah mintak izin kan nak buat entry ni. hope u dont mind ;)

with❤:izan®

my girl

exam etika telah tamat. maka kita nantikan exam keusahawanan pula selasa depan. oleh itu,mari layan my girl setelah berpuluh-puluh kali aku ulang menonton drama korea ini.

melihat kecomelan yoo rin mengingatkan aku kepada kecomelan diri sendiri. MUAHAHAHAHA. blah!

okey-okey,sebelum mengarut dengan lebih lanjut. mari melayan MY GIRL bersama nasi lemak telur mata. oleyh!

with❤:izan®

Tuesday, June 01, 2010

kuih kapit

tengah mengunyah kuih kapit pemberian athiah yang dibawa pulang dari kampung halaman beliau. aktiviti wajip di waktu senggang sekarang adalah makan kuih kapit. kalau sapa-sapa tak tahu macam mana bentuk kuih kapit ini aku sertakan. susah la kalau dah duduk dalam malaysia pon tak tahu kuih tradisional ni. ececeee...mulut banyak nak minta kaki je budak ni. T___T.

sumber dari google,bukan padini mahu pon esprit.

sebenarnya esok aku ada exam etika perniagaan. dan ini bukanlah sebab kenapa aku tak update blog dengan gigih ye. sebab nya adalah,aku MALAS. malas nak semak dan semak. ok,bacaan untuk semak dan semak menggunakan sebutan E yang berbeza. satu untuk emak,dan satu untuk ekor. tahu kan penggunaan E yang berbeza membawa maksud yang berbeza.

oleh itu doakan aku dapat menjawap exam dengan bernas dan cerdas. dan marilah ke pasar malam bangi hari ini. siapa yang jumpa aku nanti. aku belanja makan bakso sodap dekat sana.

oh,kena bersiap cantik-cantik dengan harapan dapat membeli buah dengan harga yang murah ;)

with❤:izan®