Followers

Wednesday, November 03, 2010

all bag sold out

salam kalian (hai customers dan bakal customers) eceh...

apa kata kita tangguh dulu cabaran ini. aku janji. isnin depan aku sambung balik membuat cabaran ini. aku ni tak boleh nak buat banyak-banyak benda dalam satu masa. kepada sesiapa yang menjadi kawan alam maya aku di facebook mesti dah nampak kan gambar-gambar bergayaku dengan bag pinjam yang hanya aku mampu gayakan dalam beberapa minit. kemudian panas! nak kena pos pada customers. korang la tu. tak kasi chance langsung aku nak bergaya lama sikit. semua nak rembat kasi licin je kan. anyway, thanks to all yang support aku dalam hal ini. sama ada yang membeli mahupun yang memberi semangat.

aku tak pernah sangka sambutan yang begini aku terima dari kalian semua. tengok, aku tak boleh la bab-bab nak buat pengakuan jujur dan ikhlas ni. sesungguhnya aku terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan ini. jujur dari hati, aku mengucapkan THANKS SO MUCH to all my customers. tanpa korang siapalah aku hendak menjual beli bag ini.  <---kelihatan seperti membuat ucapan pelajar tebaik masa darjah enam. oh, jangan tertipu. sesungguhnya aku tak pernah dapat anugerah seperti itu.

sebelum terlupa. kepada sesiapa yang masih berminat untuk membuat tempahan bag dari aku, boleh berbuat demikian sebelum malam esok. iaitu 03/11/2010 sebelum jam 12 tengah malam. pada khamis (04/11/2010) aku akan restock order yang hanya dibuat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tadi. kepada sesiapa yang terlewat, anda hanya boleh membuat tempahan seperti biasa. namun, aku hanya akan ambil stock baru pada 12/11/2010(jumaat). bag akan dipos pada 15/11/2010(isnin). ini adalah kerana aku ada exam 10/11/2010 dan juga pada 11/11/2010 bersamaan dengan anniversary perkahwinan angah aku. okey, anda boleh abaikan info anniversary tersebut. ianya hanya penting buat diri penulis dan keluarga penulis.

pemberitahuan sebelum terlewat. saya telah pindah dari kolej kediaman UKM ke pandan indah. kerana saya akan berlatihan dengan amalinya di dalam industri atau dalam kata senangya "praktikal" di plaza berjaya berdekatan dengan times square. YaAllah, KAU teguhkanlah iman hambaMU ini dari bershopping di sana. amin...

with❤:izan®

2 comments :

  1. kalau dah mak ayah bisnes, sure anak2 ikut punyer kan...hehehe ini permulaan yg sangat membanggakan. ok dik teruskan usaha. thanks gak ingat my anniversary tuh...10 tahun (rasa mcm br jer naik pelamin) hahahaha sila abaikan statement ini ->ingat roslina anak dah 4 weh.

    ReplyDelete
  2. huh kaya rayalah hang ni! bagus bagus.

    ReplyDelete

leave me some words ;)