hai, salam kembali. aku pikir sampai setengah jam macam mana nak mula start entry.
hari ni balik-balik rumah dah ada rezeki. tasha, kinah dengan azfar masak spageti untuk sambut aku pulang dari bekerja. terasa seperti bertuah hidup dalam kalangan mereka. mana tak nya, balik dah ada orang masak. tunggu nak ngap je masuk perut. buat masa sekarang hanya aku yang sudah start praktikal. mereka masih belum. 1st DIS ni baru start. kalau mereka dah start nanti tak tahu la sempat atau tak nak masak malam-malam macam sekarang. ye la, masing-masing dah penat nanti. tapi yang paling sakit hati time aku nak pergi kerja la. aku awal-awal pagi dah tergopoh gapah siap comel-comel nak pergi kerja, bebudak ni sedap-sedap lagi dalam selimut. pergh, memang tahap karma aku sabar. its okey. hari sabtu ahad ni aku bantai tidur sampai tengahari!
buat pengetahuan kalian bukan khailan. itu sayur. sayur boleh makan ye anak-anak bonda. jangan jadi orang yang tak makan sayur. bonda tak suka. (boleh abaikan pesanan aku kepada anak-anak aku ni). sambung semula. buat pengetahuan kalian, aku ke tempat kerja dengan BAS! sangat best. naik-naik bas tidur. tiba-tiba dah sampai. okey, tak da la tiba-tiba. ayat sebenar "bila la nak sampai ni!!!!" bus tu akan ambil masa sampai sejam setengah untuk sampaikan aku ke tempat kerja. memang waddeF la. ok, F is for FUN. nak balik pon sama. kul 6 aku dah tunggu bus, jam 8.30 baru sampai rumah. kenapala kat KL ni tak buat jalan raya tu besor-besor sikit. tak la sesak perut aku pagi-pagi nak kena tahan melabur. sebab aku ni jenis sejam lepas aku bangun pagi kompem nak ke tandas untuk pelaburan. nak kena tahan dalam perut pastu bas pula tekemut-kemut jalan.
its ok haji salleh. saya tak merungut ni. anak ayah yang bongsu ni kan baik ;) ok la ayah, kalau ayah nak bagi unser ayah tu adik tak tolak. eceh!
mak su rindu isha dengan ecah! ;( |
with❤:izan®
lepas melabur 2 hilang la tension nye...
ReplyDeletebukan setakat hilang tensin, hilang kawalan terus..sebab terlalu active. hahaha..love u dear! <3
ReplyDelete