Followers

Friday, November 05, 2010

saya mohon maaf

dear blog, (eceh! macam la blog kesah)

pertama sekali aku mohon maaf kerana mengabaikan kau dua tiga hari ni. ye la, seperti biasa. bila dah di rumah kadar untuk aku menjenguk-jenguk kau adalah berada paras yang amat tidak sekali. lebih banyak hal yang lebih penting dan tinggi kepentingannya berbanding kau blog. tetapi dikau tetap di hati. usah kau membawa rajuk tu lama-lama. nanti bila aku balik kembali ke UKM isnin ni boleh la kau kembali berbangga blog. aku akan sentiasa disamping mu. <----ok, dah boleh muntah!

berbalik kepada cerita sebenar.

masuk hari ni sudah hari ke5 aku di rumah.gap exam yang agak panjang adalah penyebab. 10 dan 11 nov ni baru ada exam semula. then balik rumah balik untuk beraya korban dan 20 hb maybe aku akan pindah ke rumah sewa di pandan indah. ada sesiapa yang duduk dekat area sana? and boleh menjadi driver saya secara percuma selama 4 bulan? sila tinggalkan komen di kotak komen. pelawaan anda amat dihargai. nak bawa tembam bersama aku fikir bukan keberanian aku untuk membawa motorsikal di tengah-tengah bandar kuala lumpur. nak bawa kereta, memang tak dapat la. ingat hj.salleh kaya sangat nak belikan aku kereta sebijik. kalau nak, kena usaha sendiri la.

dengar kata ajen sewa rumah, bus ada lalu di kawasan rumah flat aku tu. tapi dia tak berapa sure seberapa kerapkah kawasan itu akan dilalui oleh bus. nak menggunakan LRT adalah jauh sedikit. tapi tak apa, NORIZAN adalah anak hj.salleh yang pandai berdikari. NORIZAN pasti boleh! tapi kalau ikut IZAN, semua tak boleh..HAHAHA

mengenai cabaran 30 hari tu aku akan tunaikan. jangan bimbang. ada lagi banyak entry bakal menyusul. buat masa ni nak kena siapkan kerja kualiti dulu. erk, okey-okey aku baru nak start buat. aku bukannya jenis yang rajin macam korang semua kerja nak siapkan awal. aku adalah orang yang jenis buat kerja last minute. jangan kau nak kondem-kondem aku. apa aku pakai, kot ketat ke, panas ke, itu memang aku. kalau tak suka, jangan nak kata apa-apa. ni dah kata macam-macam tapi sibuk plak kan nak try sama. memang letih la nak layan orang macam ni. okey, aku pon patut tak amek tahu pasal ko. tapi dah luah sikit rasa macam kau memang vouge la. kalau kat aku semua tak elok, tak okey. kalau kat orang lain semua okey. WTH!!! <---okey, ini entry marah. saya akui.

kepada semua yang belum melihat bag-bag yang aku jual dan shawl alladdin dari aku. boleh ke link sini, sini, dan sini.

with❤:izan®

3 comments :

  1. haha ape kes babe?
    perenggan last mcm tetibe je masuk isi lain?
    hahahaha
    Yo gabba gabba!

    ReplyDelete
  2. lame nye gap exam. rare.

    ReplyDelete

leave me some words ;)