Followers

Thursday, January 27, 2011

Bashaasha Hijab

boleh search dekat FB atau dalam bahasa melayunya. MUKA BUKU. nak search apa? Bashaasha Hijab. kalau tak jumpa juga cari sampai jumpa. dah jumpa? ok, sila ADD. sebab kalau sapa yang add aku sayang korang lebih. sila ajak kakak-kakak, adik-adik, mak-mak, ayah-ayah, abang-abang dan sedara mara ADD ok.

siapa ajak ramai-ramai. dapat hadiah! eceh, acah je...hehehe. hadiah tak da. tapi kasih sayang saya ada. mahu?



with❤:izan®

Wednesday, January 26, 2011

apa saya buat time LI?

Sebelum ada sapa-sapa tanya LI tu apa. saya jawap dulu k. Latihan Industri. internship dalam kata omputih. apa eh aku buat? sebelum apa-apa. aku ceritakan dulu perjalanan aku hari-hari ke tempat praktikal. tempat praktikal aku dekat depan time square. siapa tak tahu time square dekat mana? jom aku tunjuk jalan. kalau korang perasan depan time square tu ada banggunan BERJAYA SOMPO. dekat dalam tu la aku ber-praktikal selama lebih 2 bulan ini. aku perlu menaiki motor untuk ke LRT cempaka seawal jam 8 pagi. kemudian aku akan berlari mengejar LRT jam 8.15 pagi. dan akan sampai dekat LRT Hang Tuah pada jam 8.30 pagi. kemudian kena jalan kaki sampai ke opis. sebenarnya boleh je kalau tak nak jalan kaki. kena naik monorail la berhenti dekat Imbi pula. tapi saya selalu kedekut. sebab dekat sangat je. dalam 10 minit jalan kaki je dah sampai opis. kalau nak naik monorail kena bayar RM1.20.

smpai je dekat tempat duduk saya, saya akan bergegas buat air untuk breakfast. kemudian text mr.izan bagitahu dia saya dah selamat sampai opis. minum-minum,makan-makan. then saya akan bertegur sapa dengan ofismate. saya akan tanya kak wenny "akak,ada kerja tak?". HAHAHA. baik tak saya. tanya tu kalau ada kerja. selama lebih dua bulan ni apa yang saya pandai buat?
  1. menerima dokumen dari FM. eh, ayat sebenar adalah "saya mengecop 'RECEIVED' semua dokumen yang diterima oleh ofismate dari FM". FM is Field Manager. bukan HOT FM okeyh!
  2. mengasingkan semua dokumen mengikut SOM.
  3. mengasingkan segala surat cuti.
  4. mengasingkan segala RN.
  5. mengira Last Payment untuk Resignee.
  6. mengira OT.
  7. bank in cheque.
  8. call resignee tanya akaun bank still active ke tak.
  9. hantar cheque kepada resignee.
  10. scan Dialy Attendance Sheet.
  11. fax surat.
  12. rename DAS
  13. dan membuat labelling file.
selain itu, saya juga sudah pandai :
  1. pergi makan dekat UDA.
  2. membeli belah di wholesales.
  3. bergaya ala makcik-makcik.
  4. make up untuk ke kerja. (kadang-kadang)
  5. dan mengeluh lalu berkata "nak belajar balik!" HAHAHAHA
sebenarnya, apa yang ada dalam minda saya sebelum saya memasuki alam praktikal jauh berbeda dengan apa yag saya alami sekarang. baru saya faham dan tahu apa yang dimaksudkan dengan "alam pekerjaan sebenar". oleh itu, carilah tempat praktikal anda dengan betul. kerana saya suka tempat praktikal saya ;)




with❤:izan®

Tuesday, January 25, 2011

Seri's Closet

anda suka preloved item? boleh try usha dekat Seri's Closet. bagi aku ini antara preloved shop yang sangat berbaloi untuk membeli belah. kualiti still A+++ punya wa cakap lu. boleh search kat fb k. saya ulang Seri' Closet. Bukan izansalleh's closet. takut nanti orang kata aku ada banyak online shop pula. HAHAHA

Antara pakaian yang ada dalam Seri's Closet ;)
with❤:izan®

Saturday, January 22, 2011

CINTA ada banyak jenis (2)

oleh kerana post semalam mendapat perhatian ramai. aku sambung CINTA banyak jenis versi 2. ini pon cerita kawan kepada kawan aku. eh terlebih dahulu. saya ingin mohon maaf sekali lagi kiranya entry semalam dan entry hari ini mengguris mana-mana hati. saya bukan berniat apa-apa. hanya untuk berkongsi.

perempuan jenis BANYAK LELAKI.
ok, ini bukan cerita kawan kepada kawan la. ini cerita dalam tv. aku ceritakan kembali sahaja ya anak-anak. kang kata bonda duk cerita perihal buruk orang je pula kan. korang selalu kan tengok dalam TV tu kan. cerita perempuan tu duk main CINTAN sama lelaki ni la, pastu main CINTAN pula dengan lelaki sana pula la.kadang-kadang bukan perempuan tu nak kikis duit laki tu ke hape pon aku tengok dalam TV tu. perempuan tu just tak nak nampak loser dengan kawan-kawan dia sebab tak da bf. contohnya macam ni la. bila bf pertama takda, keluar pergi main futsal la contohnya, then bf kedua ada kan untuk teman berbual dan ajak keluar makan. ahah, begitulah contohnya.

tapi ingat! sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ye anak-anak. oleh itu jangan MAIN KAYU TIGA. cubalah untuk? S.E.T.I.A. pandaiiiii anak-anak bonda ni.

lelaki jenis BANYAK PEREMPUAN.
haaaaa.macam ni banyak kan? tak payah la tengok kat tv. kita tengok sekeliling pon dah banyak. macam hari tu kan. aku pergi makan kat satu kedai makan ni. tempat dirahsiakan. hari ni aku nampk lelaki ni dengan perempuan ni, esok degan perempuan ni pula. lusa dengan yang tu pula. kalau kawan belanja kawan makan ada sampai suap-suap ke? tak da kan. kalau boyfriend aku pon aku rasa macam tak da je. kalau time kawen nanti ada la kot. ini jenis lelaki yang berfikiran "ala, perempuan kan ramai sekarang. kalau pasang spare part banyak-banyak ape salah. nanti dah nak kawen aku pilih la yang mana paling sesuai" ah, ko pikir ni main suai padan ke? meh sini aku debik sikit. pastu bila kantoi senang je nak ayat perempuan-perempuan ni. "ala bb, abg saja je keluar dengan si tutttt tu. tapi dalam hati abg ada bb je. abg dah selesa dengan bb. percayalah nanti bb juga yang abg pinang" kalau aku yang kena? BLAH!

moral of the story? CUBALAH UNTUK SETIA.

p/s: ini pengalaman dalam tv. tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. harap maklumat sampai.


with❤:izan®

Friday, January 21, 2011

CINTA ada banyak jenis

aku bercerita berdasarkan apa yang aku perhatikan pada sekeliling. ianya tiada kena mengena dengan sesiapa. kalau terasa hati, saya dengan ini terlebih dahulu MOHON MAAF. sesungguhnya saya tiada niat mahu memalukan sesiapa.

girlfriend kaki kikis.
macam selalu dengarkan? normal lah. sebab wanita selalu kena label pisau cukur. tapi aku pernah lihat sendiri yang mana ada seorang perempuan ni memang jenis cukur sampai licin bf dia. bill telefon, bill internet, bill air, bill elektrik, makan minum, minyak tol, dating, beli barang kemas, pergi shopping mana-mana, nak have fun? SEMUA DUIT BF DIA. bak kata memang disponsor habis la perempuan ni oleh bf dia. last-last dia tinggalkan bf dia sebab kata nya bf dia memBOSANkan. sekian BYE!

boyfriend kaki kikis.
eh? pon ada ke? korang jangan ingat tak ada. jenis ni lagi banyak aku nampak. eh tak nampak pon banyak aku dengar kisah-kisah tauladan. contoh macam keluar dating. si bf bawa makan kat tempat sedap-sedap punya. time nak bayar kat kaunter, konon-konon bawa keluar wallet la. tapi slow je nak buka ambil duit. bila nampak si awek dah hulur duit kat cashier baru nak buka mulut "eh bb, kenapa bayar..abg kan dah nak bayar ni". cis! boleh blah.

moral of the story. jangan cuba nak MENGIKIS dan jadi PENGIKIS. jangan la pandang dunia ni sempit sangat kepada yang kena kikis tu. merelakan je la diri korang tu kena kikis. kalau korang dan kerja, cari duit sendiri pastu kena kikis tak ke korang pikir duit korang penat lelah cari pastu free-free je duk hulur kat kaki kikis. kalau korang student pula? ha meh sini aku nak hamun! ADUH! BIJAKNYEEEEEEEEEEE....duit sponsor dari kerajaan atau pinjaman dari ptptn tu tuk korang belanja barang keperluan korang. bukan untuk kaki kikis. pastu bila duit sponsor atau duit pinjaman ptptn tu dah abes. mintak dengan parent? amboi! senangnyeeeeeeeee...mak bapak susah-susah cari duit ko pi belanja si kaki kikis. elok lah! buat lagi...buat!

p/s: tiada kena mengena dengan kawan-kawan saya. ini adalah cerita kawan kepada kawan.

with❤:izan®

Wednesday, January 19, 2011

hari persandingan saya

assalamualaikum.

maaflah kiranya tajuk mengundang amarah. bukan majlis persandingan aku. tapi majlis persandingan kawan kepada kawan aku punya abang. aha! begitulah serba sedikit penerangan majlis kenduri siapa. kawan aku itu adalah dayah. so kawan dayah punya abang lah kan. aku kenal juga kawan dayah ni. sebab dulu dia senior masa kat sekolah menengah rendah aku. masa kitorang form 3, kawan dayah ni form 5.

aku tak dapat undangan pon sebenarnya. tapi sebab aku nak ajak dayah teman aku pi majlis bertunang akak angkat aku pula lepas kenduri kawen kawan dayah ni aku join la sekali. kitorang pergi kenduri kawen dulu kat sungai klah. lepas tu baru masuk balik kat trolak utara pergi majlis bertunang akak angkat aku tu.


sapa tak kenal dayah. ini ha kawan aku donia dan akhirat. available but not single. erk.

pengantin sebenar. i loooiiikkkeee theme diorang. black and white.


with❤:izan®

Tuesday, January 18, 2011

sementara masih ada

kena update dengan cepat, sebab tasha tengah mandi dan lepas ni turn aku pula. sebenarnya kan, pagi tadi aku pergi kerja tak mandi! HAHAHAHA. semua gara-gra bangun solat subuh tiba-tiba tak da air. nasib dalam kolah masih ada air tadahan. kitorang berlima share air kolah cetoek tu je untuk wudhuk, cuci muka, gosok gigi dan pura-pura mandi.

nasib tadi pergi kerja tak ada orang tegur, "mandi ke tak ni dik?" hahaha

with❤:izan®

Sunday, January 16, 2011

Day 30 - Who are you?

cabaran terakhir dalam sesi cabaran 30 hari bersama izan salleh. lepas ni no more lagi cabaran-cabaran.

I AM?


  1. anak perempuan bongsu kepada hj.salleh dan hjh radziah.
  2. adik perempuan bongsu kepada rosni, roslina, ahmad apendi dan suzana.
  3. adik ipar perempuan kepada norazlina,mohd farizal,siti zaiton dan mohd fauzin.
  4. mak su yang sporting kepada 12 orang anak buah.
  5. bekas pelajar SKTS, ASBT,ASBKL,MRSM dan KMPP.
  6. pelajar UKM.
  7. pem-bloger separuh masa.
  8. pem-bisnes separuh masa.
  9. hamba ALLAH sepenuh masa.
sekian. FIN!



with❤:izan®

Saturday, January 15, 2011

Day 29 - In this past month, what have you learned?


entry kali ini bersifat serius. usah dikau gelak walau sekali. akan aku marah sampai esok malam. apa yang aku pelajari selama sebulan yang lepas? BANYAK! takkan boleh kira dengan 20 jari kaki dan tangan aku ni. aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian kehidupan. sebab aku siang jadi manusia, malam jadi rimau. dua alam. tak-tak. ianya hanya jenaka. sapa yang gelak tu??? 


  1. kehidupan sebagai anak. sejak aku menjalani alam pekerjaan ni. walaupon bukan dalam alam pekerjaan sebenar. kerana aku masih dalam tinjauan amali oleh pensyarah aku. aku dapat rasakan macam mana susahnya mak ayah aku mencari duit untuk sesuap nasi. kalau dulu aku hanya pandai minta dan dapat. sekarang setiap apa yang aku nak, aku kena usaha sendiri. cari duit. then baru aku dapat. kalau tak usaha? tengok je la hokeyh.
  2. kehidupan sebagai pekerja. aku dah belajar macam mana nak bangun pagi-pagi dengan sendiri.pergi kerja gelap. balik pon gelap. ini lah alam kehidupan pekerjaan aku sekarang sejak sebulan yang lalu. eh, tapi aku bukan PR ok.
  3. kehidupan sebagai seorang manusia. ini juga akan menjadi panjang lebar untuk dihuraikan. pertamanya, aku bukan dalam kalangan wanita cantik seperti irene, arni yusnita ahmad, atau fatin liyana. aku senaraikan 3 je la buat masa ni. sebab kalau nak list semua mampos aku sampai esok kerja aku duk list blog wanita cantik. bukti yang aku kata yang aku ni bukan la dalam kalangan blogger yang cantik sebab follower aku tak da la sampai ribu-ribu macam blogger-blogger cantik kat atas ni ha. nak sampai 5  ratus pon ntah tahun bila la. so, jangan nak panggil aku wanita, akak or manusia chanteq. aku ni cantik tak ada. cuma manis tu ada kan?
  4. kehidupan lagi. ok, dalam blog aku memang gedik sejak sebulan yang lepas. eh, seperti salah, sebenarnya sejak dari awal berblog lagi. tapi masa itu tak pernah pula orang nak tanya aku ni sesuai ke tak jadi gedik. sejak sebulan ni saja yang ada orang tanya. maybe sebab sebelum-sebelum ni orang tak baca blog aku. so tak la menyampah tahap muntah. nasihat aku senang sahaja. sebab ini adalah apa yang aku buat. ingat ya anak-anak. nak bagi nasihat, tengok diri sendiri dulu. sama ada kita buat or tak buat. baru kasi nasihat kat orang. kalau la sapa-sapa yang rasa aku ni gedik and meluat tahap lepat liat nak baca blog aku sila la tutup. jangan baca apa-apa. sebab lagi anda baca. lagi saya akan menggedik. ini adalah lumrah zahir batin saya. saya tak akan ubah. oh kau nyah..mak memang gediksz!
  5. ahah. tolong jangan rosakkan mood aku malam-malam. agak-agak tak suka dengan apa yang aku tulis dalam blog. and rasa macam aku ni wanita yang patut di kasihani ke hape ke kan. jangan la tanya kat formspring dengan nama "anon". sebab anon ni annoying. dont like uuuuu... nyampes cam sampaes! 
oleh itu sampai sini sahaja sesi luahan perasaan izan bersama doctor blog. kita akan jumpa lagi entry-entry begini kelak. jika...eh, abaikan.


with❤:izan®

Friday, January 14, 2011

Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

salam sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

Assalamualaikum kepada? siapa yang jawap tu paham-paham sendiri la kan. malas la nak bising-bising suruh jawap salam. sebab kalau bising-bising nanti kena sound. iman di dada belum mencukupi. sila cermin diri sendiri. eceh! berbalik kepada cabaran yang ingin di tempuh hari ini di dalam segmen cabaran 30 hari bersama izan salleh. dia minta gambar aku last year banding pula dengan this year punya gambar. pergh! jauh berbeda beb.. gigit jari gua tengok muka dan gaya gua dolu-dolu. stylo wa cakap lu...HAHAHA

Sebelum aku memberi alasan yang lebih panjang lebar. korang perhatikan betul-betul gambar di bawah ok. dah jangan berkata apa-apa sehingga aku habis menulis dan korang membaca. boleh luahkan kata-kata tu di ruang komentar dibawah. ini adalah diizinkan oleh izan salleh. kalau agak-agak aku tak suka dengan komen anda aku akan delete. pergh! kejam. jangan risau. aku belum pernah buat. so far, semua pertanyaan di formspring dan komentar di blog aku publish to umum. eh, public. OUR tak sama dengan YOUR. ini tiada kena mengena. eceh!

okey kawan-kawan. gambar di sebelah kiri adalah gambar aku setahun sebelum gambar di sebelah kanan di ambil. gambar di sebelah kiri adalah tika aku dan family bercuti ke terengganu. masa ni trend pakai shawl tumbuh bagai cendawan butang yang sedap kalau masuk dalam spagethi aku selalu masak untuk alan. motif masuk ayat selalu masak untuk alan? saja nak mengada. HAHAHA. sesungguhnya aku gadis pilihan semua ibu mertua di MALAYSIA. *MUNTAH!*

Disini aku listkan perbedaan antara kedua gambar di atas:
  1. setahun yang lalu aku sangat kurus. berat aku hanya dalam lingkungan 42-44kg sahaja. sekarang berat badan aku dalam lingkungan nak cecah 50kg dah. tak-tak, saya tipu. baru dalam 48 kg. tapi ini pencapaian terhebat saya.
  2. setahun yang lalu, saya tak berani nak make up lebih-lebih. melainkan hanya memakai bedak dan lipbalm. namum sekarang, kau cakap make bahagian mana yang aku tak ada? siap aku menjadi rujukan kakak-kakakku lagi untuk make up terbaik dari ladang. tapi dalam kalangan keluarga sahaja la. kalau orang luar tengok sumpah kata aku make up tak cun. HAHAHA
  3. setahun yang lalu saya tak berani nak menggayakan handbag seperti WANITA. hanya ada bag seperti ANAK-ANAK GADIS sahaja. itu kerana saya masih anak remaja. sekarang sudah nak masuk alam dewasa. dan tak lama lagi bakal memasuki alam....erk,lupakan saja.
  4. SETAHUN YANG LALU...saya tak ada boyfriend. so saya hanya mencantikkan diri dengan keinginan diri sendiri. namum sekarang consultant kecantikan saya akan memberi pandangan yang senantiasa masuk ke minda dan jatuh ke hati. I LOVE U! eceh!
  5. paling penting adalah. setahun yang lalu telah berlalu. banyak perubahan yang baik dan tak baik telah berlaku. tapi saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. "YA ALLAH, janganlah KAU kurangkan kasih sayang yang ada denganku sekarang. sebaliknya KAU tambahkah lagi agar semua orang MENYAYANGI aku. AMINNNN"
with❤:izan®

Thursday, January 13, 2011

Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge

masih dalam rancangan yang sama. sambungan dari cabaran 30 hari.

kalau ditanya kenapa aku main cabaran ni? erk. susah la nak jawap. mula-mula aku nampak nada main cabaran ni. then aku ada nampak beberapa orang lain main juga. tiba-tiba aku terpikir, why not aku pon join main. sebab kalau tak ada idea nak update boleh la blog terupdate dengan entry dari cabaran-cabaran ni. ni kira 2 in 1 la. sambil update sambil buat duit. eh, salah-salah. sambil update sambil mengenali diriku ini. tak kenal maka tak cinta. dah cinta jangan nak porak peranda. pantun dua kerat yang tak ada kena mengena dengan sesiapa. harap maklum. penulis hanya ingin mencantikkan baris ayat sahaja.

lama-lama main cabaran ni rasa macam seronok. sebab aku tak pernah terpikir akan ada pertanyaan-pertanyaan dari cabaran yang membuatkan aku berpikir panjang untuk menyediakan entry yang jujur dari hati tulusku ini. MUNTAH! eh, sumpah! aku JUJUR menjawap segala cabaran yang lepas. sesungguhnya kalau tidak percaya, belah lah dada, x-ray lah hati.

dah akhir sekali, saya melakukan cabaran 30 hari ini adalah kerana : SAYA SUKA DICABAR. baru jantan bro.. BLAH! hahahaha

with❤:izan®

Wednesday, January 12, 2011

Day 26 - What you think about your friends

aku ada ramai kawan. sebab ramai orang suka kawan dengan aku. HAHAHA.

bagi aku la, kawan time senang ni ramai. nak gelak, nak happy, nak enjoy. melambak. tapi ada satu je kawan yang setiap masa ada dengan kita. SAHABAT. nak cari susah. sebab kawan dengan SAHABAT tak banyak beza. tapi bila hilang SAHABAT baru dapat rasa perbezaannya ;)

love u all!



with❤:izan®

Tuesday, January 11, 2011

Day 25 - What I would find in your bag

sambungan dari cabaran 30 hari juga ya. aku nak cepat-cepat abiskan. lagi tak habis, lagi tu la duk terpikiaq ja. sampai nak tulis entry lain pon dah tak da mood.

apa yang korang akan jumpa dalam bag aku?

pertama sekali, saya hanya memakai bag murah dah bukannya sanggup untuk berhabis beribu-ribu semata-mata untuk handbag. no! thats not me. asalkan aku nampak cantik dan berpatutan aku beli. dan yang peting aku mampu untuk beli. bukan saja-saja nak beli. untuk segmen kali ini, aku pakai bag dari TRENDSETTER. boleh la kalau nak jamu mata kat page ni ;) murah-murah aje..

ini adalah secara random, apa yang aku bawa hari-hari pergi kerja. kalau nak ikutkan banyak lagi aku bawa. tambah-tambah kalau naik kereta. aku bawa payung, botol air, lotion, bantal. tapi dah aku pergi kerja naik lrt. so, ini jela yang aku mampu bawa.

paling penting adalah pass nak masuk kerja dan purse murah aku. nampak kan kat pass tu tulis temporarry pass kan? maknanya saya adalah pelajar yang sedang beramali. eceh! purse tu pula boleh diperolehi dengan hanya RM10. jangan nak kata aku kaya dok pakai purse ANNA SUI plak dah. tak kose den.

kemudian, aku akan selalu bawa kamera. sebab aku memang blogger tegar. blah! bawa je, tapi jarang publish gambar kan? sebab gambar-gambar tersebut hanya untuk tatapan peribadi. HAHAHA. kamera ni pon pinjam dari angah aku dan dah jadi macam hak milik abadi sejak angah aku dah guna kamera gedabak.

hp adalah kewajipan kiranya aku sesat. 2-2 bukan milik aku sendiri. pemberian dari? ha lu pikir la sendiri. yang free yang hitam tu. yang putih, dia kasi pinjam je. sementara aku nak berduit nak beli hp sendiri yang baru. huhuhu

strawberry comel itu adalah bag ok. saya dapat masa beli krim MEDERMA. krim ni nanti lain punya entry k. ini pon kalau au ingat. dan alat penyumbat telinga.

lastly, ini bag make up. sebab kalau dah pergi kerja seharian tak ke kena solat di ofis? so....wajip bawa. sapa tak bawa tu dan make up still melekat sampai ke petang. saya nak tanya. anda dah solat? belum? jom kita! ;)

with❤:izan®

Monday, January 10, 2011

nak make up gaya saya?

saya ada satu tabiat yag sukar untuk aku kikis. suka perasan cantik. pergh! kompem melambak cacian dari insan-insan terpilih. tak pon menimbun lagi formspring aku dengan kata-kata sinis. biasalah..i kan artis, dah biasa dah dan dari kecil lagi dah dilatih untuk menerima kehidupan penuh glemer ni. eceh. BLAH!

disebabkan terlalu bosan di rumah sewa pada hujung minggu lalu, aku dengan tasha main make up-make up dirumah. tapi aku je la yang duk perasan make up diri sendiri. sebab tasha tengah pakai mask masa tu. ko bayang je la tasha ni boleh pakai mask time siang-siang. kompem berkesan lah mask tu. HAHAHA.

mula-mula nak make up mata je. nak try kaler biru konon. then tambah pipi sikit. pastu gatal nak pakai lipstik plak. last-last complete. then terus gedik-gedik nak tukar baju and pakai tudung bagai. suruh tasha ambil gambar aku. pastu terjaja plak kan dalam blog? dah nasib korang baca entry ni sapa suruh. kan dah kena tengok muka aku perasan hot. teheeeee..

with❤:izan®

Day 24 - A letter to your parents

still sambungan cabaran 30 hari bersama izan salleh. saya ulang. bersama izan salleh. bukan kak rina salleh yang cun melecun tu.

dear mak,
terutama sekali adik nak ucapkan TERIMA KASIH sebab berjaya melahirkan anak yang cukup comel dan kuat makan ini. sesungguhnya mak bangga kan sebab ada anak yang comel dan kuat makan ni kan? eleh mak, adik tahu la. malu la tu nak mengaku.

selepas terutama sekali,kedua sekali pula. adik nak ucapkan TERIMA KASIH juga sebab menjadi MAK YANG HEBAT dalam hidup adik. mak masak sedap. semua mak masak adik makan sampai habis. mak tahu apa ang adik nak makan tiap kali adik balik rumah dari asrama, dari kolej dan sekarang dari rumah sewa. mak sanggup redah hujan demi ambil daun pisang nak buat bungkus ikan pari bakar kegemaran adik.

bila tiap kali raya adik mesti sakit perut kan. sebab duk sumbat semua benda dalam perut. ye la, dah sebulan kan tak dapat makan siang. eh ye ke sebulan? HAHAHA. PERUT PON TERKEJT KOT! mak sanggup tak tidur malam sebab teman adik berak kat tandas luar rumah tok esah. ye la. tandas dalam rumah kompem dah ada orang booking. sebab semua duk pakat sakit perut. masa adik patah tangan eksiden dengan dayah, mak suapkan adik, madikan adik, dan urutkan adik. sampai tidur pon sebelah adik tiap-tiap malam.

sekarang adik dah nak mulakan hidup sendiri. tapi mak still manjakan adik kan? sebab adik anak bongsu mak. so kakak-kakak ku dan abang-abang ku sila jangan jeles.

dear ayah,

TERIMA KASIH kerana melengkapkan segala keperluan adik dan TERIMA KASIH sebab kahwin dengan mak, so adik dapat mak yang hebat. oleh kerana ayah kahwin dengan perempuan hebat. maka adik labelkan ayah "AYAH PALING COOL DAN HEBAT".

ahah! ayah selalu bagi duit kat adik, selalu bagi kesenangan kat adik. bagi tembam, bagi laptop, bagi muka. HAHAHA. ayah manjakan adik lebih dari anak-anak yang lain. adik tahu tu. sebab ayah mesti harapkan adik jadi insan yang berjaya kelak kan. adik akan tunaikan. adik ada janji nak bagi ayah banglo kan? kalau tak berjaya, ayah duk kat banglo adik je la nanti eh? ayah nak kan...

adik SAYANG AYAH DAN MAK!

mak dengan ayah pon SAYANG ADIK kan ;)

with❤:izan®

Sunday, January 09, 2011

Day 23 - Something you crave for a lot

sambungan dari cabaran juga. kerja aku minggu ni update sampai habis sampai atEe tak boleh perli-perli aku lagi kata aku duk terkedek-kedek buat cabaran 30 hari ni. huh! sampai hati u!

i am craving....cuba teka, cuba teka. PANG! sungguh mengada-ngada. lempang sampai pengsan santgi baru taw. aku nak kan kulit muka yang sungguh licin dan gebu. kalau tak dapat tang SUNGGUH tu pon tak pe la. janji aku dapat balik kulit muka aku seperti darjah enam dulu. huhuhu.

sedih u bila tengok orang lain make up cun-cun tanpa jerawat dan parut. tapi aku kena pakai bedak tebal-tebal nak tutup jerawat dengan parut. tapi! still nampak tak cantik! adesss...

p/s: tak mau bubuh gambaq dah sampai muka aku licin balik.(sekejap je ni. tak sampai berapa minit nanti aku tempek la gambaq aku dalam blog. hahaha)

with❤:izan®

Saturday, January 08, 2011

Day 22 - What makes you different from everyone else

sambungan daripada 30 days of challenges !

seperti kata atEe halmy. tinggal aku dengan dia je yang masih duk terkedek-kedek nak siapkan cabaran ni. aku is izan salleh ye anak-anak. bukan kak rina salleh yang cun melecun tu..;D

aku rasa entry ni macam nak kasi chance aku puji melambung diri sendiri je ni. HAHAHA. sila baca dengan tenang. sebab aku akan menyenaraikan segala kebaikan dan sedikit sahaja keburukan aku di dalam entry ni. eh kenapa tang keburukan tu sikit je? ehhhh, mestilah! sebab mana boleh buka aib sendiri. tak baik tu ye anak-anak... eceh!

what makes me different from others? semacam sama je aku dengan orang lain. cuma apa yang aku perasan dalam diri aku. aku akan cuba buat orang yang sayang aku dan berada di sekeliling aku HAPPY dan SENANG bila dengan aku. seboleh-bolehnya aku akan berusaha walaupun aku sendiri yang susah. eceh! baik kaN iiiii...BLAH! HAHAHA

with❤:izan®

Friday, January 07, 2011

eh, sure laaaaa...

hari ni ak dapat pertanyaan dari "anon" kat formspring. aku dah lama dah tak buka formspring ni. tiba-tiba tadi cek email tengok ada RAMAI pula duk tanya kat formspring aku. aku ingatkan tak laku formspring aku tu. rupanya ada juga kipas panas duk tanya. aku layankan aja.

semua pertanyaan telah saya jawap. kiranya ada mana-mana pertanyaan yang saya belum jawap boleh la kemukan kemudian. saya akan jawap kemudian atau dalam kata lain esok. sebab malam ni nak manja-manja dengan bantal dan tilam. aduh...hujan. memang sedap la tidur awal!

eh jap-jap. ade "anon" tanya kat aku satu soalan. soalan nya berbunyi...eceh! macam main kuiz plak kan...HAHAHA

"akak chantek.. sure ke nk kawen ngn abg lan?abg lan sndri stil cri ex die..cian akk.."
erk, direct to the point sungguh la soalan adik ni. akak memang respect la sebab adik berani tanya soalan macam ni kat akak. kalau akak la kan akak ubah sikit soalan tu macam ni.
"hoi pompuan muka tak cukup sifat, kau ingat alan tu nak ke kat kau. dah la tak cantik, mengada-ngada plak tu. sibuk je nak kat alan. kau pergi la cari laki lain. alan tu sibuk duk cari ex dia tahu tak. sebab ex dia lagi baik, cantik dan sopan dari kau. kau apa ada pompuan tak cantik!"


ha...ni baru betul. ni tanya lembut-lembut. gua mana suka. gua nak yang rock-rock sikit. baru sentap. ni celah gigi gua je nak jawap. eceh! HAHAHA. nak tahu tak apa aku jawap?

"ye ke..tak pe la..nanti akak tanya kat abg alan k. thanks for your information sayang..and thank for reading my blog ;)"

sentap ke tak? erk...suka la..tanya lagi pleaseeee..HAHAHAHA




p/s for alan : oooo u..main kayu tiga eh dengan i. jaga u. nanti jumpa time ulang tahun i gigit-gigit uuu..hik hik hik
with❤:izan®

Thursday, January 06, 2011

Day 21 - A picture of something that makes you happy


sapa yang tak nak ngaku senyum bila namak menatang ni, meh jumpa aku. aku nak sekeh sikit pala tu. hahaha

sambungan dari cabaran 30 hari.

with❤:izan®

Tuesday, January 04, 2011

Day 19 - Nicknames you have; why do you have them

sambungan dari cabaran 30 hari.

tak banyak la nickname yang aku ada. buat masa ni:


  1. adik. sebab aku anak last dalam family aku. so memang semua family aku paggil aku adik.
  2. dik jan. for kawan-kawan kepada abang dan kakak aku. ada juga sepupu-sepupu aku yang dah berusia sikit dari aku panggil aku dik jan.
  3. izan. kawan-kawan sekolah.
  4. sayang. ehem...lu pikir la sendiri. hahaha


with❤:izan®

happy birthday angah!!!!

happy birthday my sis! yang keberapa eh? tak payah la mention kat sini. eceh..hahaha

anyway, adik mengharapkan semoga angah sentiasa sihat dan dilimpahi rahmatNYA disamping keluarga tersayang. semoga angah dapat mencapai segala impian yang dihajati. terima kasih kerana sentiasa menyokong adik selama ni. tak kan ada kakak lain yang boleh ganti tempat angah di hati adik. (tetiba nak nangis sikit)

HAPPY BIRTHDAY ANGAH!!!!


with❤:izan®

Monday, January 03, 2011

Day 18 - Plans/dreams/goals you have

banyak nye kalau nak list kan. so sempena tahun baru ni. kebetulan pula kan. aku kasik buat azam tahun baru je terus boleh tak? eh, boleh boleh. ni kan blog kau izan. kalau orang kata tak boleh pon bukan kau nak ambil pusing. kau akan buat juga kan? HAHAHA

azam tahun 2011.
  1. nak ada kereta sendiri dengan duit hasil kerja sendiri.
  2. bakal grad tahun ni. so plan baik-baik punya bagi aku sempat grad and boleh bekerja terus pada masa yang sama.
  3. mahu luaskan perniagaan kecil-kecilan aku tu. seperti memasuki jualan di gerai-gerai maybe.
  4. tambahkan berat badan lagi sehingga 50 kg. sekarang 45 kg sahaja.
  5. tak mahu potong rambut pendek dah. nak simpan sampai kahwin. erk..abaikan word yang last tu.
  6. tambah koleksi anak buah. HAHAHA. ini semua usaha abang-abang dan kakak-kakak aku la.
  7. nak belikan mak set kabinet dapur dia.
  8. dan saya akan tambah list ni dari masa ke masa ;)
semua ini adalah sambungan dari cabaran 30 hari.



with❤:izan®

happy birthday sayang!

ehem-ehem. entry adalah bercorak serius. sila baca dengan serius. saya takkan gelak sama sekali dalam entry ini.

my dear sayang,
happy birthday! tahun ni pertama kali kan u sambut birthday sama dengan i. sebelum-sebelum ni i tak tahu la u sambut dengan sapa. past is past. yang penting tahun ni dengan i. sama ada suka tak suka, i nak juga sambut birthday u dengan i. u suka kan? 

my dear sayang,
happy birthday sayang! i nak tahun ni menjadi tahun yang pertama dan tahun yang berikutnya menjadi tahun-tahun mendatang yang akan kita sambut bersama-sama lagi sempena birthday u. u nak hadiah tak? kalau i tanya macam tu mesti u jawap : "tak payah la, u kan hadiah i". kembang kuncup hidung i nak terima pujian menggunung tu dari u. tapi i gagahkan juga gelak-gelak cover malu i. 

my dear sayang,
happy birthday sayang! i tak ada kek sempena birthday u ni. i tak ada hadiah mahal-mahal juga. cuma i ada HATI i buat u. u nak ke tak nak i paksa u terima juga. sebab lelaki lain tak nak dah HATI i ni.diorang kata u handsome sangat. tergugat diorang. untung la i dapat boyfriend handsome-handsome ni. i puji u ni. u nampak tak.harap u baca dengan tenang okey. i nak buat pegakuan berani mati ni...

" i love u noor azlan"


lastly, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN yang ke-22!!!

with❤:izan®

Sunday, January 02, 2011

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why

tak ada! erk, boleh tak nak jawap macam tu. boleh la kannnn... sebab aku rasa hidup aku dah cukup bermakna dengan kehadiran insan-insan ini :





ooorrr...ada sapa-sapa nak switch lives dia dengan aku? nehi! pergi cari life sendiri! hahaha

with❤:izan®

Saturday, January 01, 2011

Day 16 - Another picture of yourself

sambungan dari  30 days of challenges !

nak masuk gambar banyak-banyak boleh dak? okey-okey cabaran ni kata another je kan. tak de pula kata tak boleh masuk banyak-banyak. suka hati aku la kira nya nak masuk banyak mana pon. 

masa ni sengaja ambil gambar before jumpa alan.

dekat melaka. saja upload dua tiga kali gambar ni, nak suruh korang puji muka aku dah nampak bulat. yeay!!! suka! suka!


❤:izan®

new year sales!!!!

salam tahun baru!

dah lama kan aku tak update. bukan malas. cuma malas je. eh semacam sama je kan. memang aku malas nak update. HAHAHA. pegi pergi kerja,balik malam. makan-makan. mandi-mandi. solat. then tidur. itu je la rutin harian aku. so, sempena tahun baru ni aku kasi update sikit blog sekali dengan page TRENSETTER. eceh! SALES! SALES! SALES! 

untuk maklumat lanjut, sila kunjungi page TRENSETTER saya! selamat mencuci mata dan membeli...hehehe







with❤:izan®

HNY 2011

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

p/s: sila jaga diri anda. terutama kepada anak-anak dara yang menyambut tahu baru di luar sana.

with❤:izan®