Followers

Friday, January 21, 2011

CINTA ada banyak jenis

aku bercerita berdasarkan apa yang aku perhatikan pada sekeliling. ianya tiada kena mengena dengan sesiapa. kalau terasa hati, saya dengan ini terlebih dahulu MOHON MAAF. sesungguhnya saya tiada niat mahu memalukan sesiapa.

girlfriend kaki kikis.
macam selalu dengarkan? normal lah. sebab wanita selalu kena label pisau cukur. tapi aku pernah lihat sendiri yang mana ada seorang perempuan ni memang jenis cukur sampai licin bf dia. bill telefon, bill internet, bill air, bill elektrik, makan minum, minyak tol, dating, beli barang kemas, pergi shopping mana-mana, nak have fun? SEMUA DUIT BF DIA. bak kata memang disponsor habis la perempuan ni oleh bf dia. last-last dia tinggalkan bf dia sebab kata nya bf dia memBOSANkan. sekian BYE!

boyfriend kaki kikis.
eh? pon ada ke? korang jangan ingat tak ada. jenis ni lagi banyak aku nampak. eh tak nampak pon banyak aku dengar kisah-kisah tauladan. contoh macam keluar dating. si bf bawa makan kat tempat sedap-sedap punya. time nak bayar kat kaunter, konon-konon bawa keluar wallet la. tapi slow je nak buka ambil duit. bila nampak si awek dah hulur duit kat cashier baru nak buka mulut "eh bb, kenapa bayar..abg kan dah nak bayar ni". cis! boleh blah.

moral of the story. jangan cuba nak MENGIKIS dan jadi PENGIKIS. jangan la pandang dunia ni sempit sangat kepada yang kena kikis tu. merelakan je la diri korang tu kena kikis. kalau korang dan kerja, cari duit sendiri pastu kena kikis tak ke korang pikir duit korang penat lelah cari pastu free-free je duk hulur kat kaki kikis. kalau korang student pula? ha meh sini aku nak hamun! ADUH! BIJAKNYEEEEEEEEEEE....duit sponsor dari kerajaan atau pinjaman dari ptptn tu tuk korang belanja barang keperluan korang. bukan untuk kaki kikis. pastu bila duit sponsor atau duit pinjaman ptptn tu dah abes. mintak dengan parent? amboi! senangnyeeeeeeeee...mak bapak susah-susah cari duit ko pi belanja si kaki kikis. elok lah! buat lagi...buat!

p/s: tiada kena mengena dengan kawan-kawan saya. ini adalah cerita kawan kepada kawan.

with❤:izan®

4 comments :

  1. setuju sangat2 ngan entry...
    penah jumpa ngan kedua2 jenis pangai nie..hehehe~~~

    ReplyDelete
  2. setuju !
    kak ijan kaki kikis ! hahaha
    gurau gurau ^^

    ReplyDelete
  3. HAHAHA

    I like hujahan girlfriend kaki kikis. fakta habis tu. ;D

    ReplyDelete

leave me some words ;)