Followers

Monday, January 10, 2011

Day 24 - A letter to your parents

still sambungan cabaran 30 hari bersama izan salleh. saya ulang. bersama izan salleh. bukan kak rina salleh yang cun melecun tu.

dear mak,
terutama sekali adik nak ucapkan TERIMA KASIH sebab berjaya melahirkan anak yang cukup comel dan kuat makan ini. sesungguhnya mak bangga kan sebab ada anak yang comel dan kuat makan ni kan? eleh mak, adik tahu la. malu la tu nak mengaku.

selepas terutama sekali,kedua sekali pula. adik nak ucapkan TERIMA KASIH juga sebab menjadi MAK YANG HEBAT dalam hidup adik. mak masak sedap. semua mak masak adik makan sampai habis. mak tahu apa ang adik nak makan tiap kali adik balik rumah dari asrama, dari kolej dan sekarang dari rumah sewa. mak sanggup redah hujan demi ambil daun pisang nak buat bungkus ikan pari bakar kegemaran adik.

bila tiap kali raya adik mesti sakit perut kan. sebab duk sumbat semua benda dalam perut. ye la, dah sebulan kan tak dapat makan siang. eh ye ke sebulan? HAHAHA. PERUT PON TERKEJT KOT! mak sanggup tak tidur malam sebab teman adik berak kat tandas luar rumah tok esah. ye la. tandas dalam rumah kompem dah ada orang booking. sebab semua duk pakat sakit perut. masa adik patah tangan eksiden dengan dayah, mak suapkan adik, madikan adik, dan urutkan adik. sampai tidur pon sebelah adik tiap-tiap malam.

sekarang adik dah nak mulakan hidup sendiri. tapi mak still manjakan adik kan? sebab adik anak bongsu mak. so kakak-kakak ku dan abang-abang ku sila jangan jeles.

dear ayah,

TERIMA KASIH kerana melengkapkan segala keperluan adik dan TERIMA KASIH sebab kahwin dengan mak, so adik dapat mak yang hebat. oleh kerana ayah kahwin dengan perempuan hebat. maka adik labelkan ayah "AYAH PALING COOL DAN HEBAT".

ahah! ayah selalu bagi duit kat adik, selalu bagi kesenangan kat adik. bagi tembam, bagi laptop, bagi muka. HAHAHA. ayah manjakan adik lebih dari anak-anak yang lain. adik tahu tu. sebab ayah mesti harapkan adik jadi insan yang berjaya kelak kan. adik akan tunaikan. adik ada janji nak bagi ayah banglo kan? kalau tak berjaya, ayah duk kat banglo adik je la nanti eh? ayah nak kan...

adik SAYANG AYAH DAN MAK!

mak dengan ayah pon SAYANG ADIK kan ;)

with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)