Followers

Wednesday, January 26, 2011

apa saya buat time LI?

Sebelum ada sapa-sapa tanya LI tu apa. saya jawap dulu k. Latihan Industri. internship dalam kata omputih. apa eh aku buat? sebelum apa-apa. aku ceritakan dulu perjalanan aku hari-hari ke tempat praktikal. tempat praktikal aku dekat depan time square. siapa tak tahu time square dekat mana? jom aku tunjuk jalan. kalau korang perasan depan time square tu ada banggunan BERJAYA SOMPO. dekat dalam tu la aku ber-praktikal selama lebih 2 bulan ini. aku perlu menaiki motor untuk ke LRT cempaka seawal jam 8 pagi. kemudian aku akan berlari mengejar LRT jam 8.15 pagi. dan akan sampai dekat LRT Hang Tuah pada jam 8.30 pagi. kemudian kena jalan kaki sampai ke opis. sebenarnya boleh je kalau tak nak jalan kaki. kena naik monorail la berhenti dekat Imbi pula. tapi saya selalu kedekut. sebab dekat sangat je. dalam 10 minit jalan kaki je dah sampai opis. kalau nak naik monorail kena bayar RM1.20.

smpai je dekat tempat duduk saya, saya akan bergegas buat air untuk breakfast. kemudian text mr.izan bagitahu dia saya dah selamat sampai opis. minum-minum,makan-makan. then saya akan bertegur sapa dengan ofismate. saya akan tanya kak wenny "akak,ada kerja tak?". HAHAHA. baik tak saya. tanya tu kalau ada kerja. selama lebih dua bulan ni apa yang saya pandai buat?
  1. menerima dokumen dari FM. eh, ayat sebenar adalah "saya mengecop 'RECEIVED' semua dokumen yang diterima oleh ofismate dari FM". FM is Field Manager. bukan HOT FM okeyh!
  2. mengasingkan semua dokumen mengikut SOM.
  3. mengasingkan segala surat cuti.
  4. mengasingkan segala RN.
  5. mengira Last Payment untuk Resignee.
  6. mengira OT.
  7. bank in cheque.
  8. call resignee tanya akaun bank still active ke tak.
  9. hantar cheque kepada resignee.
  10. scan Dialy Attendance Sheet.
  11. fax surat.
  12. rename DAS
  13. dan membuat labelling file.
selain itu, saya juga sudah pandai :
  1. pergi makan dekat UDA.
  2. membeli belah di wholesales.
  3. bergaya ala makcik-makcik.
  4. make up untuk ke kerja. (kadang-kadang)
  5. dan mengeluh lalu berkata "nak belajar balik!" HAHAHAHA
sebenarnya, apa yang ada dalam minda saya sebelum saya memasuki alam praktikal jauh berbeda dengan apa yag saya alami sekarang. baru saya faham dan tahu apa yang dimaksudkan dengan "alam pekerjaan sebenar". oleh itu, carilah tempat praktikal anda dengan betul. kerana saya suka tempat praktikal saya ;)




with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)