Hai, salam.
23 June 2012 (Sabtu)
Doctor just take about 30 minutes untuk sedut pendarah pada otak Angah. Selepas itu doktor ada berbincang dengan abang (suami Angah). Masa ni doktor kata bleeding pada otak Angah dah berhenti. Keadaan Angah stabil. Rasa syukur pada Maha Esa amat tinggi. Sesungguhnya Allah telah mendengar doa-doa kalian dan juga doa kami sekeluarga.
24 June 2012 (Ahad)
Pada pagi Ahad bleeding pada otak Angah makin teruk. Pendarahan tak berhenti. Doktor terpaksa membuat second operation. Masa ni hanya Allah yang tahu. Bila aku terima sms jam 7.30 pagi dari nurse untuk minta waris tandatangan surat kebenaran untuk Angah masuk OT
Malam tu aku bawa mak balik rumah. Sebab esoknya kan Ahad. Abang pula balik tidur rumah adik dia kat Rawang. Malam sebelum abang balik Rawang doktor kata keadaan Angah stabil. So abang pon buat keputusan tidur dekat Rawang. Sebab abang pon tak berapa sihat. Demam. Nurse yang sms aku adalah salah seorang orang Trolak. Even dia bukanlah nurse yang ditugaskan untuk jaga Angah aku, tapi dia selalu update pape pasal Angah. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kau Dayah.
Kebetulan masa aku rushing nak bawa mak ke hospital, jalan dekat dataran merdeka tutup sebab ada larian amal. Abang pula hanya boleh sampai dalam masa sejam. Doktor dah call abang masa ni. Aku dengan mak pula tersangkut dekat dataran merdeka. Masa ni aku dengan mak dua-dua nanges sebab terperangkap dalam larian amal tu. Jam dah kul 9 pagi. Maknanya Angah dah dibiarkan sejam lebih tanpa doktor boleh buat apa-apa. Aku call Abang, katanya dah on the way. Abang sampai jam 9.15 pagi.
Angah menjalani 2nd operation. YaAllah, beratnya dugaanMu YaAllah. Aku sampai di hospital jam 10 pagi dengan emak. Emak tak henti-henti baca al-quran dan mendiamkan diri. Mungkin mak rasa ralat tidur dirumah aku. Maafkan adik mak. Pembedahan kedua Angah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Doktor kata bleeding pada otak Angah tak berhenti.
Kami dibenarkan melawat Angah. Kali ni aku kuatkan semangat. Aku nak juga tengok Angah. Aku kuatkan hati. Keadaan Angah makin kritikal. Pendarahan terus mengalir. Doctor masukkan tiub pada bahagian pembedahan. Darah terus mengalir. Tapi air susu masih diberi pada Angah. Semangat Angah masih kuat. Mungkin Angah pikirkan demi anak-anak Angah. Aleesya tak putus-putus tanyakan ibu. Aku tak mampu jawab pape. Hanya Acik yang kuat katakan pada Aleesya :
" Ibu sakit dik, ibu tidur."
Sayunya hati aku melihat anak kecil ini.
Mungkin sampai sini dulu. Lain hari aku kuatkan lagi hati ini untuk menaip.
with❤:izan®
:(
ReplyDeleteSedihnya baca kisah arwah. Al-fatihah
banyakkan bersabar tuu.. uhhuuu
ReplyDeleteAllah perancang terbaik dan takkan menganiaya hambaNya :)
ReplyDeleteSedihnya Izan.. Selama nie akak baca je.. X mampu nak komen.. Sedih bila mengenangkan anak arwah terutama adam dan aleesya..
ReplyDeleteSedihnya.. Selama nie akak baca je.. X mampu nak komen.. Sedih sangat bila mengenangkan anak2 arwah terutama adam & aleesya..
ReplyDelete