Followers

Friday, July 20, 2012

Angah (Part 5) - Doa kalian bawa Angah ke Syurga hendaknya

Hai salam.

Hari ni aku kuat sikit nak buat entry pasal Angah. Mungkin ini entry terakhir pasal Angah. Akan aku pendekkan sebagai penyudah yang senang untuk anak-anak Angah dan anak-anak aku kelak faham bagaimana penyudah hayat ibu dan mak ngah mereka. Kepada anak-anak Angah, maksu akan cuba sedaya upaya bagi kasih sayang mak su pada kalian. Mak su sayang kalian macam mana ibu sayang kalian. Mak su garang sebab mak su nak kalian jadi anak-anak yang soleh dan solehah buat doakan ibu di sana.

25 June 2012 (Isnin)
Aku bawa emak pulang tidur di rumah sewa aku. Esoknya sebelum pergi kerja, (area mont kiara) aku hantar emak pergi hospital. Pagi memang aku tak sempat nak lawat Angah. Balik kerja aku minta sejam awal selama 3 hari iaitu isnin, selasa dan rabu. Pada jam 5 petang aku akan rushing ke hospital Sungai Buloh untuk lawat Angah. Pada hari isnin ni, keadaan Angah masih juga dalam keadaan tidak stabil. Pendarahan pada otak Angah tidak berhenti. Kami masih usahakan memberi Angah air yasin yang dibacakan oleh anak-anak tahfiz. Air ni Abang Pen (Abang aku yang ke2) minta dari sekolah tahfiz di Sungkai. 

Alhamdulillah, Angah boleh terima melalui air susu yang nurse masukkan melalui hidung Angah. Alhamdulillah sekali lagi, saat aku melawat Angah jam 6 petang hari Isnin, kami sekeluarga dikhabarkan bleeding pada otak Angah dah berhenti. Malam tu aku bawa mak balik tidur rumah sewa aku semula.

26 June 2012 (Selasa)
Aku hantar emak ke hospital seperti biasa sebelum pergi kerja. Petang lepas balik kerja aku rushing nak lawat Angah. Kebetulan masa tu mak ada dalam ICU teman Angah. Kami bersembang dengan Dayah (Nurse yang bekerja dalam ICU, orang Trolak juga). Semasa aku sedang bersembang dengan Dayah mengenai keadaan Angah, dan semasa ni Dayah cerita tentang ujian yang doktor akan buat pada Angah esoknya. 

Dimana doktor akan buat ujian ke atas otak Angah. Doktor akan cabut bantuan pernafasan Angah dan kiranya Angah batuk atau mampu gerakkan kelopak mata atau apa sahaja anggota badan Angah even sedikit, maknanya otak Angah masih berfungsi. Semasa aku dan emak mendengar penerangan Dayah, tiba-tiba Dayah tunjukkan pada kami mata Angah bergerak-gerak. Saat ni aku dengan emak mengalirkan air mata syukur yang amat sangat. Mak bisikkan pada Angah,

" Alee ada dengan mak, anak-anak Angah sihat. Angah kena kuat. Mak ada ja dengan Angah"

Aku hanya mampu mencium dahi dan pipi Angah. Kemudian aku keluar untuk memberi peluang pada ayah pula masuk teman Angah.

27 June 2012 (Rabu)
Seperti biasa selepas kerja aku terus pergi tengok Angah. Masa ni ayah lama sangat dalam ICU. Aku masuk ayah tengah ucapkan kalimah syahadah untuk Angah. Berkali-kali ayah ucapkan kalimah Syahadah di telinga Angah. Aku sebak. Tapi aku tahan air mata ini. Anak-anak angah dah dibawa masuk melawat ibu mereka siang tadi. Abang (suami Angah) dapatkan surat kebenaran doktor untuk benarkan anak-anak Angah melawat ibu mereka mungkin buat kali terakhir mungkin. 

Ujian otak yang dijalankan pada Angah tidak memberikan petunjuk positif. Doktor memberikan Abang (suami Angah) pilihan. Pilihan pertama, tebuk leher Angah dan buatkan lubang pernafasan untuk Angah bernafas. Namun untuk Angah sihat dan sedar seperti biasa adalah tipis. Ianya hanya akan melambat pemergian Angah dari dunia yang sementara. Namun lama kelamaan Angah akan pergi juga. Pilihan kedua adalah cabut bantuan pernafasan, dan secara perlahan Angah akan pergi. Tempoh maksimum adalah selama 3 hari sahaja. 

Ayah tenung muka Angah. Saat ni air mata Ayah tumpah juga. Dah lama Ayah tahan, tapi hari ni tewas. Aku gengam tangan Angah. Aku cium pipi dan dahi Angah. Aku terbayangkan segala kasih dan sayang Angah pada aku selama aku hidup bersama Angah. Segala memori saat aku kecil sampai sekarang semua kembali segar dalam ingatan. Moment yang aku paling ingat sekali adalah, tiap kali Angah balik bercuti ke Trolak dari Uitm Shah Alam, Angah akan belikan aku, acik dan abang pen Dunkin Donut yang Angah tapau dihentian Puduraya. Tiap kali! Tak pernah lupa walau sekali.

Menurut emak, perbincangan dengan ayah dan abang. Ayah tak mahu menyeksa Angah dengan membuat lubang pada leher untuk melambatkan pemergian Angah. Abang pon bersetuju untuk mencabut bantuan pernafasan Angah. Kata emak, mungkin selepas Maghrib esok (28hb June) baru abang akan benarkan doktor cabut bantuan pernafasan Angah.

28 June 2012 (Khamis)
Aku kerja. Jam 11.40 a.m. Kak Pdah, anak jiran telefon aku menerusi handphone emak.

" Adik, Angah dah tak ade"

Saat ni aku di bank. Aku terduduk dan terdiam. Aku hanya mampu ucap kalimah Syahadah dan pejam mata. Kira ini janji Angah semasa 4 bulan dalam kandungan emak. Aku redha. Aku halalkan segala apa yang aku bagi pada Angah. Aku maafkan segala kesilapan Angah pada aku. Aku doakan agar Angah dalam kalangan orang beriman disana.

Jenazah Angah dibawa balik ke Trolak atas permintaan emak dan ayah. Abang izinkan. Kami mandikan Angah. Orang yang paling kuat mandikan Angah adalah ibu mertua Angah. Adam adalah seorang anak lelaki ibu yang sangat berani. Dari saat Angah di mandikan, dikafankan, dan disolatkan dan dikebumikan. Adam sentiasa ada dengan ibunya. Cuma Kakak Alya, Kakak Ana dan Aleesya sahaja yang masih belum boleh terima kenyataan. Aku sempat ambilkan wudhuk untuk Angah. Saat aku sentuh muka dan dahi Angah. Aku rasa seperti Angah senyum pada aku.

Abang merupakan suami dan ayah yang tabah. Sepanjang Angah di hospital dan sepanjang proses pengebumian Angah, tidak setitik air mata Abang tumpah. Tapi saat Abang peluk Abang Pen sebelum pulang ke Klang. Abanng sempat bisikkan pada Abang Pen:

"Pendi, rindunya abang pada Angah"

Aku mohon agar kasih Abang pada Angah akan bawa ke Syurga.

p/s : Maaf kiranya aku tak menaip secara detail. Hanya ini yang mampu aku sampaikan dan coretkan buat kenangan kami sekeluarga.


with❤:izan®

4 comments :

  1. Ive read thru all posts that you wrote about your arwah Angah. Sedih. Dugaan hanya berlaku pada mereka yg kuat utk menghadapinya. InsyaALLAH, semoga ALLAH menempatkn Angah dikalangan mereka yg beriman. Aminn

    ReplyDelete
  2. Terlalu singkat rasanya Arwah Kak Long (Angah) dipinjamkan buat kami sekeluarga... x puas kami nak bermanja, berkongsi cerita... dan setiap diantara kita ada kenangan tersendiri dgn Arwah... Ya Allah tempatkanlah Arwah Roslina Bt. Muhamad Salleh dikalangan orang beriman... AMIN

    ReplyDelete
  3. Terasa singkat Arwah Kak Long (Angah) dipinjamkan buat kami sekeluarga... dan terlalu singkat juga untuk kami bermanja, berkongsi cerita... setiap diantara kita ada kenangan terindah yg tidak dpt dilupakan dgn Arwah...Ya Allah, tempatkanlah Arwah Roslina Bt Muhamad Salleh didlm golongan org2 yg beriman...AMIN

    ReplyDelete
  4. takziah pasa izan sekeluarga..semoga izan sekeluarga tabah menghadapi dugaan ni..

    semoga roh arwak di tempatkan di kalangan org2 beriman..insyaAllah.amiin..

    ReplyDelete

leave me some words ;)