Followers

Friday, June 28, 2013

4Days 3Nights-Mabul Island,Sabah

Hai, salam.

Oh, kepada kawan-kawan cikgu yang dah dapat tahu posting dekat mana

"Tahniah and Alhamdulillah. Penantian anda berbaloi juga akhirnya. Jadi pendidik yang baik dan ikhlas okey."

Sambungan dari entry pengembaraan Mabul. Kitorang naik speed boat dalam 1 jam lebih juga la. Masa dah nak getting near to our chalet atas laut aku macam percaya dengan tidak je. Betul ke Pulau Mabul ni dalam Malaysia? MasyaAllah, cantik nya. Allah hu Akbar! Almaklumlah aku ni jenis cepat perak. Jakun kata orang. Nyaris nak menitik air mata tengok air laut dia.


Sampai je dekat chalet kitorang disambut oleh semua pekerja chalet dengan ramah tamah macam dah lapanploh tahun kenal.

Tentatif selama 4hari 3malam disana adalah seperti dibawah : *kes malas nak buat entry day by day
1st day
-sampai dalam tengahari
-dijamu lunch
-petang ada 1st snorkeling
-balik dari snorkeling berjalan dalam kawasan kampung
2nd Day
-Pagi ada satu sesi snorkeling
-Petang ada satu sesi snorkeling
-Berjalan kat kampung lagi *hari-hari jalan pon seronok
3rd Day
-Petang je ada snorkeling
-Pagi shoot pre-wed *Eh eh ada pre-wed kat mabul? Kelas kau jah
4rd Day
-Nak balik sudahhhhh...*serius tak nak balik

Selepas ni aku kasi tayang gambar je eh. Malas ah nak taip panjang-panjang. Aku tahu korang nak tengok gambar je kan.

Anak-anak kampung. Mengekor kitorang sebab dengar dalam poket seluar Alan ada duit syiling. HAHA

Laluan dari kawasan chalet kitorang nak ke kawasan kampung. Jalan macam ni tapi suasananya aman ya amatttt. Kalah kampung halaman. Hujan emas di tempat orang Hujan batu di tempat sendiri.

Untuk perkhidmatan naik sampan ni kene charge RM1 kepada budak yang bawa sampan ini. Bukan FREEEEEEEEEEEE..

 SubhanAllah. Berzikir panjang la aku dekat sana.

Our daily meal disana. Siapa jenis tak makan seafood. Sila abaikan part ini. 

 All the tripmate! *Lain kali nak pergi honeymoon nak ajak tripmate ini juga. Boleh? HAHA

 Senja dekat sana awal. Jam 5 dah macam ni. 

 Sampan ini untuk sewaan. Serius kagum tengok budak-budak ni mendayung sampan.

 Hai Ali! Rasa nak suruh Filzah tampar je muka ko masa ni.

 Abaikan Ali yang dah macam Bajau Laut. HAHAHA

 YaAllah...Berzikir lagi *Baguskan entry aku kali ni. Mengajak korang berzikir saja
 Bajau Laut ke-2

 Arghhhhh..nak beli instax!

 3rd day dapat tengok pelangi. Ya Rabb.

 Bajau Laut ke-3

 Habis sudah entry Mabul. HAHAHA.

Actually gambar semua dekat camera Ali Apeng. Ini semua gambar yang aku ambil dari fb aku dan yang lain-lain. Harap maaf pada kualiti cikai tahap camera handphone. Kalau nak tunggu Ali upload hentah bila la kennnnnnnnnnn *harap terasa. Hik hik hik


with❤:izan®

Saturday, June 22, 2013

Mabul,Sabah-Pengembaraan bermula

Hai, salam. 



Flight kami pada hari khamis petang. Sampai lapangan terbang Tawau seawal jam 9 malam. Tapi perut berkeroncong bak umpana dondang sayang. Siapa yang pernah turun lapangan terbang Tawau sure punya paham keadaan kitorang malam tu. Kitorang disini adalah aku, Filzah, Irma, Alan, Ali, AbgNgah. Lapangan terbang Tawau jam 9 malam dah closed already wa cakap sama lu. Perut ni lapaq baq hang. 

Dari lapangan terbang Tawau nak ke pekan berdekatan akan mengambil masa satu jam lebih. Dan kitorang tidak menempah mana-mana bilik hotel pada malam tersebut. Dan orang yang dijanjikan oleh pakej trip kitorang hanya akan datang ambil pagi esoknya. Nak call any delivery food malam tu hanya ada McD kalau x silap aku yang mana di ikhtiarkan oleh Filzah. 

Akhirnya, Ali selaku lelaki gagah mencari inisiatif untuk memenuhkan nafsu serakah kitorang berenam. Ali dan Alan *dah macam seorang melayu seorang cina pula* naik teksi pergi beli nasi bungkus malam tu. Sewa teksi kata kau pergi dan balik membeli nasi bungkus adalah RM30!! Itu baru teksi. Belum masuk makanan dan airnya. Tak pe la, sekali sekala dalam hidup nak rasa kan.

Malam tu tahu tak kitorang tidur mana? Surau. Alhamdulillah. Ada juga tempat berteduh *eceh, macam nak kena lempang* Tapi tak boleh tidur sangat pon. Jam 6pagi kat sana dah cerah macam jam 7pagi dekat sini. Pastu lepas solat subuh Abg Ngah ada mesej Irma kata ada orang tunggu kitorang dekat bawah.

Tapi macam mamai-mamai masa tu. Betul ke ada orang panggil kitorang. Sebab announcement macam ni :
"kepada orang yang tidur disurau ada orang menanti dibawah"

Mana pula Pak Cik Driver tu tahu kitorang tidur kat surau malam tu. So abaikan je la. Jam 8 pagi baru turun bawah. Sekali pakcik tu memang tunggu kitorang dari jam 5 pagi lagi. HAHAHAHA

Hasil budi bicara Ali juga. Dia minta Pak Cik tu bawa kitorang singgah sarapan sebelum naik speed boat ke Mabul Island!

Habis sudah pengembaraan doremon bersama Izan Salleh. Esok is the 1st day entry for trip to mabul!

with❤:izan®

Friday, June 21, 2013

Pergolakan emosi sebelum ke Mabul,Sabah

Hi, salam.

Kalau nak tahu aku dah tak kerja kat Nilai. Tak ada siapa pon nak ambil tahu mak cik oi. Tak pe la, aku nak tulis juga. Sebulan sebelum aku pergi Mabul. Ada banyak sangat halangan seperti tidak membenarkan aku ke Mabul. Dengan ketiadaan pekerjaan. Ketiadaan kewangan tapi ada hati nak berjalan ke Mabul. Punya la sampai tahap dah nak putus asa tak nak pergi dah ni.

Then aku baru teringat aku ada sugar daddy.

"Awak, tak yah la pergi Mabul"

"Kenapa?"

"Macam banyak sangat je halangan nak pergi sana"

Aku memang macam ni. Kalau aku nak buat something tapi macam banyak sangat halangan aku akan rasa macam Allah tak redha apa yang aku nak buat tu.

"Tak pe la, saya blanja pergi mabul k. Bila lagi kita nak pergi kalau bukan sekarang"

"OK! Tq sayanggggggggggggggggggg"

Panjang terus sayang nya. hahaha



Maka sampai lah kitorang ke sana. Tiket dari bulan 9 tahun lepas lagi dah beli. Masa tu Alan dengan Ali yang plan nak pergi jalan-jalan. Aku pon follow je la. Tak de la plak plan nak kahwin awal sangat kan masa tu. Bertunang pon belum. Hasil kuatkan semangat dan kecekalan kami gigih kan jua *dah macam hape plak ayat nye ni

Cerita pasal mabul next entry k. Boss dah masuk office. Bye!

with❤:izan®

Monday, June 17, 2013

Bride Makeup by Izan Salleh

Salam, Hi.

Sabtu lepas aku telah diberi kepercayaan untuk makeup satu bride kat Felda Residence Trolak. Actually before ni aku ada juga makeup beberapa orang. Cuma this time rasa nak share dalam blog and timbul keyakinan mungkin untuk membuat pekerjaan ini sebagai part time insyaAllah one fine day mana kita tahu rezeki Allah kan boleh jadi pekerjaan tetap. *alasan malas nak kerja ikut ofis hour. HAHA

So here is the lucky bride *ko tak tahu dia menyumpah ko dalam hati (hape la izan ni tonyoh muka aku). HAHAHA

 A BIG congratulation to the bride and thank you so much for choosing me as your mak andam that day. *Mak andam kata kau!

p/s: Boleh tanya terus kalau nak aku makeupkan korang :)

with❤:izan®

Friday, June 14, 2013

Barang Hantaran Bertunang-DIY

Hai, salam.

Masa bertunang aku buat sendiri hantaran tunang. Sebab pikir macam ek-eleh hantaran senang je kot nak buat. *pastu nyesal sebab mak aku n kawan-kawan yang kena tolong. Tak sempat wa cakap sama lu. Dengan kerja lagi masa tu, tekejar-kejar nak balik rumah mak baru boleh buat hantaran. Nasib la emak adalah wanita yang sungguh kreatif dalam dunia bagi aku. Idea semua dari dia. Aku tukang angguk-angguk geleng-geleng je. HAHA

Semua barang untuk men-DIY aku dengan Alan pergi hangkut dekat Nilai 3. Syurga dunia untuk bakal pengantin seperti yang digembar-gemburkan. Tips dari aku untuk shopping di Nilai 3.
  1. Cari kedai yang kecik-kecik. Jangan shopping kat kedai besar-besar. Sebab duit yang bakal keluar juga besar-besar.
  2. Listkan apa ko nak beli malam before pergi shopping. Sebab bakal tunang/suami (orang lelaki) biasanya adalah jenis yang bukan suka lama-lama bab shopping ni. Kalau bab bolaaaaaaaa kau bagi dia. 24 jam sehari pon boleh.
  3. Survey! Sila buat demikian. Ingat, aku ulang. Sila Survey! Lain kedai lain harga. Lain budi bicara lain diskaun nya *pantun terus
Kalau bab-bab macam ni memang Alan surrender awal-awal. Aku memang menggalak bab shopping. Alan huluq duit ja. Aku tadah. Ini lah kita namakan give and take. Kan? HAHAHA


Yang atas lapik putih adalah yang mak and kawan-kawan aku tolong buat. Yang bungkus dalam plastik tu adalah yang Acik bungkuskan. Sebab dah tak de lapik. Memang kalau kat kampung aku menjadi adat. Orang bertunang jiran-jiran akan bagi hantaran sama untuk kita bagi pada pihak lelaki. Best kan kampung aku?

Meh aku listkan antara hantaran aku untuk Alan masa tunang.
  1. Sejadah (mydin) + Kain pelekat (Jalan Tar)
  2. Kain pasang untuk baju nikah (Jakel)+Songkok (Mydin)
  3. Kuih bakar ada 3 jenis. (Sponser by kawan mak)
  4. Chocolate (Aty sponser)
  5. Buah-buahan (Abg Pen dan Kak Etun sponser)
  6. Raga Coklat (Farah Sponser)
  7. Sirih junjung (Mak Nah&Mak Nab sponser)
  8. Labu Gula (Kawan mak-Aku lupa plak sapa)
  9. Cupcake (Yona sponser) *tiada dalam gambar, on the way bersama Yona semasa gambar diambil.
Bungkus-bungkus dalam plastik tu semua Acik aku bungkuskan. Aku pon tak sempat tengok apa semua tu. Yang aku tahu semua kawan-kawan mak and jiran yang bagi. Kalau tengok balik list yang aku highlight kan je yang aku beli. Selebihnya sponserrrrrrrrr...TQ semua *Siapkan bekas kosong,orang bagi letak je atas bekas. Hik Hik Hik

Next entry review baju tunang! Yeay! *Part paling best

with❤:izan®

Thursday, June 13, 2013

Bakal suami boleh tahan ke tidak.

Hai,

Semenjak nak berkahwin ni rasa macam semua benda boleh jadikan punca pergaduhan antara aku dengan Alan. Contoh 1 :

Saya beli bedak tate macam Nora Danish.

Ok

Lepas ni boleh la berangan nak muka lawa macam Nora Danish.

Macam Nora Danish pon ok.

OOOOOooooooOOooooOOooo, selama ni saya tak ok la kan?

See, benda macam ni pon boleh jadi point. Padahal nak kan perhatian je lebih orang perempuan ni. Nasib la Alan jenis lantakkan aje. Kalau dia pon jenis sensitif macam tunang dia ni *tunang kata kau!* confirm gaduh. 

Memang betullah apa orang kata, lepas bertunang lagi-lagi nak dekat kahwin memang betul-betul akan menguji samada ko boleh tahan ke tak dengan pasangan. Dulu masa belum ada apa-apa dengan Alan aku selalu cakap dengan kawan-kawan yang buat preparation tuk kahwin.

Nanti aku kalau kahwin mesti relek je. Aku biar ja Mak dengan Akak aku handle semua.

Tapi bila kena batang hidung sendiri. Perempuan biasa la kalau bab kahwin memang akan survey sungguh-sungguh. Kalau boleh nak habiskan 80ribu duit hantaran tu hanya tuk 1 hari majlis perkahwinan. *80ribu kata kau! anak tokey balak ke pinang?*

Padahal apa yang penting dalam perkahwinan adalah kehidupan selepas pernikahan tu. *cakap pandai la kau izan, cuba praktikkan*

Masa ni juga la tiba-tiba macam ada satu perasaan. 

betul ke aku nak hidup dengan lelaki ni untuk seumur hidup aku?

Boleh ke dia tahan dengan aku?

Trust me! Ini normal. Cuma bila kau dah tekad nak kahwin, pasangan kau nak. Jalankan ajeeeeee. Jangan nak tangguh-tangguh.

with❤:izan®

Dear Blog *Dear All Supposedly

Hai,

Dear blog *terus menyampah nak baca.

Kalau dear blog baik ko private je blog ni. Dear all supposedly. 

Semalam aku ada banyak gila masa melepek depan pc dalam office. I had gone trough all the old-older-oldest post. Rasa macam nak lempang diri sendiri sebab terlalu banyak post yang macam ek-eleh ini pon nak tulis dalam blog ke? *hentak kepala atas meja

Tapi bila aku bukak tang nak delete post aku rasa macam "jangan izan jangan, atleast ini semua kenangan hidup". Terus jadi macam sayang nak delete. Walaupon malu sampai tahap nak masukkan muka bawah cadar baru kat rumah emak, tapi apa boleh buat. Itulah engkau dulu-dulu. Dari 2009 berblog sampai sekarang yang kadang kala macam chipsmore. 

Lantak lah chipsmore or whatever. Janji ada juga blog pengikat silaturrahim. Kepada sesiapa yang bertanya pasal braces nanti aku reply. I busy la lately. Orang nak kahwin memang begini. Kahwin? Terus pasal kahwin ni apa hal kau.

Yela-yela nanti aku update B2B. Pergh! Nak jugak B2B. haha

Sampai ke lain ulasan dan coretan. Nantikan apa-apa saja update selepas ini. Harap bersabar.

with❤:izan®