Hai, salam.
Masa bertunang aku buat sendiri hantaran tunang. Sebab pikir macam ek-eleh hantaran senang je kot nak buat. *pastu nyesal sebab mak aku n kawan-kawan yang kena tolong. Tak sempat wa cakap sama lu. Dengan kerja lagi masa tu, tekejar-kejar nak balik rumah mak baru boleh buat hantaran. Nasib la emak adalah wanita yang sungguh kreatif dalam dunia bagi aku. Idea semua dari dia. Aku tukang angguk-angguk geleng-geleng je. HAHA
Semua barang untuk men-DIY aku dengan Alan pergi hangkut dekat Nilai 3. Syurga dunia untuk bakal pengantin seperti yang digembar-gemburkan. Tips dari aku untuk shopping di Nilai 3.
- Cari kedai yang kecik-kecik. Jangan shopping kat kedai besar-besar. Sebab duit yang bakal keluar juga besar-besar.
- Listkan apa ko nak beli malam before pergi shopping. Sebab bakal tunang/suami (orang lelaki) biasanya adalah jenis yang bukan suka lama-lama bab shopping ni. Kalau bab bolaaaaaaaa kau bagi dia. 24 jam sehari pon boleh.
- Survey! Sila buat demikian. Ingat, aku ulang. Sila Survey! Lain kedai lain harga. Lain budi bicara lain diskaun nya *pantun terus
Kalau bab-bab macam ni memang Alan surrender awal-awal. Aku memang menggalak bab shopping. Alan huluq duit ja. Aku tadah. Ini lah kita namakan give and take. Kan? HAHAHA
Yang atas lapik putih adalah yang mak and kawan-kawan aku tolong buat. Yang bungkus dalam plastik tu adalah yang Acik bungkuskan. Sebab dah tak de lapik. Memang kalau kat kampung aku menjadi adat. Orang bertunang jiran-jiran akan bagi hantaran sama untuk kita bagi pada pihak lelaki. Best kan kampung aku?
Meh aku listkan antara hantaran aku untuk Alan masa tunang.
- Sejadah (mydin) + Kain pelekat (Jalan Tar)
- Kain pasang untuk baju nikah (Jakel)+Songkok (Mydin)
- Kuih bakar ada 3 jenis. (Sponser by kawan mak)
- Chocolate (Aty sponser)
- Buah-buahan (Abg Pen dan Kak Etun sponser)
- Raga Coklat (Farah Sponser)
- Sirih junjung (Mak Nah&Mak Nab sponser)
- Labu Gula (Kawan mak-Aku lupa plak sapa)
- Cupcake (Yona sponser) *tiada dalam gambar, on the way bersama Yona semasa gambar diambil.
Bungkus-bungkus dalam plastik tu semua Acik aku bungkuskan. Aku pon tak sempat tengok apa semua tu. Yang aku tahu semua kawan-kawan mak and jiran yang bagi. Kalau tengok balik list yang aku highlight kan je yang aku beli. Selebihnya sponserrrrrrrrr...TQ semua *Siapkan bekas kosong,orang bagi letak je atas bekas. Hik Hik Hik
Next entry review baju tunang! Yeay! *Part paling best
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)