Hai,
Semenjak nak berkahwin ni rasa macam semua benda boleh jadikan punca pergaduhan antara aku dengan Alan. Contoh 1 :
Saya beli bedak tate macam Nora Danish.
Ok
Lepas ni boleh la berangan nak muka lawa macam Nora Danish.
Macam Nora Danish pon ok.
OOOOOooooooOOooooOOooo, selama ni saya tak ok la kan?
See, benda macam ni pon boleh jadi point. Padahal nak kan perhatian je lebih orang perempuan ni. Nasib la Alan jenis lantakkan aje. Kalau dia pon jenis sensitif macam tunang dia ni *tunang kata kau!* confirm gaduh.
Memang betullah apa orang kata, lepas bertunang lagi-lagi nak dekat kahwin memang betul-betul akan menguji samada ko boleh tahan ke tak dengan pasangan. Dulu masa belum ada apa-apa dengan Alan aku selalu cakap dengan kawan-kawan yang buat preparation tuk kahwin.
Nanti aku kalau kahwin mesti relek je. Aku biar ja Mak dengan Akak aku handle semua.
Tapi bila kena batang hidung sendiri. Perempuan biasa la kalau bab kahwin memang akan survey sungguh-sungguh. Kalau boleh nak habiskan 80ribu duit hantaran tu hanya tuk 1 hari majlis perkahwinan. *80ribu kata kau! anak tokey balak ke pinang?*
Padahal apa yang penting dalam perkahwinan adalah kehidupan selepas pernikahan tu. *cakap pandai la kau izan, cuba praktikkan*
Masa ni juga la tiba-tiba macam ada satu perasaan.
betul ke aku nak hidup dengan lelaki ni untuk seumur hidup aku?
Boleh ke dia tahan dengan aku?
Trust me! Ini normal. Cuma bila kau dah tekad nak kahwin, pasangan kau nak. Jalankan ajeeeeee. Jangan nak tangguh-tangguh.
with❤:izan®
haha Time bertunang memang macam tu.. lain macam sikit.
ReplyDeleteJgan nakal2 ye.. hikhik.
Cik izan & alan jgan nakal2 ye..
ReplyDeletetime tunang memang lain macam sikit. hahaha
selamat mengharungi liku2 kehidupan mendatang kak izan :)
ReplyDeleteThanks Hana. Kena minta tips ni. huhu
ReplyDeleteTQ nur mudrikah.
ReplyDelete