Followers

Saturday, June 22, 2013

Mabul,Sabah-Pengembaraan bermula

Hai, salam. 



Flight kami pada hari khamis petang. Sampai lapangan terbang Tawau seawal jam 9 malam. Tapi perut berkeroncong bak umpana dondang sayang. Siapa yang pernah turun lapangan terbang Tawau sure punya paham keadaan kitorang malam tu. Kitorang disini adalah aku, Filzah, Irma, Alan, Ali, AbgNgah. Lapangan terbang Tawau jam 9 malam dah closed already wa cakap sama lu. Perut ni lapaq baq hang. 

Dari lapangan terbang Tawau nak ke pekan berdekatan akan mengambil masa satu jam lebih. Dan kitorang tidak menempah mana-mana bilik hotel pada malam tersebut. Dan orang yang dijanjikan oleh pakej trip kitorang hanya akan datang ambil pagi esoknya. Nak call any delivery food malam tu hanya ada McD kalau x silap aku yang mana di ikhtiarkan oleh Filzah. 

Akhirnya, Ali selaku lelaki gagah mencari inisiatif untuk memenuhkan nafsu serakah kitorang berenam. Ali dan Alan *dah macam seorang melayu seorang cina pula* naik teksi pergi beli nasi bungkus malam tu. Sewa teksi kata kau pergi dan balik membeli nasi bungkus adalah RM30!! Itu baru teksi. Belum masuk makanan dan airnya. Tak pe la, sekali sekala dalam hidup nak rasa kan.

Malam tu tahu tak kitorang tidur mana? Surau. Alhamdulillah. Ada juga tempat berteduh *eceh, macam nak kena lempang* Tapi tak boleh tidur sangat pon. Jam 6pagi kat sana dah cerah macam jam 7pagi dekat sini. Pastu lepas solat subuh Abg Ngah ada mesej Irma kata ada orang tunggu kitorang dekat bawah.

Tapi macam mamai-mamai masa tu. Betul ke ada orang panggil kitorang. Sebab announcement macam ni :
"kepada orang yang tidur disurau ada orang menanti dibawah"

Mana pula Pak Cik Driver tu tahu kitorang tidur kat surau malam tu. So abaikan je la. Jam 8 pagi baru turun bawah. Sekali pakcik tu memang tunggu kitorang dari jam 5 pagi lagi. HAHAHAHA

Hasil budi bicara Ali juga. Dia minta Pak Cik tu bawa kitorang singgah sarapan sebelum naik speed boat ke Mabul Island!

Habis sudah pengembaraan doremon bersama Izan Salleh. Esok is the 1st day entry for trip to mabul!

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)