Followers

Thursday, October 31, 2013

Fasa Pertama Perkahwinan (3 bulan pertama)

Hai,

Belum sampai 3 bulan lagi. Saja nak juga buat entry ni awal-awal. Mihmihmih. 16 November 2013 ni baru cukup 3 bulan eh. Masih di dalam honeymoon mood bak kata omputih. Kalau bunting ni masih dikira bunting pelamin *aku kata kalau ye*. Jangan kau ingat pregnant je ada fasa-fasa. Kahwin pon ada eh. Lagi banyak fasa dalam paksa kau kena lalui. Redhakan diri dan ikhlas. *tiba-tiba*

Selama 2bulan15hari berkahwin. Masih dalam fasa pertama. Ini fasa hidup aku la. Kalau lain orang lain jenis fasa nya. Masih survive, try and error. Selesaikan hutang kahwin. *hutang kahwin ada banyak konsep*. Kalau dalam fasa ni as laki bini boleh cerai berai mengikut pemerhatian aku *minta simpang malaikat 44*. 

Fasa pertama as laki bini, kena tabah dan saling bantu membantu. Alhamdulillah, aku tak ambil mana-mana pakej pelamin ribu riban. Semua pakai mak aku punya. *nasib menyebelahi aku* aku tak salahkan pasangan yang ambil pelamin dengan orang. Dah emak kalian tidak membuat pelamin seperti emak aku. Ini semua rezeki masaing-masing. Makan pengantin abang aku masakkan. Kenduri jamu orang makan mak ayah aku sponser *ini memang melampau,kahwin pon mak pak sponser* Duit hantaran aku pakai beli baju kahwin and doorgift untuk tetamu. Selebihnya beli perabot rumah cenonet.

Untuk setakat ini, selepas perkahwinan kami as laki bini kami masih berhutang dengan Videographer and Photographer. So, nak manage duit *ini kerja Alan la* untuk selesaikan hutang tu semua memang amat perit untuk bulan pertama as laki bini. Alhamdulillah masuk bulan ke-2 kitorang dah settle payment dengan Videographer. *video kahwin nanti aku share* Sekarang tengah tunggu photographer siapkan album kahwin. InsyaAllah kalau tiada kejadian memerlukan penggunaan duit simpanan untuk bayar photographer boleh settlekan payment tengah bulan Nov ni. 

So, aku iktiraf 3 bulan pertama sebagai fasa laki bini tolak ansur dan bantu membantu. Aku takat bantu jual tudung je la. Berapa sen sangat la aku bantu nak dibandingkan dengan Alan yang keluar belanja semua. Tapi serius, bantulah laki anda selagi boleh. Nak hidup lama ni dengan dia *eh, apahal kau nak nasihat orang*. Walaupun laki kau mampu, kalau diringankan sedikit beban mungkin beliau akan bawa anda makan sedap atau berjalan-jalan. Mihmihmih *i ikhlas eh tolong u*

Kalau kau berjaya lepasi fasa pertama perkahwinan. *ada lagi 15 hari je ni nak lepas* syabas! Anda mungkin boleh pergi jauh as laki bini untuk fasa-fasa seterusnya. Laki pelengkap bini, bini melengkapi laki. Molek dak?


p/s: entry serius macam ni jarang orang nak baca. Kalau korang baca sampai habis, Syabas! Anda mungkin akan merasai fasa ini kelak. Untuk yang dah rasa, mesti faham fasa pertama ini macam mana.

with❤:izan®

Nak Jadi Agent?

Hai,

Selamat bekerja kembali. Tak payah nak Monday Blues sangat. Padahal hari ni aku pakai baju biru untuk menamatkan Monday Blues. Puiiiii. 

Hari Jumaat, Sabtu and Ahad haritu aku dah update kan dekat Imtinan Collection. Kalau belum tengok boleh pergi tengok. Alhamdulillah. Sambutan dari korang amatlah aku hargai dari hujung rambut hingga hujung jari kaki aku. Ada tinggal lagi sikit je lagi. Hamboih, korang kalau bab booking suruh aku bawa balik kampung laju je kan. Bagus juga, jimat duit minyak laki aku nak pergi pos. Mihmihmih. Semua nak suruh bawa time kenduri Dayah Amin.

Habislah kenduri Dayah nanti aku open bonet kereta korang pilih la. Untuk sesiapa yang belum pilih nak color apa, boleh book dulu nanti aku reserved untuk korang. Kalau nak C.O.D hanya area Seri Kembangan dan KLIA. Atau pon Trolak time aku balik kampung. Bila tu nak balik? Sabtu ni aku balik Trolak. Selain dari itu, semuanya pos. 

Untuk masa sekarang ni aku baru ada 2 orang agent yang jual shawl dari Imtinan Collection. Harga agent semua tu hanya agent yang tahu. Lepas tu disebabkan ada orang yang tanya nak ambil agent ke tak? Yes, i did. So, kalau ada yang berminat nak jadi agent bawah Imtinan Collection, aku boleh bagi special price. Tapi untuk batch kali ni dah habis. Maafkan saya. Hanya tinggal stok aku jual direct to customer. Harga dari agent dan yang beli direct dari aku adalah sama je. Jangan risau. Agent yang 2 orang tu jual offline. Jangan tanya area mana dia jual untuk c.o.d. Anak-anak buah aku yang jual. Mihmihmih

Eh, berbalik kepada kalau berminat nak jadi agent, boleh direct wsap 019-6738817 atau email kan ke izan.s89@gmail.com.


And kalau ada sapa-sapa nak hantar jahit tepi tudung pon boleh. Harga kita runding secara personal di email : izan.s89@gmail.com atau wsap 019-6738817 jangan call. Saya bekerja waktu siang adalah tidak elok melayan call di dalam office *main blog elok pulak?*

Akhir kata, saya kene keluar jadi despatch. Oleh itu, entry tamat secara tiba-tiba.

This is sticky entry. Untuk entry baru sila lihat bawah.
with❤:izan®

Wednesday, October 30, 2013

Puding Caramel tak Jadi.

Hai,

Semalam masa kerja dalam hati ni asyik la teringat-ingat nak buat puding caramel. Lepas tu angan-angan nak buat puding caramel tanpa telur macam Fatin Liyana and Cik Epal duk buat tu. Aku ni ha, copy paste la print nak try dekat rumah. Bahan-bahan dah ada masa beli barang kering dengan Alan haritu. Lagipon semalam panaskan lauk Ibu Mertua bagi je. Lepas tu goreng terung tambah buat sayur.

Tak sampai 10minit aku dah siap masak. Terus siap-siap bahan nak buat puding caramel. Dah siap semua aku biarkan atas meja, tutup sikit. Esok boleh la ni nak makan, jamu dekat Alan before pergi kerja.

Tapi semalam aku masak terung goreng keras. Agaknya sebab aku tak goreng dulu terung tu and aku potong panjang-panjang. Ibu mertua aku tapaukan rendang daging qurban haritu. Panaskan je. Disebabkan adik ipar aku cuti semalam, dia dah siap-siap masak sambal sotong dalam tin tu. Tapi semalam Alan makan sepinggan je. Selalu 2 3 kali tambah. Maybe sambal terung aku tak sedap kot. Aku pon makan 2 ketul je. HAHAHA

Before masuk tidur aku masukkan puding dalam peti ais. Dalam hati ni *sedapnya esok makan puding caramel sejuk-sejuk*

Bangun pagi tadi, dah siap mandi and solat semua. Pergi dapur nak keluarkan puding. Sekali aku baru perasan aku tutup peti ais tak rapat semalam. Peti ais aku tak sejuk. Dah la tak sejuk. Membazir elektrik pula tu. *nak nangis, tapi tahan je*

Keluarkan puding caramel nak telangkup atas pinggan. Dah siap telangkup puding aku retak 1000. *tak pe la, rupa tak lawa,janji sedap*

Potong letak atas pinggan kecil nak bagi Alan rasa. Tapi sebelum bagi Alan rasa baik aku rasa dulu. Mihmihmih. Makan sikit je lepas tu aku ludah dalam sink. Eyek! Rasa tepung. Aku masak semalam tak sempat tunggu didih aku dah curah atas caramel. *terus meleleh air mata*

Terus ke tong sampah la jawabnya. *pembaziran satu tin susu cair,agar-agar dan gula*

Aku paling stress kalau aku masak apa-apa tak jadi. Rasa macam apahal kau tak nak jadi makanan?? Lepas tu rasa macam stress tak nak buat dah lepas ni. Sebab takut membazir lagi. Tapi lepas dah nangis, pujuk diri sendiri. Biasa ah, kau kan baru kahwin. Kalau tak jadi buat lagi. *motif sangat nak salahkan baru kahwin* HAHAHAHA

Oleh itu, petang ni buat lagi. Kalau tak jadi juga buat lagi. Kalau tak jadi lagi lepas tu kau beli je la puding caramel tu. 

p/s: Yang aku duk tayang-tayang kat IG semua makanan yang jadi, yang tak jadi dah banyak dah makan ,telan, berak terus. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, October 28, 2013

Perubahan Alan selepas kahwin.

Hai,

Macam dah kurang pula nama Alan dalam blog ni. Karang kata tak adil pula. Asyik nama Imtinan Collection je. Hahaha. *motif sangat nak jeles dengan Imtinan Collection (IC)*

Sabtu hari tu duduk rumah je, Kan aku ada post gambar kat IG suruh Alan bawa aku pergi jalan-jalan hujung minggu lepas. Aku pon memang macam ehhhhh, lamanya tak pergi jalan-jalan. *Padahal tiap minggu berjalan* Pergi, TESCO, GIANT, PASAR MALAM. Serious talk kalau ko dah kahwin, ini adalah aktiviti every week. Kalau tak beli barang masak, maybe beli barang rumah. 

Tiba-tiba family Acik aku nak datang Sabtu haritu bawa mak ayah. Mak ayah aku kan tak pernah datang rumah kitorang lagi lepas kahwin ni. Gembira sampai aku shopping barang basah hari Sabtu hari tu terlebih bajet. Sampai RM83 ++. Selalu Alan je yang pergi beli tiap-tiap minggu kat kedai depan taman rumah kitorang tu. Tapi apa ntah mimpi dia nak bagi aku shopping sendiri. Lepas tu siap bagi RM100. Kalau dia yang pergi beli mesti tak lebih dari RM50 untuk beli barang basah. Alan just pesan dekat aku "jangan habiskan". Memang aku ikut kata la, tak habiskan RM100 dia tu. Hewhewhew. RM83 ++ je. 

Kalau barang-barang kering ni Alan bawa aku pergi beli sebulan sekali. Macam toiletries, dry food and etc. So, masa sekali sebulan ni aku boleh angkut apa sahaja yang dah habis dirumah, and rengek-rengek sikit *sambil hentak kaki* minta benda-benda kemahuan. Macam iron board aku dapat semalam. Mihmihmih. Iron board ni nanti la cerita. *what the hell iron board pon ko nak buat entry??* Bajet masa beli barang dapur sebulan sekali ni tak lebih dari tak lebih dari RM300. 

Eh, apa hal cerita pasal berapa banyak laki aku spend every month untuk bela aku? Ha, sebab aku timbang berat aku hari jumaat lepas dah naik ke 52kg. Tapi aku redha je la. Dah makan banyak. Hari-hari masak. Cuma aku risau je nak ajak Alan pergi timbang. HAHAHA. Karang takut dia sentap pula. Sabtu Ahad lepas aku asyik tengok je perut Alan. Kalau aku pegang je, dia tarik nafas kempiskan perut sambil kembangkan hidung. Geram je aku. Aku bunyi-bunyi la sikit 

"eeeee, kenapa baju nampak sempit?"

"eeee, tak rasa baju tu sendat ke?"

"Eeeee, perut ke tu?" *tunjuk perut dia *

Hahaha. Lepas tu buat muka dunno. Tak nak layan soalan aku *kejam sangat*



Lepas tu semalam, Alan bawa juga aku keluar. Maybe dia tengok aku dah macam emosi tak stabil je duduk rumah. Ajak aku pergi beli barang kering. Ingatkan nak beli barang kering je. Sekali aku nampak Alan macam nak masuk IOI Mall. Mihmihmih. Nak belanja aku makan Papa Johns lettew. Dari bulan lepas aku bunyi-bunyi nak makan Papa Johns. Takut emosi aku tak stabil kembali lettew. HAHAHAHA

Lepas makan Papa Johns, aku pegang-pegang perut Alan. Terus tarik nafas *motif sangat nak sorok perut* HAHAHAHA

Aku suka je badan Alan naik macam ni. Sedap sikit nak peluk. Lalalala.

Entry tamat.

with❤:izan®

Thursday, October 24, 2013

Imtinan Collection.

Hai. 

Baru nak buat official entry pasal bisnes kecilan aku ni. 

Actualy sebelum ni aku ada je menjual macam-macam tapi tak da la nak take serius bagai. Tak da pon daftar dengan SSM ke apa ke. Tapi bila dah kahwin and bercampur dengan minat aku terhadap mesin jahit *gara-gara geram dress dan shawl lawa-lawa* aku macam nak buat benda ni jadi serius. Kot mana tahu nanti dapat buka kedai sendiri. Kalau tak dapat buka kedai pon, dapat bekerja sendiri. *anganku tinggi menggunung*

So, aku ajak Alan menjadi bisnes partner a.k.a life partner yang ni semua orang tahu. Laki ku selaku director and aku sebagai pekerja bawahan. Tukang jahit merangkap bini sepenuh masa. HAHAHA. Justeru itu *skema nye la hai* aku daftarkan sebuah perniagaan dan wujudlah Imtinan Collection. Siapa belum like boleh la like Imtinan Collection. Tak beli pon tak apa. Like je tanda sokongan. Sesungguhnya kalau korang like Imtinan Collection aku akan rasa macam YaAllah kenapalah kawan-kawan aku ni baik hati semuanya.



Imtinan Collection, wujud atas hasil aku percaya kalau aku usaha insyaAllah orang akan suka. Aku suka pakai shawl. Kenapa aku tak nak share dengan korang? So, apa yang aku suka je aku jual. kalau korang minta benda yang aku tak suka, aku kena pikir samada nak buat ke tak. Kemungkinan untuk aku tak buat benda yang aku tak suka adalah sangat tinggi. Tapi kalau aku cuba untuk suka, mungkin aku akan cuba untuk jual. Tapi ini hanya kemungkinan. *boleh memeningkan orang yang membaca sambil lewa*

Imtinan Collection membawa maksud Anugerah. Aku rasa kita dah patut syukur panjang dengan anugerah Allah yang kita ada sekarang. So, aku rasa macam nak pelihara Anugerah tu kena ada cara yang betul. *even aku sendiri tak betul kadang-kadang*. 

Sebelum jadi lebih panjang macam ustazah tak bertauliah. Sila lahhhhhhhhhhh like Imtinan Collection tanda anda membantu sesama insan. 

Terima kasih kerana membaca. 

with❤:izan®

Wednesday, October 23, 2013

360 Degree.

Hai,

Oleh kerana bos ke Jasin mari kita update blog. Eh, aku dah siapkan semua kerja mentaip. Oleh itu boleh mentaip blog. Kerja despatch petang lepas makan baru aku buat, sebab kerja-kerja sebegini memerlukan tenaga. Sekarang baru aku faham, bertapa susahnya kerja despatch.

Semalam aku jahit hampir 20 helai shawl tanpa henti. Sekali tapak mesin jahit tepi aku tercabut. Terus aku emo sampai pergi depan nangis tengok runningman. Padahal part yang aku tengok tu Jong Kook tengah buat muka harimau dia. Serius kelakar. Tapi sebab tapak mesin jahit aku tercabut terus merembes air mata bercucuran. Wsap Alan suruh dia tengokkan mesin jahit aku esok. Alan kerja malam minggu ni. Ini mungkin penambah sebab kenapa aku terlalu beremosi semalam.

Nasib laki aku kerja pomen-pomen ni. Kalau Alan pandai pomen kapal. Aku umpamakan mesin jahit aku tu kapal aku. So, Alan wajibulghunnah kena pandai service and repair kapal aku tu juga. *Dasar paksaan manja* 

Dah dua bulan lebih dah kahwin. Tapi masih selalu silap letak tittle Miss Izan dekat surat-surat office. Sampai bos aku tegur, "Maybe U should put picture kahwin u kat desktop, so everytime u nak put Miss u akan rasa bersalah" HAHAHA. Gila kejam. Untuk pengetahuan bos aku ni a man. Real man. Tapi tahap understanding dia kalah orang perempuan.

Kehidupan selama 2 bulan setengah setelah kahwin. Contoh :

  1. Kalau dulu aku iron baju kerja aku seminggu terus. Selalu aku buat hari Ahad malam Isnin. Malam tu dia punya peluh tahap sauna. Lepas iron baju terus rasa kurus. Tapi sekarang aku iron baju aku kadang-kadang je. Kadang-kadang tak iron. Pakai je baju yang tak kedut. Tapi aku iron baju kerja Alan seminggu terus tiap hari sabtu or ahad. Baju kerja Alan banyak poket. Seluar kerja dia pon banyak poket. Iron baju kerja Alan bukan rasa sauna dah. Dah mandi peluh aku. Lepas siap iron terus rasa keding. Lagi teruk dari kurus. Tapi aku still iron dengan ikhlasssssssss *sambil libas-libas rambut*
  2. Kalau dulu aku masak ikut mood. Kalau rasa rajin aku masak. Kalau malas aku beli. Kalau tak tahu rajin ke malas aku tidur. Sekarang hari-hari kena masak kecuali tiba-tiba Alan wsap "sayang, esok tak payah masak, abang bagi cuti". HAAAAAAAAAAaaaaaaaaaa, masa ni horey sangat. HAHAHAHA. Ni pon kalau Alan kerja malam. Siang dia ada kat rumah nak makan kan. So aku kena la masak pagi before pergi kerja tu. Tapi kalau dia ada hal nak keluar Alan makan kat luar je. Aku suka je masak tuk Alan. Sebab aku tak suka dia makan kat luar. Lepas tu bila tengok perut Alan cam buncit-buncit sikit rasa bangga sebab dengan hasil masakan aku. *motif nak bangga laki perut buncit*
  3. Kalau dulu aku kemas dapur 2 hari sekali. Sebab jarang masak kan? Tapi sekarang hari-hari aku lap lantai dapur dengan kain pakai tangan tau. Sebab dapur aku kecik je. Nak pakai mop tu rasa macam tak puas hati sebab celah-celah kecik tu tak boleh nak masuk mop aku tu ha. Pakai kain lagi senang. Lepas tu kalau ada orang cuci pinggan mangkuk kat sink tapi tak kutip sisa-sisa dalam sink tu aku rasa stress. Sebab aku tak tinggalkan sink tu macam tu. *tapi marah dalam hati je la* Dosa marah suami. HAHAHA
Tapi ada satu benda aku paling susah nak ubah. 
  1. Basuh, sidai and lipat baju. Selalu benda ni Alan buat. Tapi dia takat basuh and sidai je la. Alan memang failed bab lipat baju. So nanti aku kutip and lipat. tapi nak tunggu lipat tu ada la dalam 3 hari baju tu terperuk atas sofa buruk tu ha. Maybe yang ni kena kumpul semangat nak ubah. Slow-slow la. Tak semua orang kahwin boleh tup tup jadi isteri penrajin. I is malas tang tuuuuu je. Yang lain aku rajinnnnnnnnn *pffffttttt*
Tapi Alan sekarang rajin gila kemas katil. Tiap kali lepas tidur je mesti aku tengok katil clear. Tegang. Bantal cantik je susun. Sumpah aku tak de niat tuju kat sapa-sapa masa aku post kata-kata Ustaz Don ni. Tapi laki aku ni alert terlebih. Aku boleh je kemas. Sebab Alan jenis suka baring dalam bilik dalam erti kata lain kuat tidur. So, tak guna kalau kemas sebab nak tidur lagi lepas tu. HAHAHA


p/s: Pensuami idaman aku kejarkan. Entah aku ni penisteri dambaan ke idok. Hik hik hik


with❤:izan®

Tuesday, October 22, 2013

Sayang Bini tinggal-tinggalkan. Sayang Laki pon kau tinggal-tinggalkan.

Hai,

Baru je Jumaat lepas update macam mana nak bagi bersemangat update blog. Dah terbengkalai sehari semalam. Serius kalau semangat kau tinggi menggunung tapi masa nya tiada, tidak guna ye. Semalam serius aku busy. Dalam selama aku kerja semalam lah paling busy. Kehulu kehilir aku. Dah rupa despatch. Entah bila la boss aku nak amek despatch tuk aku ni. Eh, untuk company ni.

Curveshawl baru siap separuh. Eh, Actually suku. Sebab suku lagi dah pos dekat kawan-kawan yang dah cop kaler awal-awal masa aku pergi beli kain haritu. Siapa tak tahu aku tengah tungkus lumus buat shawl sekarang, sila like Imtinan Collection sekarang. Ape lagi, like sekarang *sambil buat muka gawang, jengil biji mata sampai nak keluar* Lagi separuh tu, slow-slow la eh. Aku ni dah rupa superwife dah. Nasib belum ada anak, kalau dah ada mungkin boleh jadi supermom. Hik Hik Hik

Eh, siapa ada jual shaklee? Nak try la set laki bini punya. *dasar gatal* HAHAHA

Sabtu Ahad lepas rasa kejap je cuti. Sabtu aku keluar meroyan dengan Amalina and Miza. Pergi beli kain kat Jakel. Tapi macam mana boleh tak ambil gambarrrrr. Pelik dan ajaibnya. Dah la nak jumpa pon 8 tahun sekali. Boleh tak ambil gambar? Hey hey hey. Teruk sungguh. Keluar rumah lepas zuhur teman Alan lunch dulu sambil aku makan gulai ikan bawal sepinggan. Terus berdesup tinggalkan Alan kemas meja makan. HAHAHA. Sebab janji ngan Miza nak gerak kul 12.30 tengahari. 

Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Eh, bukan. Dah maghrib. Sekarang kan kul 7 dah masuk maghrib. Nasib masuk rumah tengok Alan tengah mengaji. *terus nak nangis, dosanya tinggal suami sorang-sorang hujung minggu* Lepas tu salam-salam Alan sikit. Nasib senyum je laki aku. Ok la, lepas ni boleh keluar ngan kawan-kawan lagi. HAHAHA *sekejap je rasa bersalah* Eh, aku dah minta izin dari Isnin haritu lagi. Alan izinkan. Bukanlah aku keluar tak bagitahu. Korang bukan boleh, kalau tak explain mula la pikir bukan-bukan. HAHAHA

Then, sebagai balasan esok Alan tinggalkan aku. Pergi main paintball dengan budak-budak shift dia. Kira fair and square la. Kul 9 pagi dah siap nak pergi main paintball katanya. Aku ni ha, bangun lah kul 7.30 pagi nak siapkan breakfast semua. *padahal buat nasi goreng je pon* Aku memang suka bangun awal kalau hari minggu. Hari kerja je aku liat-liat tanah liat sikit nak masak pagi. Hari minggu I is Rajinnnnnn sangat buat breakfast. Amboi, 7.30 kau kata awal. Datang bulan, awal la tu aku bangun. Kalau sihat kul 6.30 pagi aku dah siap masak *tipu*. Sekali kawan yang nak ambil Alan tu terlajak tidur. 11 pagi baru Alan gerak pergi Shah Alam. Sempat la layan movie seround dengan aku.

Oleh kerana Alan tak balik makan lunch dekat rumah, aku tungkus lumus la siapkan CurveShawl Wide and Halfmoon Wide Ahad haritu. Tapi sempat siap potong je. Ada dalam 40 kaler semua ye. Harap anda bersabar bagaimana Alan bersabar rumah umpama tongkang pecah hari minggu haritu. HAHAHA


Rumah umpama tongkang pecah.
 Aku suka potong kain kat hall. Sebab boleh sambil potong kain tengok tv. Sambil makan kuih,sambil kacau Alan tengok tv, Sambil berborak. Bagi aku dengan Alan inilah the best quality time we spend together. HAHAHA *ayat penyedap hati sendiri*

Lepas je Alan cau cin cau pergi main paintball aku laju-laju potong kain bagi siap semua. Lipat elok-elok asing ikut jenis kain and jenis shawl. Wide ke biasa ke halfmoon ke chiffon ke cotton ke. Lepas tu terus kemas hall. Kesian plak kat laki aku nak jalan asyik langgar kain aku je.
Ni baru separuh yang aku lipat. Lagi separuh dah masuk dalam bilik jahitan. Eh, siap iktiraf bilik belakang as bilik jahitan. Sebenarnya dah rupa store aku rasa. Semua benda Alan ngan aku campak dalam tu. Nak guna kena punggah-punggah baru jumpa. Rasa nya hujung minggu ni kena buat operasi gerak gempur bilik belakang tu. Kemas bagi selesa sikit aku nak menjahit.


Ini adalah contoh Wide Halfmoon Mieza. Kenapa nama macam tu? Saja bagi komersial sikit sempena nama Miza teman aku pergi cari kain. HEHEHE. *nampak sangat dah sebulan tak lap cermin* Actually kain tu hitam elok je. Bintik-bintik putih tu habuk. Maafkan saya. Saya terkejar-kejar nak buat semua benda. Nasib ada suami memahami. Tak kisah pakai cermin berhabuk. HAHAHA


Ni pula Wide CurveShawl Candy Cotton. Pergh *nama ni betul-betul baru wujud dalam otak aku time taip entry ni* Ni memang betul-betul XXL. Aku pakai siap atas tu aku boleh lipat buat macam pakai tudung patsegi biasa tu. Sebab kain ni jarang. And aku tak suka pakai inner neck. Sebab rasa macam tercekik. 

So, siapa belum like Imtinan Collection? Pergi like sekarang. Dalam minggu depan aku release semuanyaaaaaaa. Sebab tunggu la aku siapkan semua. Lagi pon semua belum gaji kan? Hik Hik Hik

Thanks kerana membaca sampai habis. Entry terpanjang dalam sejarah. Qada' semalam punya entry.

with❤:izan®

Friday, October 18, 2013

Bagaimana mendatangkan semangat nak update blog.

Hai,





Kalau nak kira dari awal-awal aku main blog tahun ni lah tahun paling rajin aku update blog dalam sejarah kehidupan blog aku ni. Since 2009 sekarang dah 2013. Huyyo, dah nak masuk 4 tahun main blog tapi follower duk takat 300 tu je lah. Hik hik. Macam mana korang main blog follower sampai ribu riban tu. I is tak pandai lah nak kumpul-kumpul follower ramai-ramai ni. Tapi bila tengok statistik viewer sehari lebih je dari 700 view.

Ke ramai yang baca blog aku senyap-senyap tanpa follow? Ke seorang viewer tu jengah blog aku 2 or 3 kali sehari? Lantak lah, janji ade juga yang baca, ini yang menaikkan semangat saya untuk men-update blog setiap hari. *tiba-tiba guna saya*. Aku pon tak paham macam mana statistik view blogspot dikira. Nak kena buat study case rasanya ni.

Pernah dulu masa zaman aku kerja kat 7E boleh kira dengan jari kaki je berapa entry aku update. Masa tu kat office tak boleh bukan internet suka-suka hati macam sekarang. Lepas tu balik rumah dah penat nak update blog bagai. Adala la dalam setahun kehidupan aku macam tu. Terus rasa macam "weyh, mana life aku ni mana?" . Aku paling tak suka kalau kena kerja lebih masa. Sebab aku nak rasa relek-relek kat rumah sambil jahit shawl macam sekarang. Boleh like Imtinan Collection untuk shawl labuh menutup dada *tiap entry aku nak promote* HAHAHA

So, nak kumpul balik semangat untuk update entry setiap hari macam zaman dekat uni bukanlah perkara mudah. Sampai kena solat hajat kau tahu. *tipulah ini*. 

Salah satu caranya, aku baca balik entry lama-lama. Mana entry yang bergantungan sampai ke sudah tiada penamat aku tamatkan entry tersebut. Macam entry HIMMA yang aku start pada tahun 2011 dan baru sahaja tamat masa aku kahwin haritu. Fuhhhh, ini kalau anak-anak (insyaAllah) aku baca mahunya pening dan menyampah, punyalah lama nak sambung bagi tamat.

Cara ke-dua, aku akan jenguk-jenguk blog insipirasi jiwa kalbu macam blog Nurulism, Sepet88, Namee Roslan (baru je follow, sebelum ni pembanca hantu) dan beberapa yang lain. Yang aku listkan ni adalah blog wajib kunjung tiap hari. Kalau tak update pon aku akan baca entry lama-lama diorang. Lepas tu semangat nak update tu datang bagai puting beliung. Terus update!

Ketiga, aku akan godek-godek gambar dalam handphone or camera aku. Tengok gambar mana yang aku belum cerita dalam blog. Bak kata yuna "setiap gambar ada ceritanya" lebih kurang la kan. Malas aku nak google phrase yang betul. Walaupon cerita tu lapanploh tahun lepas, kalau belum cerita dalam blog, kau sumbatkan aje. Bohong lah lapanploh tahun. Umur baru enambelas je kan. Pffftttt.

Kalau tiga-tiga cara diatas masih tak mampu buat aku rasa nak update tu memang dah kira penyakit L tahap ke empat orang kata. Lazy loser loser loserrrrrrr gila. Kena pergi bomoh pulih semangat kot untuk pulihkan semangat nak update blog.

Terima kasih kerana membaca sampai habis. 

Membaca dengan tekun pula tu.

I respect sama u.

with❤:izan®

What I Miss About My Uni Life.

Hai,

Tajuk je English. Seperti biasa entry aku semua carca merba. Pagi ni masuk kerja melayan kerenah boss dulu. Selesai boss cau cin cau pergi meeting aku layan kerenah customer beli shawl. Eh, boleh like Imtinan Collection. Like je, tak suruh beli pon. Beli kemudia okey. Hik Hik Hik

Sekejap je rasa macam eh, dah 24 tahun lahhhhhh. Kenapa still rasa macam 19 years old and feeling nak daftar masuk Uni kuat menebal dalam diri. Masa masuk uni dulu muka selebet-selebet, mood kanak-kanak riang tiba-tiba hari ni bangun tidur "What?? I am a married girl lahhhhh" (Motip nak pakai girl). Women are too old for me right now. 

I had sooooooo many things yang aku buat masa zaman uni yang aku rasa nanti kalau ada anak cucu (insyaAllah) confirm aku akan cerita benda-benda ni.

1. Drive-tru McD dengan motor. Beratur belakang kereta lain buat muka kek-wat. Masa order and ambil meal pon pakai helmet. Lepas je drive-tru gelak bagai nak pecah perut.

2. Bawa skuter, pakai helmet kebelakang. Sebab jaga muncung tudung. Atie langgar bonggol jalan helmet jatuh ke belelakang jadi macam kura-kura.

3. Tertidur lepas tu malas nak pergi kelas, suruh yuni sign-kan. Pergi turun pusanika semata-mata nak makan pagi dekat gerai Nescafe.

4. Pergi Genting Highlandddddd. Everyone aku rasa pergi genting masa zaman uni kan?

5. Lepas kelas malam, ronda-ronda naik moto dengan yan sampai sesat dalam putrajaya.

6. Every rabu pergi Metro Kajang shopping seluar levis.

7. Masak dalam periuk nasi yona masa short sem.

8. Masuk funfair free. Balik lewat malam mid nite movie.





Oemgeeeeee. Kenapa dah 24!

Emosi little girl baru kahwin memang macam ni.

Bye.

with❤:izan®

Thursday, October 17, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha-Laki Bini first time raya sama.

Hai.

Tahun ni Alan awal-awal dah cakap raya kat Trolak. Bini is diam je padahal dalam hati mak oi meloncat-loncat. HAHAHA.

Biasa je la raya aku. Dulu boleh melepak lelama rumah Dayah and Farah, sekarang lebih sejam sikit Alan datang cari. Tak boleh betul aku nak gosip-gosip lelama. HAHAHA. Aku cuti dari sabtu sampai rabu semalam. Kau ado? Alan pong cuti dari Sabtu sampai Rabu semalam. 

Puas hati aku dapat duduk rumah mak pak aku lama-lama. Sebulan lebih okey aku tak balik Trolak. Rindu dendam kesumat semua adaaaaa. Dulu selang 2 minggu je aku balik Trolak. Sekarang aku dah paham perasaaan korang yang lama tak balik rumah mak pak korang. Meh sini meh aku bagi bahu.

Raya tahun ni pakai baju recycle. Aku pakai je jubah dress masa tunang hari tu adik beradik and anak-anak buah perempuan aku buat baju sama-sama. Diorang dah pakai masa tunang aku haritu. Aku baru pakai masa Raya Puasa haritu. Kira baru lagi kan baju tu. hentam pakai lagi raya haji ni. Peduli la, laki aku je pon nak tengok. HAHAHA. 

Alan pon sama recycle baju raya tahun lepas. Tu pon malam raya aku tenyeh jahit celah kangkang seluar sebab koyak dah. Pakai je la abang eh, mana tahu ni kot bini awak ni terer jahit baju melayu, saya buatkan baju baru ye untuk awak. *angan-angan kena tinggi menggunung*

Tudung aku adalah dari Imtinan Collection. Boleh jengah kalau nak beli. Kalau tak nak beli boleh like je kemudian-kemudian baru beli eh.

Anak acik aku baru pandai jalan. Aku upload gambar ni kat Instagram suka korang eh. Ingatkan anak aku. Mira suka cakap muka Aisy macam muka aku+muka Alan. Comel sangat ni..Aaaaameeen. Mihmihmih


Muka Alan ada la kot. Muka aku tang mana tu? Mata sepet sebelah eh? HAHAHA

Entry tamat secara tiba-tiba seperti biasa. Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. Tq kepada kawan-kawan yang membeli CurveShawl dari Imtinan Collection.

with❤:izan®

Thursday, October 10, 2013

CurveShawl senang nak pakai-Tutup Dada

Hai,

Kan aku dah beli mesin jahit kan. Sebenarnya tujuan asal beli mesin jahit adalah nak start jual shawl. Lepas tu boleh la aku belagak pandai jahit kekonon nak jahit langsir sendiri, jahit baju sendiri, jahit sarung sofa sendiri. *angan-angan haruslah tinggi* . Eh, tapi semalam dan berjaya jahit kain tutup pintu dapur sendiri taw. Kagum aku. HAHAHA *ini nanti la aku tayang*

Curveshawl yang aku duk jual-jual sekarang ni dah masuk batch ke-tiga dah. Alhamdulillah. Masa batch 1 and 2 dulu aku hantar dekat orang bayar upah jahit tepi. Lepas tu masa batch 2 aku tak puas hati dengan jahitan tepi dia. Sebab tu lah aku decided nak beli mesin jahit sendiri. Tak pe la, belajar dari kesilapan. 

Dah akhirnya setelah berfikir panjang. Aku buat juga la page Imtinan Collection kat FB. Diharap semua boleh like. Tak beli pon tak pe. Like dulu. *nanti beli HAHAHA*

Buat masa ni aku just buat CurveShawl sahaja. Tu pon takat mana yang mampu je la. Dah siang aku kerja. Malam je la pon nak menjahit. Mana dengan nak urus rumahtangga lagi. *kekonon superwomen*. 

Tapi Alhamdulillah, sokongan dari pembeli-pembeli memang amat-amat amatttttt aku hargai. Ada yang lelaki tau beli. Lepas tu dedicate kat kawan-kawan perempuan dia. Sampai macam tu support aku. Very touch. Ada pula sampai sanggup promote kat kawan-kawan office. Selang sehari kawan dia pula beli. Mana nak dapat customer macam ni. Semoga Allah merahmati and memurahkan rezeki korang. Terima kasihhhhhhhh sangat-sangat.

Dah la panjang-panjang cerita  buat hape. 

Meh aku share macam mana ke rupa nya CurveShawl tu.

Setiap hujung aku potong buat separa bulat. So nanti bila kita pakai akan jadi macam gambar kat bawah *pemalas nak explain bagi gambar je la*

Sila akaikan seluar sukan. Hujung depan dada akan jadi terbentuk bulat and belah belakang pon sama. Actually aku ada buat video macam mana aku pakai jadi macam ni. Kalau nak tengok boleh like page Imtinan Collection. Tapi semua memperkotak katikkan video aku kata aku nampak garang. Nampak je garang, padahal aku adalah seorang yang berlemah lembut lutut. Hik Hik Hik *baca gelak pon tahu kan aku lembuttttttt*

Jadi, anda berminat? Kat bawah ni aku share warna and code sekali. Kalau nak boleh whatsapp aku 019-6738817 atau pm kat page Imtinan Collection.

Untuk Code PB semuanya RM25 sehelai.
 And untuk code PCS semuanya RM29 sehelai.
Actually code PCS02 hijau. Sama macam warna code PB06.


Untuk postage hanya RM5 untuk sehelai ke 2 helai ke 3 helai ke. Semua RM5. Kiranya lagi banyak korang beli lagi huntungggg. Sampai sini sahaja. Nanti dah habis jual aku update mana yang ada mana yang tak de. Buat masa ni semuanya masih ada sehelai bagi setiap warna and corak. Aku buat 3 helai untuk setiap warna and corak. So tinggal sehelai je la lagi.

P/s: Sila lah beliiiii..TQ :)


with❤:izan®

Monday, October 07, 2013

Mesin Jahit Tepi and tiba-tiba dapat Mesin Jahit Lurus Mahal.

Hai,

Dua minggu lepas aku ajak Alan pergi cari mesin jahit. Tengok lah ha, cerita dua minggu lepas baru nak masukkan. Masa nak beli mesin jahit ni macam-macam aku pikir. Serius ke nak menjahit. Serius ke nak buat ni? Aku ni serius ke? 

Memang la selama ni aku jual tudung la ape la. Aku pon tak tahu mana datangnya minat aku nak menjual dan berniaga ni. Benda tu memang dah ada dalam diri aku ni. *eceh* siapa kawan rapat aku kenal la aku macam mana. Banyak benda aku pernah cuba berniaga. Mungkin sebab background family yang menyebabkan aku jadi begini *tiba-tiba nak salahkan family* HAHAHA

Setelah berbincang secara mendalam dengan suami tercinta *karang kata aku menguris hati suami pula* iaitu Alan. Bincang, bincang dan bincang sambil memujuk rayu sampai Alan say " yes, boleh beli". Gembira hati ini bagaikan menyayangi suami sepenuh hati *nampak kan aku sayang suami tak nak durhaka*

Aku pon menjalankan proses google search and error pasal mesin jahit mampu milik yang sesuai dengan keperluan kecilan aku ni. Lepas tu tunjuk dekat Alan.

"Abang, mesin ni boleh?"

"Abang, harga macam ni boleh?"

*nampak kan aku mendahului suami dalam segala aspek* 

"Sayang yang nak guna, sayang rasa ok. Abang ok je"

*Nampak kan Alan bertolak ansur*

**Adoiiii penat la nak explain every each situation setiap dialog**

Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli dari LSN Sewing Machine dekat Cheras. Mulanya aku nak beli mesin jahit tepi je. Tapi macam pikir-pikir kalau tak beli sekarang mesin jahit lurus mesti susah nak beli dikemudian hari *ini pon setelah berbincang dengan Alan.Suami didahulukan mesin dikemudiankan.*

LSN punya sales assistant sangat helpfull. Diorang akan ajar step by step macam mana nak handle mesin yang korang nak. Lepas tu siap boleh test drive *macam test drive Nissan Almera* mesin yang korang nak. Tanyalah banyak mana pon, se-cliche ' mana pon, diorang akan layan. Dan akhirnya aku tertewas dengan layanan baik tersebut sehingga mengambil keputusan untuk membeli mesin jahit tepi bernilai RM1299 dan mesin jahit lurus bernilai RM599.

HAHAHA. Alan apa lagi, silah pergi bayar. Sebab aku belum gaji masa hari pergi beli itu. Showroom LSN ni sebelah atas dekat tingkat 1. Tempat nak ambil barang kat tingkat bawah. Masa bayar kat tingkat atas Alan tak cek pon amount dia bayar berapa. Kitorang terus je turun pergi ambil barang kat bawah.

Masa angkat mesin jahit nak masukkan dalam kereta sales assistant yang ajar aku kat atas tadi tu tanya dengan muka terkejut.

"Eh, kak jadi beli yang RM799 ke?"

Aku tengok balik kotak mesin jahit lurus aku. Ya Allah. Alan dah bayarkan harga mesin yang mahal. Memang masa SA tu promote-promote mesin jahit lurus kat aku dia bagi dua pilihan. Yang RM599 amd RM799. Oleh kerana dah bayar, Alan kata biarlah. Dapatlah aku mesin bernilai RM 799. Hik Hik Hik *Saya bukan kaki kikis*

Copy From LSN Facebook.

Copy from LSN Facebook.
Aku tayang yang dari LSN je la eh. Yang dekat rumah aku malu nak tayang Meja pon tak ada lagi. Aku letak mesin jahit tepi tu atas rak beli kat Giant dulu-dulu masa bujang. Mesin jahit lurus tu baru semalam rasmi. Letak atas almari dapur. HAHAHA. Kerusi pon tak ada kau tahu? Aku pakai kotak mesin ni lepas tu letak conforter bagi tebal sikit. Mana tak sakit pinggang aku menjahit. Tak pe la. bak kata mak aku "Pelan-pelan kayuh la dik"

Memang tengah pelan la ni mak. Hik Hik Hik

with❤:izan®

Friday, October 04, 2013

Hari-hari Alan ceramahkan aku.

Hai,

Minggu ni dua ketul je la entry aku. Ni pon curi-curi masa nak siapkan kerja sambil update. Kalau buat kerja office memanjang mengantuk. Baca blog orang,   update blog segar bugar biji mata aku ni. Sampai nak terjojol keluar pon boleh.

Minggu ni dua hari aku balik lambat. Semua gara-gara aku tak sempat nak keluar waktu lunch nak pos CurveShawl korang tu. Last-last aku pergi time balik. Jam enam baru nak meredah jem masuk pos laju Bangi tu ha. Tu pon nasib tak ramai orang kat situ. Padahal ada je dekat dengan office aku ni. Tapi adalah lebih baik aku ke Bangi, jauh lebih sikit dalam 10 minit dari nak pergi pos laju dekat office aku ni nak redah jem sampai 20minit. Padahal kalau ko masukkan alamat dalam Waze, 7 minit sahaja!



Ceramah 1.
Lepas tu semalam lepas makan malam, Alan bising-bising.

Lepas ni awak tak payah la pos. biar abang pergi.

Kenapa?

Sian awak. Dah la balik kul 6 nak pergi pos lagi.

Dah tu. Takkan abang nak pos. Nak ke bungkus sambil repair kapal?

Tak nak. 

HAHAHA. Tahu dia tak nak. Yela-yela, lepas ni aku guna perkhidmatan pick up. Kena register account dengan Pos Laju dulu. Senang sikit kerja aku. Dah buat dua kerja satu masa macam ni la jadinya.


Ceramah 2
Kalau aku masak lama-lama kat dapur kan. Nanti Alan datang jenguk. Kalau dia dah jenguk aku apa lagi. 

Abang, kupaskan bawang.

Abang, kupaskan kentang.

Ala-ala. Tak pandai. Cuba awak demo dulu.

Karang aku dah demo mula la sampai siap aku buat. Pandai sangat laki aku tu. HAHAHA. Tapi selalu Alan tolong je. Cuma lambat. Sampai dah nak hangit kari aku baru siap kentang nya.

Pastu kalau dia lepak kat depan tv. Aku suka jerit-jerit panggil dia. 

Abang, nak air apa.
Abang, sampah ni buangkan.
Abang itu Abang ini.

Memang kena la aku lepas tu.

Awak kan, cuba kalau nak panggil saya pergi depan. Cakap slow-slow. Jangan la jerit. Tak elok tahu. Jiran dengar.

Kedepek kena.

Ceramah 3.
Ada satu pagi tu kitorang dua-dua bangun lambat. Aku suka tidur bahagian katil yang dekat dengan side table. Sebab senang nak snooze kan handphone. Memang tabiat aku. 3 kali bunyi baru nak bangun. Sekali hari rabu haritu. Aku pergi tutup terus bunyi tu. Bukan snooze. Pukul 6.50 baru Alan gerak aku tanya dah pukul berapa. 

Dah rupa lipas kudung dua-dua bangun mandi pastu solat subuh pon dah subuh gajah. HUHU. Memang lambat la Alan pergi kerja pagi tu. Air pon tak nak dah.

Dia ceramahkan lagi aku.

Lepas ni abang tidur bahagian luar katil. Senang nak jaga handphone kalau bunyi. 

HAHAHAHA.

Dah memang salah aku. Kahwin ni baru la tahu perangai sebenar. Kuat tidur ke idok. Bangun lewat ke idok. Masak sedap ke idok. Tapi suami isteri kena la tolak ansur dan bantu membantu.

I Love you Alan.

with❤:izan®

Thursday, October 03, 2013

Sofa dah sampai!

Hai,

Ingat tak pasal sofa ayah mertua aku belanja haritu?
Dah sampai dah. HAHAHA. Baru sampai kata kau. Isnin haritu. Sabar je la aku ni. Janji Isnin minggu lepas. Sekali Isnin ni baru dapat. Lepas tu sampai time aku tengok I Love U Mr Arrogant pula tu. Tu yang lagi sakit hati tu. Menggangu aku nak berangan. 

Masa sampai tu, Alan pergi main bola. Aku sorang-sorang je kat rumah. Maghrib pula tu kan. Yang hantar seorang uncle cina seorang lelaki muda melayu. Godang-godang pulak tu. Mengucap panjang aku jemput diorang masuk rumah. Siap plan dalam hati kalau diorang nak apa-apa kan aku aku nak jerit kuat-kuat. Diorang masuk isi sofa dalam rumah aku duduk kat luar rumah. Sambil tinjau-tinjau dari luar. HAHAHA

Tq ayah suami ku. Lain kali belanja meja makan pula ye. Ayah mertua aku ni jenis nak masuk umah tu kena complete semua. Ada barang-barang asasnya. Sebab tu dia rimas tengok rumah kitorang kosong je. Baru kahwin kan, paham-paham la. Nanti dah setahun insyaAllah complete rumah ni ye ayah.

Ni ha rupa sofa dibelanja mertua. Hik Hik Hik. 



Anggap sahaja shawl-shawl tu tak ada. HAHAHA. Dah ada meja and sofa baru memang aku buat kerja semua kat situ. Nampak tak sofa hitam kat pintu tu?

"Sayang jom angkat sofa buruk ni letak luar?"

"Biarlah letak kat pintu, Boleh buat duduk pakai kasut"

Sayang pula aku nak buang sofa buruk tu. HAHAHA


with❤:izan®

Tuesday, October 01, 2013

Gembira tak terhingga.

Hai, 

Sabtu ahad lepas aku balik johor. Isnin semalam saja ambil cuti. Alan ambil cuti hari Jumaat. Lepas tu dia tahu aku cuti Isnin terus MC. Kaki dia yang operate haritu kan tak berapa nak elok lagi. Sabtu Ahad dia saja yang drive. Aku nak tukar-tukar dia tak bagi. Ha, rasakan la. 

Sebab semalam 2-2 cuti aku ajak Alan pergi cari mesi jahit idaman tu. Hahahaha. Bagus sangat bini macam ni. Padahal semalam aku mana gaji lagi. Hari ni baru masuk. Duit laki ku la yang ku kikis-kikis.

Dah dapat mesin jahit tepi dan mesin jahit lurus hati ni punya la mencanak riangnya. Rasa macam berkobar-kobar sungguh nak menjahit langsir dan baju sendiri. Cerita pasal mesin jahit ni nanti la aku bagi special edition punya entry.

On the way nak balik dari beli mesin jahit semalam dapat call dari kedai perabot kata nak hantar sofa. Baru nak hantar kau. Dari Sabtu lepas aku order. Sampai rumah dalam pukul 4 lebih macam tu. Alan kelam kabut bersiap nak pergi main bola. Aku lantakkan aje. Sakit kaki pastu ada hati nak main bola. Malam karang cari aku. Hahahaha

Dah jam 7 lebih masa aku tangok cerita I Love U Mr Arrogant la baru sofa nak sampai. Kacau betul. Entry sofa pon nanti la kasi masuk. Sekarang lapar and malas. 

p/s: kite dapat mesin jahit mahal secara tiba-tiba. Hik Hik Hik

with❤:izan®