Followers

Friday, October 18, 2013

Bagaimana mendatangkan semangat nak update blog.

Hai,





Kalau nak kira dari awal-awal aku main blog tahun ni lah tahun paling rajin aku update blog dalam sejarah kehidupan blog aku ni. Since 2009 sekarang dah 2013. Huyyo, dah nak masuk 4 tahun main blog tapi follower duk takat 300 tu je lah. Hik hik. Macam mana korang main blog follower sampai ribu riban tu. I is tak pandai lah nak kumpul-kumpul follower ramai-ramai ni. Tapi bila tengok statistik viewer sehari lebih je dari 700 view.

Ke ramai yang baca blog aku senyap-senyap tanpa follow? Ke seorang viewer tu jengah blog aku 2 or 3 kali sehari? Lantak lah, janji ade juga yang baca, ini yang menaikkan semangat saya untuk men-update blog setiap hari. *tiba-tiba guna saya*. Aku pon tak paham macam mana statistik view blogspot dikira. Nak kena buat study case rasanya ni.

Pernah dulu masa zaman aku kerja kat 7E boleh kira dengan jari kaki je berapa entry aku update. Masa tu kat office tak boleh bukan internet suka-suka hati macam sekarang. Lepas tu balik rumah dah penat nak update blog bagai. Adala la dalam setahun kehidupan aku macam tu. Terus rasa macam "weyh, mana life aku ni mana?" . Aku paling tak suka kalau kena kerja lebih masa. Sebab aku nak rasa relek-relek kat rumah sambil jahit shawl macam sekarang. Boleh like Imtinan Collection untuk shawl labuh menutup dada *tiap entry aku nak promote* HAHAHA

So, nak kumpul balik semangat untuk update entry setiap hari macam zaman dekat uni bukanlah perkara mudah. Sampai kena solat hajat kau tahu. *tipulah ini*. 

Salah satu caranya, aku baca balik entry lama-lama. Mana entry yang bergantungan sampai ke sudah tiada penamat aku tamatkan entry tersebut. Macam entry HIMMA yang aku start pada tahun 2011 dan baru sahaja tamat masa aku kahwin haritu. Fuhhhh, ini kalau anak-anak (insyaAllah) aku baca mahunya pening dan menyampah, punyalah lama nak sambung bagi tamat.

Cara ke-dua, aku akan jenguk-jenguk blog insipirasi jiwa kalbu macam blog Nurulism, Sepet88, Namee Roslan (baru je follow, sebelum ni pembanca hantu) dan beberapa yang lain. Yang aku listkan ni adalah blog wajib kunjung tiap hari. Kalau tak update pon aku akan baca entry lama-lama diorang. Lepas tu semangat nak update tu datang bagai puting beliung. Terus update!

Ketiga, aku akan godek-godek gambar dalam handphone or camera aku. Tengok gambar mana yang aku belum cerita dalam blog. Bak kata yuna "setiap gambar ada ceritanya" lebih kurang la kan. Malas aku nak google phrase yang betul. Walaupon cerita tu lapanploh tahun lepas, kalau belum cerita dalam blog, kau sumbatkan aje. Bohong lah lapanploh tahun. Umur baru enambelas je kan. Pffftttt.

Kalau tiga-tiga cara diatas masih tak mampu buat aku rasa nak update tu memang dah kira penyakit L tahap ke empat orang kata. Lazy loser loser loserrrrrrr gila. Kena pergi bomoh pulih semangat kot untuk pulihkan semangat nak update blog.

Terima kasih kerana membaca sampai habis. 

Membaca dengan tekun pula tu.

I respect sama u.

with❤:izan®

3 comments :

  1. Izan, org lagi teruk, follower tak sampai seratus pun, kagum jugak caner org lain boleh dpt beribu-ribu, dalam masa sekejap jek... hehe, tapi memg tengok rajin betul awak update..huhu... apa rahsia viewers awk byk nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan muna. Izan tgk blog budak2 sekolah je pon dah 2k follower dia. Jeles tiba-tiba. HAHAHA. Tq for leave me comment :)

      p/s: Muna cute!

      Delete
  2. tula kan..kalau tgk blogger2 femes tu beribu riban..giler la..hebat dorg nie..kita setakat blogger suam2 kuku jer..hehe..

    ReplyDelete

leave me some words ;)