Followers

Friday, October 04, 2013

Hari-hari Alan ceramahkan aku.

Hai,

Minggu ni dua ketul je la entry aku. Ni pon curi-curi masa nak siapkan kerja sambil update. Kalau buat kerja office memanjang mengantuk. Baca blog orang,   update blog segar bugar biji mata aku ni. Sampai nak terjojol keluar pon boleh.

Minggu ni dua hari aku balik lambat. Semua gara-gara aku tak sempat nak keluar waktu lunch nak pos CurveShawl korang tu. Last-last aku pergi time balik. Jam enam baru nak meredah jem masuk pos laju Bangi tu ha. Tu pon nasib tak ramai orang kat situ. Padahal ada je dekat dengan office aku ni. Tapi adalah lebih baik aku ke Bangi, jauh lebih sikit dalam 10 minit dari nak pergi pos laju dekat office aku ni nak redah jem sampai 20minit. Padahal kalau ko masukkan alamat dalam Waze, 7 minit sahaja!



Ceramah 1.
Lepas tu semalam lepas makan malam, Alan bising-bising.

Lepas ni awak tak payah la pos. biar abang pergi.

Kenapa?

Sian awak. Dah la balik kul 6 nak pergi pos lagi.

Dah tu. Takkan abang nak pos. Nak ke bungkus sambil repair kapal?

Tak nak. 

HAHAHA. Tahu dia tak nak. Yela-yela, lepas ni aku guna perkhidmatan pick up. Kena register account dengan Pos Laju dulu. Senang sikit kerja aku. Dah buat dua kerja satu masa macam ni la jadinya.


Ceramah 2
Kalau aku masak lama-lama kat dapur kan. Nanti Alan datang jenguk. Kalau dia dah jenguk aku apa lagi. 

Abang, kupaskan bawang.

Abang, kupaskan kentang.

Ala-ala. Tak pandai. Cuba awak demo dulu.

Karang aku dah demo mula la sampai siap aku buat. Pandai sangat laki aku tu. HAHAHA. Tapi selalu Alan tolong je. Cuma lambat. Sampai dah nak hangit kari aku baru siap kentang nya.

Pastu kalau dia lepak kat depan tv. Aku suka jerit-jerit panggil dia. 

Abang, nak air apa.
Abang, sampah ni buangkan.
Abang itu Abang ini.

Memang kena la aku lepas tu.

Awak kan, cuba kalau nak panggil saya pergi depan. Cakap slow-slow. Jangan la jerit. Tak elok tahu. Jiran dengar.

Kedepek kena.

Ceramah 3.
Ada satu pagi tu kitorang dua-dua bangun lambat. Aku suka tidur bahagian katil yang dekat dengan side table. Sebab senang nak snooze kan handphone. Memang tabiat aku. 3 kali bunyi baru nak bangun. Sekali hari rabu haritu. Aku pergi tutup terus bunyi tu. Bukan snooze. Pukul 6.50 baru Alan gerak aku tanya dah pukul berapa. 

Dah rupa lipas kudung dua-dua bangun mandi pastu solat subuh pon dah subuh gajah. HUHU. Memang lambat la Alan pergi kerja pagi tu. Air pon tak nak dah.

Dia ceramahkan lagi aku.

Lepas ni abang tidur bahagian luar katil. Senang nak jaga handphone kalau bunyi. 

HAHAHAHA.

Dah memang salah aku. Kahwin ni baru la tahu perangai sebenar. Kuat tidur ke idok. Bangun lewat ke idok. Masak sedap ke idok. Tapi suami isteri kena la tolak ansur dan bantu membantu.

I Love you Alan.

with❤:izan®

5 comments :

  1. BETUL.. DAH KAWEN BARU TAU WARNA SEBENAR.. KOKO KA PUTIH KA.. HEHE

    ReplyDelete
  2. salam saudari izan, ni just pendapat sy.. true or tidak terpulang pada izan

    hal dlm rumah tangga, takyah crita dkt blog public, sbb maybe ade antara issues tu sensitive sbb memalukan si suami, takut kalo die marah nanti syurga awak di bwh tapak kaki die kan?

    minta bincang elok2 or crita la dgn kadar yg berlapik.

    saje2 stalk

    exschoolmate

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for concern.

      insyaAllah apa yang izan tulis Alan baca. and i will always ask him either its hurt his feeling or not. maybe awak baca dalam intonasi marah . Cuba baca dalam intonasi romantik insyaAllah entry ini tidak biadap jadinya.

      Exschoolmate :)

      Delete

leave me some words ;)