Followers

Thursday, October 24, 2013

Imtinan Collection.

Hai. 

Baru nak buat official entry pasal bisnes kecilan aku ni. 

Actualy sebelum ni aku ada je menjual macam-macam tapi tak da la nak take serius bagai. Tak da pon daftar dengan SSM ke apa ke. Tapi bila dah kahwin and bercampur dengan minat aku terhadap mesin jahit *gara-gara geram dress dan shawl lawa-lawa* aku macam nak buat benda ni jadi serius. Kot mana tahu nanti dapat buka kedai sendiri. Kalau tak dapat buka kedai pon, dapat bekerja sendiri. *anganku tinggi menggunung*

So, aku ajak Alan menjadi bisnes partner a.k.a life partner yang ni semua orang tahu. Laki ku selaku director and aku sebagai pekerja bawahan. Tukang jahit merangkap bini sepenuh masa. HAHAHA. Justeru itu *skema nye la hai* aku daftarkan sebuah perniagaan dan wujudlah Imtinan Collection. Siapa belum like boleh la like Imtinan Collection. Tak beli pon tak apa. Like je tanda sokongan. Sesungguhnya kalau korang like Imtinan Collection aku akan rasa macam YaAllah kenapalah kawan-kawan aku ni baik hati semuanya.



Imtinan Collection, wujud atas hasil aku percaya kalau aku usaha insyaAllah orang akan suka. Aku suka pakai shawl. Kenapa aku tak nak share dengan korang? So, apa yang aku suka je aku jual. kalau korang minta benda yang aku tak suka, aku kena pikir samada nak buat ke tak. Kemungkinan untuk aku tak buat benda yang aku tak suka adalah sangat tinggi. Tapi kalau aku cuba untuk suka, mungkin aku akan cuba untuk jual. Tapi ini hanya kemungkinan. *boleh memeningkan orang yang membaca sambil lewa*

Imtinan Collection membawa maksud Anugerah. Aku rasa kita dah patut syukur panjang dengan anugerah Allah yang kita ada sekarang. So, aku rasa macam nak pelihara Anugerah tu kena ada cara yang betul. *even aku sendiri tak betul kadang-kadang*. 

Sebelum jadi lebih panjang macam ustazah tak bertauliah. Sila lahhhhhhhhhhh like Imtinan Collection tanda anda membantu sesama insan. 

Terima kasih kerana membaca. 

with❤:izan®

4 comments :

  1. Nasib anda lah cik izan, cik meng tak nak pakai shawl, kalau tak dah abis semua shawl acan borong. Hahahha

    ReplyDelete
  2. Haiiii.. salam kenal yea...
    Done follow sini no. 365
    Jom follow me back.. heeeee..
    Leh saling kunjung mengunjung pasni...
    http://tengkubutang.blogspot.com/ dan
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nak amek ejen tlg jualkan shawl x? klu nk sy berminat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email ke izan.s89@gmail.com :) Saya dah ada 2 orang agent bawah saya :)

      Delete

leave me some words ;)