Followers

Monday, February 08, 2010

from her to him

"where is the love? here dear..here, there is inside my heart.."

ayat yang tak da kena mengena dengan entry. hahaha. apa kes kau izan tiba-tiba nak gelak bagai ni. biarlah. hari ni ahad kan? eh-eh lupa. isnin dah la. cuma aku berasa ahad disebabkan ketiadaan kelas di hari isnin.kenapa macam malu-malu nak mentaip ni. baru 3 hari tidak update sudah kekontangan idea kah? nak kena bagi surat tunjuk sebab juga kah kenapa aku bercuti 3 hari dari mentaip apa-apa di sini. ada orang mintak ka izan? tak da kan? so blahhhhhh...

kita mula dengan sabtu okey;

sabtu seperti biasa. penuh dengan kasih sayang pada pagi sabtu. menjadi geram bila kejut mr.izan but dia tetap tak nak bangun. ops! ini bukan bermaksud kami tidur berkongsikan bantal dan tilam. ala,macam korang la juga kan. "awak,esok kejutkan saya subuh eh" ok dear,insyaALLAH" ha,sms-sms ja okey. selalu dia yang kejut aku. sebab balik kerja pukul 6.45 pagi tu,terus kejut aku. tapi hari minggu aku la kena take over.

bila dah rasa macam bengang dengan kasih sayang di pagi hari kerana tidak berjaya kejut mr.izan,terus ke kelas koke. tapi duduk dalam kelas koke pon macam kumbang kesejukan ja. serius aku kata,lecture hall tu memang sejuk dan membeku. tapi lecturer yang duduk mensyarah di depan cool je. dia tak cold ke? hayyan bagitaw,yang bahagian depan tu menang takkan rasa kesejukan. and kitorang tak tahu kenapa. patut la beliau boleh menceramah dengan selamba ya ya ja. kitorang ni nak sebut ya ya pon tak boleh. inikan pula nak berlagak selamba..

tepat kul 10.30pagi. rasa macam nak terus lompat keluar. dah lupa la tu sebab asyik nak tanya ja kan. buat apa kau nak lompat izan? buat apa? bukan sebab sejuk la. kan dah ada janji temu sama amalina. siap gelabah beruk nak pakai apa,nak make up cam mana,seluar apa. nak cakap apa bila jumpa amalina nanti. sekali dah jumpa. duduk-duduk sahaja dan borak,borak,borakkkkkkkk.... sangat rindu nak borak dengan kau lagi ama,cam sekejap sangat nak cerita semua benda. nanti bila-bila kita jumpa lagi ok?

dan ahad?

ngedate sama mr.izan! yeay! hahaha.gedik ok aku paksa-paksa nak jumpa. cakap rindu la hape la. nasib dia tak....kruk,krak,kruk,krak...erk,lapar. gtg. bila lapar tak boleh fikir apa-apa lagi dah. selain makan. esok la eh sambung. boleh?

salahkan perut aku. dia yang lapar.




3 comments :

leave me some words ;)