Followers

Thursday, February 25, 2010

homework done!

acancapix dengan jayanya mengetag aku untuk buat ini post.
Baru nak rehat blogging. Muahaha... Layan...

(p/s: acan,i plagiat sebijik-sebijik macam ayat u dalam entry ni. boleh kan? malas nak taip semula. hik hik hik)


****************************************

Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random
things,
facts,
habits,
or goals
about you.
At the end, choose 5 people to be tag

*****************************************



#1. Aku anak bongsu dari 5 beradik.that why nama i kat rumah adik.


#2. Kedua ibu bapa aku orang melayu, jadi aku berdarah melayu tulen.bukan chinese or chinese look pon bukan. mualaf lagi la bukan.


#3. Aku dilahirkan di Hospital Besar Tapah, perak, jadi secara automatik aku orang bumi Malaysia bukannya Marikh,Pluto mahupon Johor. johor? ok tak da kaitan. blah cepat-cepat sebelum orang tanya lebih-lebih.


#4. Kedua ibu bapa aku tinggal di kampung yang sama, dan jarak rumah mereka berdua ialah selang dua tiga kampung sahaja. ayah di kampung parit kasa,mak di kampung kedah,parit buntar perak. cara nak sebut parit buntar is parit buntaq.


#5. Sekarang aku belajar di UKM.


#6. Aku sangat suka MAKAN dan TIDUR.


#7. Dari kecik aku minat makan dan tidur.


#8. Lately aku menjadi semakin minat dengan makan dan tidur.


#7. Aku mempunyai sebuah mototrsikal yang bernama tembam ku cantik seperti izan.

#8. Aku mempunyai lesen memandu yang belum kompeten untuk kelas B2 dan D. lesen beras dan gula hj.salleh ja ada.


#9. Aliran musik lebih kepada hindie dan bukan indie band seperti kegemaran acan, tapi aku tak memilih sangat. Kalau sedap lagu siam pun aku layan.


#10. Kalau pergi karaoke aku mesti pilih lagu english sebab suara aku boleh buat ala-ala cam mariah carey or masak lemak kari ikan bilis tu. hohohohoooooo...TAK DA KENA MENGENA.

#11. Aku seorang pengguna cermin mata (erti kata lain, rabun), tapi aku jarang guna sebab aku menggunakan khidmat kanta lekap a.k.a contact lens. (omai,same as me la acannnnnnn ;P)


#12. lansung tidak boleh bermain apa-apa alat musik,termasuklah gitar mahupun kompang.


#13. Dulu aku suka melukis orang lidi, boleh jugak la jadinya aku melukis orang lidi, tapi sekarang dah malas. Macam makin teruk je lukisan aku. sebab lukisan orang lidi dan jadi real in 3D plak aku rasa lukisan aku tu. hahaha


#14. Kalau orang mula-mula kenal aku mesti cakap aku poyo+sombong+tak friendly+serius. bila lama kenal orang akan kata aku ni tak poyo+tak sombong+friendly+tak serius.


#15. Aku pemalu untuk memulakan perkenalan. Kalau ada orang tegur dulu, kalau macam ngam ja, akan menjadi satu perbualan yang hiruk pikuk. (oleh kerana copy dari acan so ini adalah fakta terbalik)


#16. Masa kecik-kecik aku merupakan seorang yang penakut dan cembeng. sebab tu sekarang pon sama. cembeng menurut kamus acan in kuat menangis. tapi sekarang aku tak nangis kuat-kuat. nangis slow2 ja bawah selimut.


#17. Aku bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara,Serting,Negeri Sembilan bagi sesi 2005-2006.


#18. Aku dibesarkan di Felda Trolak Selatan,Sungkai,Perak.


#19. Selaku bukan orang Negeri Sembilan, masakan favourite aku ialah nasi yang ditanak. Letak la kicap ke, kicap ke, kicap ke, tak kisah, janji kuahnya kicap. Kompom aku sebat sampai licin.


#20. Dari form 5 sampai sekarang, berat aku still maintain 48kg.


#21. Tahun ini aku berumur 21 tahun.


#22. Aku masih baru lagi dalam arena blogging ni, baru je start bulan FEBRUARI 2009.


#23. Aku suka berjalan, camping, trekking, makan, blogging, ambik gambar, tengok movie, mengarut, dan mendengar lagu. (ni kes tag suruh sampai 23 je, kalau tak berderet lagi aku tulis.)

OK,ACAN. I DAH BUAT TAG U ;)



1 comment :

  1. jawapan no.2 ngan 3 takleh blah. tak marah lak mr izan? haha...
    weh, tiru habis ni... takleh blah tul...huhu...

    ReplyDelete

leave me some words ;)