Followers

Thursday, June 17, 2010

spageti goreng kampung

bahan-bahan :

  1. sebiji bawang besar potong dadu, walaupun tak boleh jadi dadu, anda kena usaha sampai jadi dadu.
  2. 3 ulas bawang putih.
  3. ikan bilis yang sudah diserbukkan di rumah.
  4. 2 sosej yang telah di potong halus-halus.
  5. perencah nasi goreng ADABI.
  6. spageti, untuk 3 orang makan.
cara menyediakan nya :

  1. pastikan spageti telah di rebus dan ditoskan.
  2. tumis bawang putih dengan bawang besar sampai naik bau.
  3. masukkan ikan bilis yang telah diserbukkan di rumah.
  4. masukkan perencah nasi goreng ADABI.
  5. masukkan sosej yang telah di potong halus.
  6. masukkan spageti.
dan SIAP ;))


aku sertakan contoh perencah nasi goreng yang digunakan. mudah, cepat dan sedap.



penjimatan harus di amalkan bila-bila masa. bila berkongsi makan dalam satu bekas yang sama, bukan sahaja boleh merapatkan silaturrahim, malah jimat air dan sabun cuci pinggan ;))

hasil dari makan makanan berkhasiat sepanjang malam, anda akan mendapat kesihatan tubuh badan yang sihat. kalau tidak percaya, lihat sahaja model kami di bawah ini. bukan sahaja sihat, malah gagah dan berani.


apa? nak tambah dengan pujian COMEL? okey, model kami kali ini kata beliau terima pujian tersebut ;))

with❤:izan®

8 comments :

  1. wah..
    ade gaks ek?
    bagus2!

    ReplyDelete
  2. salam uit!haha
    asal msk blog ko je..mesti psl mkn..
    aku da kenyang pon jd lapo blek..hak3
    btw, aku rse ko dah salah kos ni..
    patut amek chef tw..hehe *kidding2 wee~

    ReplyDelete
  3. jantan keparat : ada, kalau pandai reka dan cipta macam-macam ada ;) hahahaha

    ReplyDelete
  4. acan : nak cari calon mak mertua memang kena selalu cerita pasal resepi. kononnya boleh jadi menantu pilihan ;))

    ReplyDelete
  5. keyna : aku pon rasa aku kena tukar kos sekarang juga. kos psiko org bg jadi lapar. hahahaha ;))

    ReplyDelete
  6. amalina : apa kata ko try and error kat rumah tu ma. hik hik hik

    ReplyDelete

leave me some words ;)