Followers

Tuesday, August 31, 2010

today is merdeka day!

alhamdulillah. sempat juga aku merasai nikmat 53 tahun MALAYSIA MERDEKA. masih panjang umur. masih dimudahkan perjalanan hidup dan masih boleh menikmati nikmat di bumI MALAYSIA ini. tapi sebenarnya kan, aku hampir-hampir lupa yang hari ni 31 ogos. sebab aku kan menghadapi 2 paper semalam. aku ingat bulan ni bukan bulan ogos. bulan september. dan esok baru masuk 1 haribulan. hampir-hampir aku ingat yang esok aku ade paper teori organisasi pula. nasib la laila ingatkan aku yang semalam 30 hb ogos dan hari ni 31 ogos. hari MERDEKA! dan esok baru paper teori organisasi. HAHAHA. sumpah kena buang negara kalau aku boleh lupa lagi lepas ni.

orang lain sibuk plan nak pi sambut MERDEKA dekat mana since petang semalam, aku pulak sibuk plan macam mana nak ingat semua information system digunakan di dalam pelbagai industri di MALAYSIA ni. haish! bekorban sungguh la bila ada paper malam MERDEKA ni. tak pe ini pon dikira menghayati KEMERDEKAAN. habis je paper MIS malam tadi MERDEKA la sikit kan hati aku ni. sikit je la. sebab esok ade lagi satu paper. cis! cis! cis! suka sungguh ni...nampak kan muka suka sungguh aku ni...

dah-dah, mira ajak aku pi jenjalan. erk, esok exam kul 5 petang. so kasi chance la sikit aku menghayati MERDEKA jangan la asyik nak suruh aku menghadap buku 24 jam. kang aku jadi buku sapa nak taip entry? kan dah rindu plak kat aku. korang la ni yang salah! haip! biasa ni.

babai!

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)