Hai, Salam.
Aku menaip entry dalam keadaan yang gembira sangat. Sekarang balik kerja jam 6 petang jam 6.40 ptg dah sampai rumah. Balik tolong nana masak, makan sambil tengok drama Fasha Sanda berlakon, then mandi rehat-rehat tengok berita, update blog and lastly tidur. Esok pula jam 8.30 am baru keluar rumah. Nikmatnya bekerja baru. So far aku bgai rating 7/10 untuk new job. HAHA
InshaAllah aku akan update atleast an entry a day. Ini pon bukan janji. Biasalah sebelum ni pon aku ade janji macam ni. Tapi haremmmmm. Sampai 2,3 bulan pon ade tak hupdate pape. Almaklum lah, orang bekerja ni memang busy. Okey, sila lah lempang.
So, the second time untuk check up braces tak lah mendebarkan sangat. Pergi klinik macam biasa, eh terlalu awal kot aku sampai. Dalam jam 9 pagi aku dah sampai. Padahal janjitemu jam 11.30. Konon pergi awal boleh potong que la kan. memang tidak ye anak-anak. Tetap jua jam 11.30 pagi bari turn bonda ni sampai ye. So, pergi makan KFC dulu kat bawah klinik. Nasib la ade KFC. Jam 11 aku masuk klinik balik, then nurse panggil. Semangatnya nak pasang braces sebelah bawah pula.
Tapi, tak pasang! Doktor kata dia tak puas hati lagi dengan susunan gigi belah atas. So, dia takkan pasang lagi sebelah bawah. Wait until the gigi memuaskan hati dia. Now, aku yang tak puas hati. Semangat gila dah den ni nak pasang yang bawah pula. Ikut je la cakap doktor. Jangan nak memandai-mandai kalau tak pandai. Oleh itu, nurse suruh aku pilih nak pakai band warna ape. Alan pesan pilih warna pink. Huh! asyik nama Alan je dalam entry braces aku kan. Muak? Kalau muak aku tulis NoorAzlan pula. HAHAHA
Here the pink braces on me.
|
besarnya lubang hidung, kalah biji mata. |
Semacam lain sikit kan muka aku. Orang kata pakai braces ni memang boleh menyebabkan muka berubah. Samada semasa pemakaian, ini memang la berubah. Bibir akan nampak macam bengkak sikit. Cara senyum pon lain. Dan selepas dah cabut braces pon mungkin muka kau akan berubah. Ini orang kata la. Bukan aku kata. Kalau nak tengok berubah ke tak, tunggu je la dua tahun lagi. Aku tempek muka aku kat dalam blog ni ha. Tu pon kalau blog ni masih wujud.
Tapi kan, pink make me look nice kan. HAHAHA. Sakit gigi tak seteruk masa 1st month. Kali ni rasa kebas sikit-sikit je one day after check up. Makan pon aku masih hentam saja apa ada depan mata. Sampai kadang-kadang terlupa aku pakai braces.
Sampai sini sahaja. Bulan depan baru update pasal braces. Bye you alls.
with❤:izan®