Followers

Thursday, June 21, 2012

Handsomenya Lelaki Itu

Hai, salam.

Seumur hidup aku aku kenal dengan seorang je lelaki yang aku anggap handsome dalam dunia ni. Macam mana eh aku nak gambarkan ke-handsome-man lelaki ni.

Aku mulakan dengan sifat fizikal dia dulu la. Tinggi ala-ala aku je. Aku 164 cm. Tapi lelaki tu dalam 167cm. Eceh, macam kena je kan. Lepas tu rambut ikal-ikal mayang. Lurus sangat pon tak kerinting pon bukan. Kulit cerah. Kalah aku okey. Mata sepet-sepet sikit. Anak mata sedikit brown. Aww! Sexy you. HAHA. Hidung mancung macam paruh burung. Melampau gambaran nya okey. Bibir? Erk, Merah You alls! Gigi putih dan sangat teratur.

Dari segi perwatakan pula. Agamanya cukup bagi aku. Solat tidak tinggal. Boleh kata tiap malam kau lelaki tu berjemaah maghrib di masjid. Solat Jumaat tak pernah la aku nampak lelaki tu tinggal. Semacam menjadi kewajipan bagi lelaki tu. Bab pergaulan, aku tak pernah nampak lelaki tu bertepuk tampaq dengan kaum bukan sejenis. Lelaki tu selalu senyum dulu sebelum aku senyum kat dia. Kalau aku ada buat salah kan. Mesti aku minta maaf beria-beria. Kalau lelaki tu nak marah, memang sungguh-sungguh dia marah aku. Tapi belum pernah sekali pon lelaki tu angkat tangan atas badan aku. Belum pernah sekali! Dan aku harap sampai hujung nyawa aku pon lelaki tu takkan pernah menyakiti batang tubuh ku.

Pemikiran lelaki itu sangat matang. Pandangan lelaki itu sangat kehadapan walaupon pelajarannya tidak tinggi. Namun ilmu agamanya amat aku kagum. Lelaki itu selalu menenangkan aku. Membantu dari segi kewangan. Kalau tak de duit, cari je lelaki itu. Pergh! Pemikiran lelaki itu tentang perniagaan sangat tajam. Pandai sungguh lelaki itu memberanakkan duit dan rezeki. Dari secupak beras sampai sebidang sawah. 

Aku berharap agar lelaki ini menjadi milik aku, hak aku dan kesayangan aku sampai akhirat.

Selamat Hari Ayah Hj Salleh!

Word cant describe you. Tak reti macam mana nak gambarkan betapa untungnya aku ada Hj. Salleh sebagai ayah. Kalau diberi sepuluh ayah yang lebih baik, aku tetap mahu Hj.Salleh. Sampai akhirat.

Anak manja. Serius aku terharu tengok gambar ni.

Lelaki itu dan wanita-wanita kesayangan.
Agak-agak muka aku macam muka ayah ke muka emak?

with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)