Followers

Friday, September 27, 2013

Rutin Masak untuk Alan.

Hai,

Hari Jumaat dah. Sekejap je. Minggu ni serius rasa macam sekejap sangat. Semenjak kahwin ni jadual semua dah berubah. Dulu hidup bujang ikut suka hati aku la nak hidup macam mana pon kan. Sekarang semua sikit-sikit abang, sikit-sikit abang. Benda boleh buat sendiri pon nak abang juga. HAHAHA

Kan aku ada ngadu-ngadu aku tak lepas lagi CCS level 147 haritu kan. Lepas tu 2 hari lepas masa aku nak main game tu, aku terperasan kenapa la tiba-tiba dah sampai level 152. Lepas tu terussssss wsap Alan.

"Abang mainkan CCS sayang eh?"

"Mana ada"

"dah tu takkan orang lain main, abang je la yang duk pegang-pegang handphone sayang"

"kenapa kata abang mainkan?"

"sebab semalam sayang tinggalkan ipad kat rumah"

HAHAHA. Ipad hantaran haritu kan kekonon aku bagi dekat Alan. Tapi dah rupa macam hak milik aku sepenuhnya. Fb acc, Instagram Acc, CCS dalam tu semua aku punya. Biasalah, taktik je nak bagi Alan, padahal aku yang nak guna. 



Baru lah Alan mengaku dia mainkan. TQ suami. Tapi hati ni still tak puas hati sebab nak juga rasa kepuasan lepaskan level 147 tu sendiri. Semalam aku main ada seketul je lagi nak lepas. Stress sampai tinggal handphone pergi dapur masak udang sambal. 

Semenjak kahwin ni, aku masak tiap hari. Kalau Alan kerja shift malam, aku masak lepas isyak. Pastu esok Alan ada kat rumah time siang dia panaskan je lauk aku masak malam tadi tu buat makan tengahari. Malam dia makan kat tempat kerja la kan, takkan nak berbekal bagai. Kalau Alan kerja siang, aku sampai je rumah kul 7 malam tu terus ketung ketang masak. Lepas isyak baru makan malam. Siang dia makan kat tempat kerja.

Tapi semalam aku is malas sangat nak masak. Alan kerja malam. Bangun pagi semalam aku pergi beli nasi kerabu before pergi kerja, tinggalkan atas meja. HAHAHA. Bagus sangat isteri macam ni. Tapi biasalah, dalam sebulan ada la sikit perasaan malas tu menjelma.

p/s: masak untuk Alan sambil baca-baca sikit. bagi dia sayang aku je. Fuh Fuh Fuhhhhhh. HAHAHA

with❤:izan®

Resepi Rojak Sayur Kuah Merah-Senang umpama 123

Hai,

Kali ni bukan resepi google eh. Ni resepi aku belajar dari emak.



Bahan-bahan.
3 biji telur
3 biji kentang
10 batang kacang panjang
1 biji sengkuang
Bawang goreang

Bahan untuk kuah
3 biji cili merah besar*
5 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 sudu udang kering*
Sos Cili
1 sudu tepung jagung
garam and gula

Cara-cara
1. Telur dan kentang rebus. Lepas tu kupas kulit kentang dan telur. Goreng telur rebus tadi dalam minyak. Kentang tadi potong kepada 2 bahagian dan goreng dalam minyak.
2. Kacang panjang celur je. Jangan lembik sangat. Nanti tak sedap.
3. Sengkuang potong panjang-panjang.

Cara untuk kuah.
1. Kisar bahan bertanda*. Tumiskan tanpa minyak sampai naik bau.
2. Masukkan air dan sikit sos cili. masukkan garam dan gula.
3. Bancuh 1 sudu tepung gandum dan masukkan selepas bahan-bahan tadi mendidih.

Al kisah masa aku masak Rojak Sayur ni kitorang nak keluar tengahari tu. Nak persi UTC nak daftar bisnes cipotet aku yang duk jual shawl tu kan. Dah la bangun lambat. Kul 9 baru aku bangun. Lepas tu ada hati nak makan rojak bagai. Aku pikir perut aku je haritu. Perut laki aku yang mendambakan nasi tu langsung aku tak pikir. Ye la, kan dah nak tengahari.

Dah siap-siap masak aku kejut la Alan suruh bangun. Laki aku tu lagi la, kalau tak dikejut dia membuta je hari-hari cuti ni. HAHAHA. Tapi aku suka je Alan membuta, boleh aku membuta sama. HAHA

Hidang la dekat Alan, lepas tu boleh dia tanya.

"Apa ni sayang? Makan macam ni je ke?
*Padahal baru minggu sudah tu mak aku masak kat rumah trolak masa dia ada*

"Rojak Sayur la, macam mak buat haritu"

"Owh"
*Makan sikitttttt je*

Lepas tu dia bagi kat aku suruh habiskan. Dalam hati i yang tadi kembang setaman menjamu laki sendiri ni terus kecut macam tudung hangit kena iron. Terus sentap. Entah kenapa mood aku hari tu dia punya swing macam puting beliung. Nasib Alan jenis dia bila aku bebel-bebel dia wat derk je. Dia tunggu aku reda sikit baru dia pujuk. Tahap pujuk tu memang wa tangkap leleh. HAHAHA

Malas ah citer lebih-lebih. Nanti aku malu sendiri.

p/s: Asyik entry makan je.

with❤:izan®

Thursday, September 26, 2013

Resepi cucur cempedak rangup-Call mak minta resepi

Hai,

Hadap la korang hari ni cerita pasal resepi je. Kali ni betul aku buat sendiri. Tak beli yang instant dah. Marah korang eh, cerita resepi pancake pakai pancake instant. Hik Hik Hik

Hari Selasa minggu lepas adik ipar aku pergi interview kemas kat Melaka. So, ayah mertua aku turun Melaka tunjukkan jalan untuk adik ipar aku pergi interview. Lepas tu mak mertua kirimkan cempedak. Dua biji pula tu. 

Dari hari selasa, masa hari sabtu baru teringat nak buat cucur cempedak. Tu pon teringat sebab nampak cucur cempedak tepi jalan. Nak masak benda lain aku tak pandai. Cucur cempedak je la aku tahu. Tahu tahu aku pon kena call emak untuk mintak kepastian.

"mak, nak resepi cucur cempedak"

"pakai tepung beras la"*cakap kuat-kuat dalam telepon, saja lettew nak bagi ayah aku dengar*

"mak-mak, cakap la slow sikit. Malu ar minta resepi senang. HAHAHA"

"okey-okey. 1 cawan tepung beras, 1/2 cawan tepung gandum, kapur makan sikit, garam sikit. Bancuh dengan air sejuk" *sambil dengar ayah aku duk tanya-tanya aku minta apa*

"Okey mak Okey. nanti dah jadi adik bagi gambar dekat wsap acik"

Terus letak telepon ajak Alan singgah kedai beli kapur makan. Masa aku call mak aku tu duduk dalam kereta. Dengan Alan aku tak malu sangat kalau minta-minta resepi depan dia. Sebab dia tahu, aku bukannya hebat sangat bab masak ni. 

Nasib jadi cucur cempedak aku. Tapi sentap ada orang tanya, "Kuih ape tu Izan?" Tak de rupa cucur cempedak ke aku buat??? HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, September 25, 2013

Resepi Pancake paling senang didunia-Semudah ABC

Hai,

Hari Isnin hari tu balik rumah rasa nak makan pancake. Eleh pancake konon. Bahasa kampung lempeng je pon. HAHAHA

Aku ni jenis suka makan benda-benda yang senang and sedap. So, google-google la resepi pancake. Sekarang semua nak google. Kang kalau orang tanya ape nama makanan ko ni zan? Entah la, aku google. Senang je kan nama. Semua nama makanan aku kena letak Google. Pancake google nama kali ini. Hahaha. Macam harrrr je.

Hasil pancake aku. Nasib Alan telan je before pergi kerja.


So, mari kita mulakan. Resepi yang aku google ni adalah dari sini.

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sb gula
1sk soda bikarbonat
1 biji telur
200ml susu segar/susu cair
1 cawan air
3sb minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
secubit garam
Cara-Cara.

Kau masukkan semua bahan-bahan dan kacau. Serius. Ini adalah resepi paling mudah aku pernah jumpa. Tak payah ikut urutan. Kalau ada urutan masukkan bahan pon aku suka derhaka. Sama je kot. HAHAHA

Tapi kan, memandangkan rumah aku tak ada tepung nasik sendiri di campur dengan sifat malas. Aku beli je terus tepung pancake Nona ni ha. HAHAHA. Terus lawa pancake aku.



Lepas tu, aku suka makan dengan Syrup ni.


Senang kerja aku. Siap dah pon ha pancake pemalas. Nanti kalau aku dah buat ikut resepi diatas aku tayang lagi okey. Kali ni hasil daripada tepung pancake Nona je la aku tayang.

p/s: Dah rupa blog emak-emak. HAHAHA


with❤:izan®

Penangan CSS-Sampai sanggup bersengkang mata Bini orang ini.

Hai, 

Kalau korang perasan kan, tajuk entry aku sekarang semua nak letak Laki Bini la, Laki la, Bini la. Hik Hik Hik. Aku perasan je. Tapi yang aku paling perasan, kalau aku up cerita laki bini je berebut-berebut viewer blog ni. Suka eh aku cerita pasal Alan dalam ni? *terus rasa Alan lagi popular dari tuan bog*

Aku sekarang main satu game je dalam handphone tu. Game-game lain semua aku pandang sipi-sipi je. Kadang-kadang tak pandang langsung. Dalam jiwa raga aku sekarang ni Candy Crush Saga je. Aim bulan September adalah nak lepaskan level 147 yang shusyah gilew ittew. Stress I!

Masa kat office haritu,time aku ngah sibuk-sibuk buat kerja. Pastu Alan wsap aku.


Bertambah stress aku. Alan dah sampai mana-mana dia main CCS. aku je duk terkontang kanting level 147 ni ha!

Siapa ada tips nak lepaskan level ni tolonglahhhhh. Tolong diam! Aku nak usaha sendiri. *ambil handphone terus tungkus lumus main*

with❤:izan®

Tuesday, September 24, 2013

Nak balik kampung mana ni?-Laki bini kena tolak ansur.

Hai,

Aku kan dah kahwin. Orang dah kahwin ni mesti selalu gaduh nak balik kampung mana. Tapi aku dengan Alan tak de la gaduh-gaduh. Asalkan berjalan aku okey je. Rumah mak pak aku ke, rumah mak pak Alan ke. Sama je. 

Aku jenis tak panggil rumah mak ayah aku kampung. Sebab aku panggil rumah tok and tok wan aku kampung. Bagi aku kampung kena ada sawah padi. Baru namanya kampung. HAHAHA. Oleh tu aku panggil rumah mak ayah aku Trolak. Rumah parents Alan aku panggil Johor. Sebab rumah parents mertua aku pon bukannya kampung. Kan rumah kampung kena ada sawah padi. Paham tak ni??? *tetiba nak emo macam bini MatYo* 

Dari kahwin haritu baru sekali je aku balik Trolak. Ye la, Alan nama je cuti Sabtu Ahad. tapi selalu hari Ahad dia masuk kerja. Aku ni je Sabtu Ahad bongkang kat rumah. *bongkang adalah bermalas-malasan* Tapi aku suka je Sabtu Ahad kat rumah sendiri. Boleh rehat lama-lama. Sabtu Ahad ni je baru nak balik Johor. So, Jumaat ni Alan cuti. Aku cuti Isnin. Sebab belum pernah ambil cuti semenjak kerja. Aku apply la cuti sehari. Kang berdedikasi sangat diri ini. 

Memandangkan bulan ni balik Johor, so kemungkinan nak balik Trolak tu tipis.

Lepas tu tadi bunyi-bunyi dekat Alan.

"Kalau sayang balik Trolak seorang boleh tak?"

"Nak tinggalkan abang sorang-sorang" *holoh holoh holoh, homey hangat*

Pastu terus rasa macam berdosanyaaaaa cakap macam tu. 
Terus minta maaf. 

Ye la, aku kan jenis dah biasa balik Trolak tiap minggu masa bujang dulu. Paling tidak pon sebulan 2 kali aku balik. Kalau minggu ni aku tak dating, aku balik. Kalau dating tak balik. Tapi mostly aku balik la. Macam dah kebiasaan kena balik tiap bulan. Bila dah kahwin ni macam tak biasa je tak balik. Alan lain la, dia dah biasa tak balik Johor. I kan anak bongsu, haruslah selalu balik Trolak jumpa mak ayah. Hik Hik Hik

Tapi memandangkan dah kahwin ni, kena la tolak ansur. Takkan nak hidup macam zaman bujang. Kan dah berlaki. Bini kena la jaga laki. Laki kena la sayang bini. *suka guna laki bini, suami isteri kan lagi elok*

p/s: minggu ni pestime nak balik umah mertua. Haiyok. Apa nak masak. Kena google and hafal resepi kat my resepi dulu ni. 

with❤:izan®

Kenapa curve shawl tak siap-kesilapan teknikal dan kepercayaan.

Hai,

Aku nak minta maaf sangat-sangat. Malu nye rasa diri ini berjanji bahawasanya curve shawl akan siap this week. Nampaknya seperti awal bulan 10 baru siap la ye. Aku dah beli kain dari last week lagi. Dah siap potong malam tu jugak.

Tetapi kesilapan dari segi jahitan amat-amat dikesali. Maafkan saya. Maafkan saya. InsyaAllah aku cuba eh siapkan before 1st October. Demi korang-korang yang aku telah berjanji bahawasnya minggu ni siap, maafkan saya. Maafkan saya *hey, berapa kali maaf dah*

p/s: entry pendek-pendek je kalau dah buat salah. Gambar pon tak de. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, September 23, 2013

Cerita nak cari sofa L-Murah serendah bawah RM1000

Hai,

Kan hujung minggu ni aku duduk rumah je. Dalam hati ni membuak-buak je nak ajak Alan pergi Alamanda nak jalan-jalan, tengok wayang. Tapi memandangkan dua-dua belum bergaji, duduk rumah je la. Memandangkan dah tak kemana-mana, aku plan nak kemas la bilik belakang tu. Nak pindah baju-baju aku dengan Alan yang kat bilik tengah tu bawa pergi bilik belakang. Sebab macam kesian pula dengan adik Alan duduk bilik tengah tu dengan barang-barang kitorang.

Adik Alan duduk dengan kitorang sementara nak dapat panggilan cikgu kemas. Ada la teman aku kalau Alan kerja malam. Tapi tak de la teman sangat sebab dia kerja, sementara nak dapat kerja tetap ni. Bilik belakang tu penuh dengan barang-barang Alan dari rumah lama. Dia memang tak punggah langsung barang-barang dia. Kalau dia nak pakai baru dia pergi selongkar-selongkar kat bilik tu. Last-last aku rasa macam geram sangat tengok bilik tu dah macam stor, aku kemas la. Asing apa yang nak buang, apa nak simpan masuk kotak ke apa ke. 

Buat sambil masak lunch hari Sabtu haritu. Rehat kejap makan nasi dengan Alan, pastu aku masuk bilik belakang kekonon nak kemas la. Pastu Alan datang jenguk lepas dia balik solat zuhur dari masjid ajak aku pergi cari sofa.

Eh, bukan ke belum gaji dua-dua laki bini ni. Nak pergi cari sofa pula?

Ayah mertua nak belanja laaaaaaaa. HAHAHA. 

Gegas-gegas aku siap cun-cun. Padahal nak cari sofa je pon. Eleh, orang perempuan, bab shopping barang-barang umah memang lajuuuuuu jeeeeeee. Sekarang aku dah paham perasaan emak aku waktu beli perabot untuk rumah sendiri. HAHAHA



Bajet ayah mertua aku bagi bawah RM1000. Haruslah jenis kain yang boleh tukar sarung bukannya pvc dan tahan lama. Disebabkan hall rumah kitorang tak da la besar mana, So aku dengan Alan decide nak cari L shape je. Senang nak letak. Sebab hall rumah kitorang jenis memanjang. Kalau nak beli 3+2+1 sofa tu macam tak kena pula. Lagipon orang sekarang semua cari L shape je. Sonang.

Dah pilih hari sabtu haritu, terus balik rumah. Sebab tak berduit nak berjalan mana-mana lepas tu. Dating kat rumah je la laki bini ni. Nanti dah sampai sofa nya aku tayang. Bangga okey, rumah dah nak ada sofa. HAHAHA. Sebelum ni duduk sofa orang sebelum ni tinggalkan je. Sedih tau. Dah la koyak-koyak pastu keras pula tu. *nasib dia tinggalkan, kalau tak atas lantai je la tengok tv*

p/s : Siapa dah kahwin mesti paham. Bulan 1st lepas kahwin adalah bulan yang kena banyak bersabar. Duit memang menguji kecintaan, walaupon orang kata duit bukan segalanya*motif sangat nak bagi nasihat* HAHAHA

with❤:izan®

Saturday, September 21, 2013

Bagaimana Alan Merisik Aku?

Hai,

Hari ni sabtu. Tanjat tak titew update hari sabtu. Hik Hik Hik. Semalam ada orang tanya mana cerita Alan risik aku. Pastu baru teringat aku belum bagi entry tu. Okey-okey ni nak bagi ni. 

Aku baru perasan something dalam jiwa raga aku ni. Aku paling tak boleh kalau nak buat video-video bersuara ni. Kalau tgk video bersuara aku dekat instagram aku rasa nak delete je. Sebab tu aku buat video tutorial curve shawl dalam instagram tu bisu-bisu je. Sebab I is pemalu. HAHAHA

Cerita Alan pinang aku bermula. *gaya pengembaraan Saladin*

Alan bagitahu family dia nak kenal-kenal dengan family aku. So aku okey jela. Memang minggu yang family Alan nak datang tu aku nak balik Trolak. Aku pon bagitahu je la mak ayah aku yang family Alan nak datang. Mak ayah aku ajak adik beradik aku semua suruh balik makan tengahari kat rumah hari yang family Alan nak datang tu. Aku okey jela. Sebab memang tujuan nak kenal-kenal kan.

Adik-adik Alan nak mandi kat Hot Spring Klah pagi tu before pergi rumah aku. Ye la, dah alang-alang berjalan baik berjalan sungguh kan. Aku bawa la Acik, Esha and Aisy pergi Hot Spring Klah juga. Konon-konon nak teman family Alan mandi-mandi kat sana.

Aku pakai baju nak mandi je la pagi tu. Tapi tak mandi pon. Takat tengok-tengok Esha pastu pegang Aisy bagi dia main tepi tepi kolam je. Malu la I nak tunjuk perangai kuat mandi kolam I ni kat Family In Law. HAHAHAHA. Lepas dah siap-siap mandi bagai. Aku balik dulu sebab nak prepare lauk-lauk semua. Kan Family Alan nak datang kan.

Aku tanya la mak.

Mak, nak kena pakai baju kurung ke?

Tak payah. Pakai je baju sekarang ni. *tshirt buruk dengan seluar bunga-bunga*

Tak pe ke mak?

Tak pa aih, kan nak mai menyembang ja.

Aku kan anak yang tak menderhaka. Aku ikut je la ape mak aku cakap. HAHAHA

Sampai-sampai umah kelam kabut tolong mak aku hidang semua. Family Alan sampai pastu makan-makan. Lepas makan-makan ayah Alan borak-borak la dengan Mak Ayah aku. Adik-adik Alan mak aku jamu dengan durian and manggis. Aku dengan adik beradik lain duduk kat dapur je. Malas la aih nak join borak-borak hal orang tua ni. I kan pemalu. 

Lepas tu tiba-tiba mak pergi dapur bagi aku cincin. HAHAHA. Motip sangat kena risik dengan baju tidur! Ini semua salah mak. Salah makkkkkk. Tapi I ok je. Asalkan dapat cincin EMAS. *mata duitan* 

Yang belah rotan tu cincin risik. Batu cincin tunang. Cincin risik besar.
Kena sendal dengan cincin tunang. Pakai je 1 jari.
Senanggggg..HAHAHA.
Perempuan mata duitan memang tamak pakai cincin 1 jari.
p/s: Curve shawl dah ada.

with❤:izan®

Friday, September 20, 2013

Cara Aku Merajuk-Boleh hilang sabar orang yang pujuk.

Hai,

Aku kan anak bongsu, mana boleh tak pandai merajuk. Aku adalah sangat hebat bab merajuk dan menunjuk perasaan. HAHAHA. Ini merupakan kehebatan anak bongsu Haji Salleh.

Macam semalam, balik kerja jam 6. Selalu jam 6.40 aku dah sampai rumah. Entah kenapa semalam jem teruk kat area simpang nak masuk Banting. Rupanya ada kereta eksiden. Semalam dah la banyak gila kerja luar. Berapa kali kena pergi bank. Lepas tu rasa macam, bestnya kalau dapat baring dekat tilam kat rumah. On the way nak balik semalam, dalam hati aku ingat tilam je. Tilam, tilammm, tilammmmmm. *baca gaya zombie minta otak*

Sampai rumah nampak motor Alan dah ada. Kembang-kembang hati dan perasaan ini. Konon-konon nak minta Alan urut sikit bahu aku ni. 

Assalamualaikum

Walaikumussalam, Nape lambat balik?

Jem tadi *buat muka sedih*

Nape tak sidai kain?

Lupa *buat muka double sedih*

Letak handbag terus angkat bakul kain pergi sidai. Semalam Alan yang basuhkan baju-baju. Memang aku kena sidai baju patutnya pagi tadi before pergi kerja. Tapi pagi tu aku sakit perut+malas. Aku memang ada penyakit malas nak buat apa-apa pon pagi-pagi. Habit dari bujang. HAHAHA 

Sayang, tak payah la. Esok je sidai.

Sikit je *sampai hati buli kite suruh sidai baju*

Tak payah. Esok je buat. Karang hujan basah baju tu

Sidai kat pagar ni tak kena hujan.*degil ni,nak tunjuk degil*

*Alan malas nak layan tunjuk perangai aku*

Tension kan bini macam aku. HAHAHA. Sebenarnya aku takut Alan marah, sebab tu aku terus pergi sidai. Dah la dia yang basuhkan baju-baju tu. Nak sidai pon aku malas. Lepas tu masuk bilik nangis. Konon-konon kena marah sebab tak sidai baju. Padahal Alan tanya je kot.

Nasib ada Laki pandai pujuk macam Alan. Ayat-ayat pujuk malas ah nak kongsi. Kang korang muntah. HAHAHA

Gambar 2011.
p/s: Minggu ni nak pergi COD curveshawl kat Alamanda. 

with❤:izan®

Thursday, September 19, 2013

Perbualan Laki Bini Balik Kampung

Hai,

Hari tu kan, masa first time nak balik trolak selapas bergelar laki bini. Alan ada tanya aku,

"sayang, ape perasaan balik kampung selepas jadi isteri abang?" *sambil gelak sengih-sengih dia tu tutup mulut*

"HAHAHAHAHA, soalan apa tu?" 
"Best la, boleh tengok tv dekat rumah mak sambil lepak-lepak sebelah abang, tidur dalam bilik sayang sama-sama"

Dah tu nak aku jawab apa lagi kan? Dah memang kahwin tu best. Lepas tu semalam Alan ada tanya lagi.

"Sayang, apa nama suami sayang?"

"Noor Azlan Bin Noor Azhuan @ Atan" *Tanya time mood sakit perut aku datang, memang kau tanya satu aku jawab satu je la*

"Suami sayang suka makan apa?"

"Sotong"

"HAHAHAHA, kenapa pulak?"

Kenapa? selama sebulan kahwin ni, dah berapa kali bini awak ni masak sotong. Awak jawab cepat jawabbbbb..HAHAHA.

Suka makan sotong tak apa. Jangan jadi macam sotong dah la. HIK HIK HIK

Laki Bini Kuat Makan. 

with❤:izan®

Wednesday, September 18, 2013

Orang kedekut ilmu, Allah kedekut dekat hang pula.

Hai,

Semalam aku pergi hantar curve shawl untuk jahit tepi. Kak Ina ni isteri kawan tempat kerja Alan. Masa otw nak pergi semalam aku tanya Alan.

Bang, kawan abang ni muda ke tua?

Tua sikit dari kita.

OK.

Aku jenis kalau nak jumpa kawan-kawan Alan kena tanya umur dulu. Baru tahu lagang nak borak macam mana. HAHAHA. Masuk kawasan perumahan kawan Alan dekat Kota Serimas ni dah kagum-kagum dah. 

Bang, lawanya rumah-rumah kat sini.

YaAllah bang, cantik nya.

Alan diam je. Dia dah paham dah hint-hint aku tu. Dalam hati *kalau dapat beli rumah macam ni sebijik kan best kan bang* HAHAHA

Parking depan rumah kawan Alan, kawan dia dah siap bukakan pintu rumah sambut kitorang. Ingatkan nak takut-takut. Tengok isteri dia Kak Ina, sembang rancak semacam, cakap plak longat utara. Dah kena dah. Aku pon bawa keluaq la utahga aku. HAHAHA

Serius aku cakap, Kak Ina memang tak sombong. Dia punya bilik jahitan tudung dah rupa kilang. Sorang dia je duk menjahit. Orang tempah nak patern apa, semua dia boleh buat. Lepas tu jenis tak kedekut ilmu. Siap aku tanya mana beli kain jawab direct je, siap dengan harga. Aku pon kalau korang tanya aku akan jawab je direct. Malas aih nak tipu-tipu. Kalau hang tak kedekut dengan manusia, insyaAllah murah rezeki hang.
Tiba-tiba nak hang-hang dalam entry. HAHAHA

Lepas dah hantar kain curve shawl nak jahit tepi semalam, ajak la Alan balik. Malas nak duk lama-lama rumah orang bekeluarga ni. Kesian dengan anak-anak diorang. Esok pagi kan nak sekolah lagi. Alan pula malam tadi demam kura-kura dia datang. Asyik sikit-sikit "sayang, sejuk" "sayang, selesema". Tapi memang panas pon badan Alan malam tadi.

Pagi tadi aku raba-raba *laki sendiri,suka hati la nak raba ke apa* dahi Alan dah kebah sikit. Jangan kau berjemur tengah panas and hujan lagi dah la hari ni.

p/s: next target, beli mesin jahit tepi!

with❤:izan®

Hal kecil pon nak ungkit jadi isu rumah tangga-Perihal Laki Bini

Hai,

Semenjak dah kahwin ni asyik nak perihal laki bini je update dekat blog. Peduli la, janji update. Semalam kan aku cuti. Alan kerja. Pagi-pagi semalam bangun solat subuh lepas tu kejut Alan suruh dia mandi. Alan minta air. Aku sebagai isteri solehah muka tak mandi gigi belum gosok pergi la buat air nescafe 3in1 tuk Alan. 


Lepas dia siap mandi, solat, siap-siap. Aku pon bagi la air nescafe 3in1 kat Alan. Dia minum separuh je. Pastu letak atas meja TV. I is kecik hati. Hati ni semenjak kahwin cepat benar kecik la, sentap la. Nak perhatian lebih la tu. HAHAHA. Salam-salam Alan hantar dia pergi kerja depan pintu. Dalam hati *yes! boleh sambung tidur dan bermalas-malas* Sekali nampak handphone Alan atas side table dalam bilik. Adussssss, kang mesti Alan suruh hantar. Selang 30 minit lepas tu Ilyas ASG call handphone Alan.

"Sayang, hantarkan handphone abang"

Dah agak dah. Memandangkan tak buat kang dosa. Aku ikhlaskan diri yang sentap dek kerana air nescafe aku buat Alan minum separuh je pagi tadi ni pergi hantar handphone dia. Dah la sesat, minyak kereta pula dah sipi-sipi je nak habis. Aku tunggu kat departure gate 7. Pastu call handphone Ilyas ASG cakap aku dah sesat. Malas nak patah balik cari tempat kerja Alan. Pastu rasa macam derhaka gila, bagi alasan minyak dah habis. Tapi memang pon minyak nak habis. HUHUHU

Berjalan la Alan pergi cari aku kat gate 7 tu ha. Pastu salam minta duit isi minyak kereta. *bagus sangat isteri macam ni* HAHAHA. On the way balik rumah isi minyak, lepas tu nampak air nescafe 3in1 Alan minum tak habis atas meja, nak hilangkan sakit hati. Aku minum. Sebab geram je tak habis. Sekali tak sedap! Tawar! Patut la tak habis Alan minum. HAHAHA

Lepas tu disebabkan banyak masa semalam, aku masak macam-macam. Set utama nasi putih, sotong besar masak kicap,sayur campur and ikan goreng. Masak lebih sebab nanti malam Alan kompem nak makan punya. Lepas tu petang tu aku lapar, nak makan western-western sikit. Buat la omelet, baked bean and bubur nasi. Kekonon dah western la tu. 


Alan balik kerja semalam lewat gila. Tak pe la, i is ok je. Janji balik. *padahal wsap Alan dah ala-ala dah. Kenapa lambat la. tak balik lagi ke?* HAHAHA

Sementara nak jamu nasi tu aku bagi la set western aku buat bagi lapik perut Alan. Pastu dia makan separuh je. Ingat nak sentap lagi. Sebab aku makan petang tadi, sedap gila kot. Pastu hidang-hidang nasi dekat Alan, dia tanya "Sayang nak tak ni?" sambil tunjuk set western aku tu.

"Tak nak, sayang dah makan"

Owh, takut nak habiskan sebab aku pernah tegur dia haritu. Dia jenis makan tak pelawa orang. Ingat perut dia ja. HAHAHA. *sweet nya la hai suami sendiri ni*

with❤:izan®

Tuesday, September 17, 2013

Sebenarnya Saya Ada Adik-Happy Belated Birthday Aty!

Hai,

Entry ni teringat nak update sebab rasa bersalah tak wish birthday the one and only adik. Izzaty Hamdam masa 1st Sept haritu. Ye la, masa tu kan aku pergi cameron dengan Alan. Duk update entry cameron saja laaaaa..HAHAHA *dasar kakak tak kenang budi*

So, lepas beberapa hari baru aku teringat Ya Allah Birthday Aty dengan Am aku lupa! HAHAHA *selepas beberapa hari* Nak wish kat FB dah rasa macam serba salahnya la hai hati ni. So, aku rasa ni cara terbaik untuk tahun depan dan seterusnya aku takkan lupa lagi birthday diorang.

Aty dengan Am ni kembar memang tak de iras lansung. Anak Maksu and Paksu belah mak aku. Beza dengan aku setahun je. Disebabkan aku tak de adik, so aku layan la Aty ni macam adik sendiri. Padahal ramai je sepupu sepapat lain bawah dari aku, tapi dengan Aty ni lain sikit. Rapat dia tu macam adik beradik, lagi pon maybe sebab selalu jumpa. Thats why la aku rapat dengan dia.

Kalau dulu masa cuti sekolah mak pak kitorang selalu hantar kitorang balik rumah arwah tok yam. Tidur sana lama-lama. Konon summer camp la. Memang heaven. Tak de orang nak marah ke apa main tengah hari ke tengah malam ke. HAHAHA

So, Aty and Abg Am

Kak Ijan betul-betul minta maaf coz lambat wish birthday korang. Aty especially for u, nanti kita jumpa Kak Ijan bagi hadiah ok. I love both of u. Aty lebih sikit. HAHAHA *sebab tempat luah perasaan lebih sikit kat Aty*



p/s: Minta-minta la dimaafkan. Hik Hik Hik 

with❤:izan®

Saturday, September 14, 2013

The Engagement of Hidayah&Nazim-Macam mana aku boleh lupa nak up entry ni.

Hai,


Biasa hari sabtu or ahad aku tak update apa-apa entry kan. Sebab aku biasanya update dekat office. Memandangkan Isnin turut cuti, aku sajikan dengan entry The Engagement of Hidayah & Nazim. Kena panggil Abang Nazim. Sebab lebih berusia dari aku and Dayah. HAHAHA


E day dayah ni masa 3 hari raya. Kan masa tu aku pon kelam kabut dengan kenduri kahwin sendiri. Pastu dayah pon sibuk juga nak tunang. Dia ni memang tak boleh tengok aku sibuk sikit, time tu la nak bertunang nya pon. Tapi tak pa, sebagai kawan dari kecil aku redha kan saja. Kang bergaduh sampai anak cucu bermusuh. Dengan Dayah ni bergaduh paling lama pon ada la 2 tahun. Lepas tu macam tak boleh hidup. Sesak nafas aku gaduh lama-lama. HAHAHA. The true friend will not lie. She is!


Mak aku dengan murah hati nak sponser pelamin tunang Dayah. Masa raya ke-2 aku datang pasang dengan mak. Simple saja. Dayah pon nak simple-simple je. Minah ni memang suka simple-simple and pastel-pastel ni. Baju pon baby blue. Pelamin aku bg la lite pink. Kalau aku suka terang-terang. HAHAHA. Baru mengancam.



Nak dijadikan cerita, masa hari majlis berjalan, patutnya pihak lelaki datang kul 12 tengahari. Boleh pula orang catering ingatkan raya ke-3 hari Ahad. Padahal hari sabtu. Diorang pon tak da la masak apa-apa. Tapi memandangkan family Dayah sanggup tunggu, sebab orang catering tu janji dalam pukul 2 ptg insyaAllah makanan sampai. Lepas tu Dayah call la Nazim minta jangan datang lagi. Suruh tunda datang pukul 2 petang pula. 


Eleh, depan rumah je. Boleh la nak buat macam tu. HAHAHA. Actually Dayah ni bertunang dengan jiran depan rumah. Kalau cerita dia nak buat novel boleh kalah Ombak Rindu. Mak Nazim ni berkenan dengan Dayah sebab selalu nampak dia pergi terawih tahun lepas. HAHAHA. Pilihan orang tua, atas persetujuan Dayah dan Nazim berlansung lah pertunangan. Alhamdulillah.




Jangan kau tanya kenapa aku dah macam emak-emak. Kehulu kehilir aku. Dengan nak pasang pelamin orang lagi, pelamin sendiri lagi. Bahulu doorgift lagi. Beli barang nak kenduri. Make up dayah lagi. Tapi its fun. Buat benda yang kau suka. Semua jadi best.



Muka dayah aku yang makeupkan Aku nak buat lebih-lebih dayah tak bagi, kang katanya dah macam nak kahwin. Simple je la. Kalau tanya aku, aku cakap cantik dah ni. HAHAHA



Serius aku suka gila baju dia. Simple and nice je untuk dayah. Kena la dengan tema nak bertunang. Mana boleh over-over. Kang masa kahwin seri tu hilang. Simpan-simpan sikit untuk kahwin nanti. Baru masa majlis besar nanti orang akan kata kau "Lawanyaaaaaaaaa". Padahal muka tak pernah tenyeh make up tebal-tebal. Sekali makeup mesti la lawa. HIK HIK HIK



Full view of the dress. Lawa kan?



Dah-dah. Malas nak cerita banyak. Memang cun! Sama cantik sama padan *nyampah nak kena mengaku* HAHAHA


Aku doakan agar semuanya berjalan lancar sehingga majlis besar nanti. Tinggal la Farah bujang tran-tang-tang. HAHAHA


with❤:izan®

Friday, September 13, 2013

Resepi Kek Coklat Moist-Resepi asal dari Namee Roslan

Hai,


Pagi-pagi masuk ofis dah macam lipas kudung. Desup-desup buat kerja dah siap terus update blog. Hari ni Jumaat wey, Jumaat. Isnin ni cuti. Nama je cuti tapi tak da plan nak ke mana-mana Aktiviti aku dengan Alan minggu ni, kemas rumah! HAHAHA


Semalam tak tahu mana angin sampai tiba-tiba nak makan kek coklat moist. Pastu google la resepi yang senang-senang sebab malas nak cari bahan bukan-bukan balik kerja semalam. Thanks to Namee Roslan sebab i copy resepi ni dari blog anda. Simple dan senang difahami. 



Bahan yang aku pakai. Ada sikit-sikit aku ubah dari resepi asal. Maafkan aku pencipta resepi, aku telah menderhakai resepimu.


Bahan X


  • 1 cawam gula perang
  • 1 cawan serbuk koko jenama hentam saja apa kau jumpa-ayak dulu. 
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu penuh lemak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan Y


  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila

Bahan Z

  • 1 1/4 cawam tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

Cara-cara aku masak. Ini memang menderhaka habis bab ni. HAHAHA




1.Masukkan semua bahan X. Kacau dalam periuk atas api. Api yang perlahan. Aku suggest korang masukkan susu+gula perang dulu. Kemudian baru masukkan susu dan akhir sekali baru serbuk koko. Ikut je, jangan tanya kenapa.



2. Sambil tunggu bahan X didih sikit je. Sediakan bahan Z. Campur dan ayakkan bersama.


3. Sediakan bahan Y. Masukkan 3 biji telur dan kacau dengan esen vanila. Senang je. Malas nak bg gambar.



4. Dah dapat kan bahan X, Y dan Z macam ni. Sila ikut urutan untuk campur. Masukkan Y dalam X dan kacau bersama. Lepas tu masukkan Z sikit-sikit. Kacau sampai tak ada ketul-ketul. Masukkan dalam loyang, loyang tu letak minyak masak sikit. Ini pon sama juga, ikut je arahan. Jangan tanya kenapa.



5. Kukus selama 1 jam 20 min menurut resepi asal.


Untuk topping. 

Bahan-bahan.


  • 1 cawan susu segar penuh lemak
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu tepung jagung bancuh dengan air

Cara, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Bila topping dah berkilat dan mendidih masukkan tepung jagung. Siap!




Selamat mencuba. Aku potong bahagian atas kek sebab gemuk. Rupa asal kek aku macam kat bawah ni. HAHAHA



Tapi jangan buang bahagian yang potong tu. Aku makan je. Eleh, masuk perut sama ja hasil nya nanti. HAHAHA


Tips: Guna loyang size besar sikit. Aku punya loyang kecil sebab tu kek naik gebu macam apam. Takpa, janji sedapppppppppppp. 


with❤:izan®

Thursday, September 12, 2013

Susah nak ajar orang guna gambar-Curve Shawl.

Hai,

Minggu ni kan aku busy menjual shawl. Siapa yang tak tahu aku ade jual shawl. Boleh tengok entry sebelum ni. Kat fb,instagram semua aku dah update. Saja la tu buat-buat tak tahu. Takpe-takpe. Sekarang buat tak tahu dulu sebab stok pon bukan ada sekarang. Bulan depan baru aku buat stok baru. Sebab macam hangat dipasaran je, so nanti aku buat banyak-banyak eh. Korang ni ngade-ngade la. Nak kaler pastel plak. Yela-yela, nanti aku buat. Aku ni dah la jenis suka kaler terang-terang. Tapi demi korang, aku buatkan juga lah warna pastel tu. HAHAHA

Pastu semalam ada bagitahu kat komen bawah gambar kat instagram macam mana nak pakai shawl ni. Pastu korang request nak suruh buat tutorial. Aku ni dah la tak ada assistant bagai nak ambilkan video bom-ke-bom macam orang lain. Last-last pagi tadi sebelum pergi kerja, kebetulan aku pakai curve shawl hari ni, aku amek la juga gambar step by step macam mana aku pakai. Nak juga kan tiru macam mana aku pakai. Hik hik hik


Sila baca arahan berdasarkan gambar. 

1. Pakai shawl mcm biasa. Pendek sebelah panjang sebelah. Jgn tanya aku belah mana nak pendek belah mana nak panjang suka hati kau lah. 

2. Yg belah panjang kau pusing belit atas kepala. Jgn sampai tecekik. Nice-nice je. Lepas tu jarumkan tepi kepala atas sikit dr telinga. Kang cucuk telinga pekak plak.

3. Yg belah pendek tu pulak ko amek hujung shawl tu. Sematkan pin di bahu sebelah yg sama dengan jarum yg ko sematkan di atas telinga. Sematkan sekali dengan hujung belah panjang yg melayang2 tu. Ishhhh. Susahnya nk bg paham. 

4. Dah siap! Jgn tanya bukan2. Jgn mintak video! Nnt aku buat korg muntah. Terus xnak beli. Hahaha

Arahan ni sama sebiji macam dalam fb and instagram. Siap sedia duit gaji,ptptn,jpa korang tu awal bulan 10 nanti. Jangan beli shawl dengan orang lain. Beli dari aku je bulan depan eh. HAHAHA *gila kejam hasut orang*

p/s: nanti nak suruh Alan pegang camera nak buat insta video *angan-angan sahaja ni,jangan percaya*

with❤:izan®

Wednesday, September 11, 2013

Braces Progress, Bulan keberapa entah. Warna Warni.

Hai,

Sesungguhnya aku memang lupa bulan keberapa punya progress. Itulah, malas lagi nak update every month. So, semenjak bertunang last aku punya entry pakai warna pink kan. Lepas pink is hijau. Yang ni aku ingat sebab ada gambar pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan. Dah la makan steamboat. Kawan-kawan asyik bahankan aku konon sayur melekat celah braces. Cis!

Masa pakai getah hijau ni, tak de apa-apa perubahan sangat. Cuma ruang antara gigi aku yang doc cabut sebelah kanan makin mengecil. Gigi yang dicabut adalah gigi sebelah gigi taring. 2-2 batang belah bawah sebelah gigi taring aku kena cabut. Doc cakap dia nak tarik gigi aku belah bawah pergi kesebelah kanan. So dia kuatkan tarikan gigi bawah aku ke kanan. Korang mesti tak paham kan? Lantak lah, gigi aku korang tak payah pening-pening nak pahamkan juga. HAHAHA

Bulan ni tiba-tiba rajin nak update, sebab warna getah braces aku kelakar. Masa sebelum kahwin haritu aku pergi klinik. Sekali Doc dah cuti raya. Oleh itu, Doc punya assistant tukarkan getah je. Sebab I is malu la nak kahwin pakai getah warna hijau sama baju. Aku minta la tukar warna kelabu. Dengan harapan braces aku tak nampak sangat dalam gambar. Harapan tinggal harapan. Kalau dah menyegih sampai ke tulang pipi mana kau nak sorok braces kau tu.



Sebabkan bulan lepas tak tarik ke ape gigi aku ni, bulan ni gagahkan juga diri yang malasssssss ya amat pergi jumpa Doc. Sekali dia tarik gigi bawah aku pakai power chain, suruh pakai getah berselirat bagai. yang kelakarnya aku minta warna merah. Doc tukarkan belah bawah je pakai power chain merah. Belah atas dia biarkan je getah kelabu tu.

Nasib la hai. Cepat-cepat la kau tersusun gigi oi. Tuan ko ni dah malas nak layan kerenah kau. Tapi sakit gigi bulan ini adalah yang paling sakit dalam sejarah aku pakai braces. Serius! Memang betullah kata orang, cantik itu sakit. Kali ni aku bersetuju. Tapi 3 hari je aku tak lalu makan, lepas tu lalu je kedai makan aku bedal. Asyik-asyik bising tepi telinga Alan. Lapar, Lapar, Lapar. HAHAHA

Gigi aku sekarang macam ni. Malas nak ambil gambar muka. Sebab jerawat naik umpama cendawan lepas hujan.



p/s: Curve shawl dah habis. Bulan depan pula aku buat ye. TQ kerana menyoping.

with❤:izan®

Tuesday, September 10, 2013

Curve Shawl. Aku kan baru je jinak-jinak nak menjual.

Hai,

Kalau siapa ada follow Instagram and Fb aku mesti dah tahu kan. Eceh, kekonon femes sangat nak orang semua follow IG dengan fb ko. HAHAHA.

Aku jual-jual barang ni jenis malas nak advertise beria-beria. Sebab buat pon sambil-sambil. Ala, jual curve shawl je pon. Satu benda alah tu je. Cerita macam la ko bukak butik bagai kan. Sebenarnya aku hantar kain dekat kawan aku dia yang jahitkan and potong kain tu. Aku suka design curve shawl sebab senang nak pakai and nampak kemas depan belakang. Ala, macam yang aku pakai time nikah haritu. 

Ni masa mula-mula aku ambil dari wani. Mostly half aku ambil untuk pakai sendiri.
Hari Isnin lepas hantar lagi dekat wani, sebab macam best sangat pula pakai curve shawl ni. Aku suruh wani buat dalam 10 warna. pastu macam banyak warna aku dah ada. Alih-alih pikir macam jual je la separuh sebab nanti nak beli kain printed pula suruh wani jahitkan. 

*abaikan background* Aku suka pakai macam ni. Simple and tutup depan belakang. Nak aku buat tutorial ke?

Group 1. 

Group 2.


Ha, kalau korang nak. Boleh direct wsap 019-6738817. Tak banyak dah pon yang tinggal. Kawan-kawan aku dah ramai yang beli. TQ kawan-kawan. Macam ni la kawan.

with❤:izan®

Friday, September 06, 2013

Semenjak berkahwin semacam ke arah emak-emak sikit. Lama-lama jadi Bukit.

Hai,

Hari ni disebabkan tiada kerja sangat rajin la aku nak update lagi. Sepatutnya nak kena pergi Seri Iskandar , Ipoh hantar barang company. Jangan tanya aku kerja peon ke? Aah. Aku lah peon, akulah admin, akulah boss dikala boss tiada. Bekerja adalah sangat seronok begini. Kurang dosa umpatan di tempat kerja tapi bosan gila!

Jalan-jalan berwindow shopping di website-website yang best adalah sangat heaven. Website yang paling best untuk isteri-isteri baru kahwin macam aku adalah Lazada.com.my

Kau nampak tu bertapa sexy nya mesin jahit idaman ku. Nasib kau out of stock. Kalau tak memang aku dah goda Alan minta mesin jahit ni dengan alasan boleh la aku jahitkan kaki seluar kerja dia yang nak kena potong tu. HAHAHAHA

Tapi itu pon kalau kau jenis minat barang-barang rumah macam aku la. Dah ada beberapa benda aku aim dalam tu. Siap kau siap. Sebulan satu aku beli taruk dalam rumah. Kalau tak dapat aku usahakan sampai dapat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 


Pagi tadi lepas hantar Alan pergi kerja aku tak tidur balik seperti sebelum-sebelum ni *kantoi*, Sebab mak mertua ada. Pastu rasa macam lapar gila! Terus rajin nak goreng megi. Megi kosong campak telur dengan kicap pastu kubis sikit. Terus rasa macam emak-emak sangat. Pagi-pagi bangun buat breakfast. HAHAHA. Selama aku kahwin ni, belum pernah Alan nak breakfast kat rumah. Paling tidak pon dia minta air panas je. Tu pon jarang sangat. Maybe sebab dia tahu aku nak tidur balik lepas hantar dia depan pintu. HAHAHA

Tapi sumpah, kalau Alan nak makan pagi memang aku buatkan. *angkat tangan gaya sumpah*

Semalam berborak dengan mak. Ngadu-ngadu sikit perihal menjadi isteri. Mak balas senang je.
"Nak syurga tak? Kalau nak sabar dan taat pada suami. Nanti boleh jadi isteri Alan sampai Syurga"

Sentap anak bongsu ini. Terus sebak masuk toilet ofis esak-esak sikit. HAHAHA

Sangat senang mood ni nak swing sekarang. Biasalah, I kan anak manjaaaaaaaaaa. Haruslah mengada-ngada.

with❤:izan®

Wednesday, September 04, 2013

Beraya ke Sungai Besar. Eh,sebelum Sungai Besar - Laki Bini Berjalan

Hai,


Rasa macam inilah entry pertama pasal raya. Sungguh-sungguh aku cakap, raya tahun ini langsung tak best. Aku sibuk pikirin hal perihal kenduri haritu. Lansung tidak ada masa beraya ke rumah kawan-kawan. Kalau tidak tiap-tiap tahun rumah Dayah dan Farah merupakan rumah wajib beraya di hari raya pertama. Ni aku sempat pergi rumah Farah je. Itu pon sebab depan rumah je pon. Kalau tidak sampai juga, memang Farah hempuk aku dengan motor ayah dia. Dah la pinjam motor ayah farah tanpa bagi tahu. Aduh! Malunya. Semua gara-gara motor ayah aku sebijik motor ayah Farah. HAHAHAHA


Lepas sahaja kenduri selesai, rumah emak masih terkontang kanting esoknya tu, aku dengan Alan terus balik rumah sewa. Sebab memang tak kemas apa pon lagi rumah tu. Isnin tu masih cuti, tapi Isnin tu la nak beli barang semua. Kesian Emak, Ayah and Acik dekat rumah. Tinggalkan macam tu je. Tak pe la, selama dua orang kakak dan dua orang aku dah kahwin asyik aku je kemas semua tiap kali lepas kenduri. Ni bagi la pula diorang buat kerja. HAHAHA


So, last week barulah ada mood nak beraya. Ayah ajak pergi rumah Tok Ngah. Adik kepada emak ayah aku. Aku pernah pergi dulu-dulu tapi tak pernah pula nak ingat jalan. Sebab dulu masa kecik-kecik aku selalu tidur dalam kereta. Sekarang pon kadang-kadang je kalau aku malas nak ingat jalan aku tidur dan biarkan Alan memandu dengan tenang. Kalau aku jaga, mulut tak berhenti-henti ajak borak. 


Lepas tu boleh pula terlajak. Ayah aku dah pesan sebelum Sungai Besar tunggu tepi jalan. Tapi dengan confident dua orang laki bini lajak sampai ke Sungai Besar. Last-last kena marah dengan ayah sebab laju sangat bawa kereta. Diorang dah nampak kereta Alan dari tepi jalan. Yang naik kereta dengan ayah ialah mak, acik, aisy, esha, shahrul and tok esah. Diorang dari Trolak. Aku dengan Alan dari Banting.


Nasib la dalam 20 minit je terlajak. So, patah balik jumpe tepi jalan. Terus pederaih pergi umah Tok Ngah. Tok Ngah tak datang kenduri aku dengan Alan haritu. Sebab tu ayah bersemangat nak ajak aku dengan Alan pergi rumah Tok Ngah. Bagus juga, Alan bukan biasa pergi kampung yang betul-betul kampung. Yang ada sawah padi semua tu.




Oleh itu, sampai sini beraya pertama kali sebagai suami isteri ke rumah Tok Ngah. Tahun depan kita jumpa lagi ye Tok Ngah *ini adalah hint supaya raya tahun depan rumah mak ayah aku* HAHAHAHA


with❤:izan®

Bercinta hanya kenal 1%. Dah kahwin baru kenal lagi 99%.-Betullah kata orang.

Hai,

Dulu-dulu-dulu kan, aku selalu tak percaya bila orang kata "Eleh, kau bercinta 4-5 tahun ni ko just kenal 1% je Alan tu, nanti dah kahwin hadap la kau lagi 99% tu". Pastu aku akan jawap, "insyaAllah aku akan cinta lagi 99% tu". HAHAHAHA

Kau jangan nak poyo sangat. Konon nak cinta. Nak ke tak nak ke, memang aku kena cinta 100% yang ada dekat laki aku. Dialah Alan. Dialah kawan. Dialah Suami. Dialah Syurga. Selama 2 minggu berkahwin ni kan, kadang-kadang aku ada juga geram-geram sikit dengan Alan ni. Geram-geram tak durhaka kan? Eleh, takat geram sikit-sikit je. Lama-lama Alan pujuk aku okey la.

Sebagai contoh, kalau aku tengah masak-masak ketung ketang kat dapur tu, time tu la aku suka nak tanya-tanya. Sampai rumah kul 7ptg tu, terus berdesup ke dapur. Alan jenis balik kerja nak lek-lek-lu depan tv. Semalam sampai tertidur. Punya la panjang lebar aku ceramahkan Alan. Pastu senyap je. Rupanya TIDOQ! Hati ni geram je. Last-last nangis. Geram punya pasal. Nasib skill pujuk memujuk Alan semenjak kahwin ni dah tahap Pro. Sebab dulu time bercinta dia wat derk je kalau aku merajuk-merajuk ni. 

Pastu, bangun pagi tadi terus rasa berdosa menangis tak tentu pasal. Nak kata PMS (premenstrual syndrome) dah lama habis. Maybe postmenstrual syndrome kot, PMS juga kan. Tapi yang paling tepat maybe PeMalaS! Malas bila nak kena basuh baju kene hujan semalam. Itu je point sebenar aku menangis semalam. Maafkan saya suami. 

p/s: pak mertua nak mai rumah malam ni. Ketaq lutut aih!

with❤:izan®

Tuesday, September 03, 2013

1st time Alan pergi Cameron berlagak tak sejuk macam New Zealand-Laki Bini Berjalan

Hai,

Ha, dah rajin banyak kali pula nak update entry. Kalau malas sampai ke sudah duk tayang entry tu je la. Sabtu Ahad lepas ajak Alan jalan-jalan. Bukan la nak honeymoon sangt pon, saja gatal nak berjalan berdua, pegang tangan, ambil gambar peluk-peluk sambil fefeling "Akulah isteri paling bahagia dan romantis gila!". Dan yang penting tanpa rasa segan silu, tenang dan rasa macam hebat gila jalan berdua dengan Alan pegang tangan sambil buat muka "Jangan kau pandang laki kacak aku ni." HAHAHA.

Poyo gila entry sejak dah kahwin ni. Tak habis-habis nak banggakan Alan kacak. Tapi serius, bagi aku Alan kacak. Dah kahwin lagi la kacak. Tengok dia tidur mulut nganga pon rasa geram. Tambah lagi dibuatnya Alan berdengkur time tidur malam. Lagi la rasa GERAM. Tapi ni geram lain sikit. Rasa nak sumbat bantal dalam mulut Alan. HAHAHAHA. Aku ni dah la jenis tidur tak boleh ada bunyi-bunyi sikit. Kena senyap sunyi sepi. Baru boleh lelap.

Aku mula-mula plan nak tidur kat Smoke House. Tengok review macam best je. Then call, semua penuh. Yang ada rate bilik semalam 800++. Terus terkedu tak mampu. Then beralih ke Strawberry Park Resort. Terpengaruh dengan cerita Nora Elena lakonan Aaron Aziz and Siti Saleha. Terus call tanya rate semalam berapa. Dalam la dalam 300++. Terus booked.

Alan malas nak jalan-jalan sangat. Kalau aku dengan kawan-kawan aku habis aku tawaf satu cameron aku rasa. Kitorang pergi satu-satu tempat tu lepak lama-lama sambil makan banyak-banyak. Memang percutian laki bini pemalas kali ni. Aku dah bosan dah dengan Cameron ni. Alan je la first time sampai sana. Tapi ayat paling tak boleh blah bila aku tanya,

"abang, sejuk tak?"
"Sejuk la jugak, tapi tak macam New Zealand. HAHAHA"

Ini memang tak boleh terima dek akal. Bandingkan dengan New Zealand!



Sampai sini sahaja adegan romantic aku dengan Alan.
with❤:izan®