Followers

Wednesday, September 18, 2013

Hal kecil pon nak ungkit jadi isu rumah tangga-Perihal Laki Bini

Hai,

Semenjak dah kahwin ni asyik nak perihal laki bini je update dekat blog. Peduli la, janji update. Semalam kan aku cuti. Alan kerja. Pagi-pagi semalam bangun solat subuh lepas tu kejut Alan suruh dia mandi. Alan minta air. Aku sebagai isteri solehah muka tak mandi gigi belum gosok pergi la buat air nescafe 3in1 tuk Alan. 


Lepas dia siap mandi, solat, siap-siap. Aku pon bagi la air nescafe 3in1 kat Alan. Dia minum separuh je. Pastu letak atas meja TV. I is kecik hati. Hati ni semenjak kahwin cepat benar kecik la, sentap la. Nak perhatian lebih la tu. HAHAHA. Salam-salam Alan hantar dia pergi kerja depan pintu. Dalam hati *yes! boleh sambung tidur dan bermalas-malas* Sekali nampak handphone Alan atas side table dalam bilik. Adussssss, kang mesti Alan suruh hantar. Selang 30 minit lepas tu Ilyas ASG call handphone Alan.

"Sayang, hantarkan handphone abang"

Dah agak dah. Memandangkan tak buat kang dosa. Aku ikhlaskan diri yang sentap dek kerana air nescafe aku buat Alan minum separuh je pagi tadi ni pergi hantar handphone dia. Dah la sesat, minyak kereta pula dah sipi-sipi je nak habis. Aku tunggu kat departure gate 7. Pastu call handphone Ilyas ASG cakap aku dah sesat. Malas nak patah balik cari tempat kerja Alan. Pastu rasa macam derhaka gila, bagi alasan minyak dah habis. Tapi memang pon minyak nak habis. HUHUHU

Berjalan la Alan pergi cari aku kat gate 7 tu ha. Pastu salam minta duit isi minyak kereta. *bagus sangat isteri macam ni* HAHAHA. On the way balik rumah isi minyak, lepas tu nampak air nescafe 3in1 Alan minum tak habis atas meja, nak hilangkan sakit hati. Aku minum. Sebab geram je tak habis. Sekali tak sedap! Tawar! Patut la tak habis Alan minum. HAHAHA

Lepas tu disebabkan banyak masa semalam, aku masak macam-macam. Set utama nasi putih, sotong besar masak kicap,sayur campur and ikan goreng. Masak lebih sebab nanti malam Alan kompem nak makan punya. Lepas tu petang tu aku lapar, nak makan western-western sikit. Buat la omelet, baked bean and bubur nasi. Kekonon dah western la tu. 


Alan balik kerja semalam lewat gila. Tak pe la, i is ok je. Janji balik. *padahal wsap Alan dah ala-ala dah. Kenapa lambat la. tak balik lagi ke?* HAHAHA

Sementara nak jamu nasi tu aku bagi la set western aku buat bagi lapik perut Alan. Pastu dia makan separuh je. Ingat nak sentap lagi. Sebab aku makan petang tadi, sedap gila kot. Pastu hidang-hidang nasi dekat Alan, dia tanya "Sayang nak tak ni?" sambil tunjuk set western aku tu.

"Tak nak, sayang dah makan"

Owh, takut nak habiskan sebab aku pernah tegur dia haritu. Dia jenis makan tak pelawa orang. Ingat perut dia ja. HAHAHA. *sweet nya la hai suami sendiri ni*

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)