Hai, salam.
Kat mana nak sambung ni. Tu la padah nak buat drama bersiri bagai kan. Dah aku tak tau nak sambung kat mana. So aku copy balik perenggan akhir drama HIMMA part 1 haritu okey.
Alan masa ni aku tak tau dia ada girlfriend ke tak. Tapi menurut cerita dia, ada la few of my friend yang admire kat dia.(erk, perasan nyeeeeeeeeeee). Ini cerita dia kat aku la kan. Kalau tak betul pi sekeh dia. Yang lawaknya dia kata masa ni dia tak tau macam mana nak bagi respond terhadap perempuan-perempuan tersebut. And, time ni dia pon ada admire dengan one of my friend. Sampaikan nak dating kan dia kata masa ni, dia tanya kawan-kawan dia, apa yang nak buat time dating. Nak cakap apa, and whatever la. OMG, naif nya kamu...Ini dulu la eh. Sekarang?
Tapi sekarang? Ha, pikir apa tu. Sekarang okey la. Dia dah tau nak bawa aku pergi makan dekat mana yang sedap, makan dekat mana yang kenyang, makan dekat mana yang mahal. Eh, cerita pasal makan je. Nasib la dapat awek kuat makan macam aku memang Alan kena pikir pasal makan je time dating. Okey-okey aku sambung Drama HIMMA.
So, masa form 2 ni aku tak ambil kesah la pasal Alan walaupon kami sekelas. Aku dah ada BF and Alan pon dah menjadi peminat kepada salah seorang kawan aku. Tapi masa aku naik form 3 aku single. Pergh, cam chipsmore kan bercinta. Suka hati je nak single ke couple. Nama pon budak-budak. Dah single apa lagi kan? Aku pon ngorat la Alan. HAHAHA. Okey-okey. Aku tipu. AKU LANGSUNG TAK PANDANG ALAN masa ni. Sekelas ni weyh, sekelas. Antara sebab-sebab aku tak pandang Alan masa ni :
- Alan pendek daripada aku. Eh, aku model tau tak dulu kat sekolah. Budak lelaki ade berapa kerat je yang lagi tinggi dari aku. Sebab tu aku ramai admire dari golongan senior je. Ayat nak mintak kaki.
- Alan tak handsome masa ni. Cuma jambu-jambu je. Rambut belah tengah. Minyak atas kepala berkilat dari jauh.
- Alan kurus sangat. Aku rasa tak selamat.
- Sebenarnya ALAN PON TAK PANDANG AKU. Senang cerita.
Bila tamat tingkatan tiga, masing-masing pindah sekolah. Sebab asrama yang kitorang duduk hanya jaga sampai tingkatan tiga sahaja. Bila masuk tingkatan 4 kitorang kena pergi sekolah lain. Sapa yang dapat MRSM pergi MRSM, dapat Sek.Teknik pegi Sek.Teknik. Dan siapa yang dapat sambung dekat Asrama Semai Bakti cawangan Kuala Lumpur, Kelana Jaya or Johor pergi la ikut mana yang kitorang dapat.
Aku dengan Alan masih dapat asrama yang sama. ASBKL. Adakah masa ini kami menjalinkan hubungan?
Bersambung...Part 3 klik sini.
with❤:izan®