Followers

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa orang PUTUS CINTA kurus?

Hai, Salam.
 
Hari ni saya tak pergi kerja. Ada HALLLLLLLLLLLL sikit. Esok saya pergi kerja ye bos. Walaupon kerja melambak atas meja tu.Semalam balik kerja pon aku buat-buat tak nampak je. Hai NORA ELENA, nasib la minggu ni ko last. Dah penat aku nak terkejar-kejar balik rumah lepas kerja ni.

Siapa pernah PUTUS CINTA? Siapa yang penah bercinta la kan. Takkan la orang yang tak pernah bercinta tiba-tiba nak PUTUS CINTA. Gila ke hape. Okey-okey, tak gila but cool. Bila orang PUTUS CINTA ni selalu ada pepatah "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah ". Eh, itu bukan ke pepatah orang tengah hangit-hangit bercinta? Eh,eh,eh, lantak lah nak guna pepatah ape pon kan. Blog aku. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, orang PUTUS CINTA ni selalunya kurus. Kenapa eh?

Kalau dipikirkan secara logik,kenapa orang PUTUS CINTA ni kurus mungkin sebab tak lalu makan. Ye la kan, sebelum ni, bila time makan je ada baby/bie/syg/ayang tanya "u dah makan?". Then terus berselera nak makan. Kadang-kadang dah makan pon cakap belum. Boleh la nak menarik perhatian baby/bie/syg/ayang tu nanti. Mesti marah-marah manja suruh pergi makan cepat. Nanti perut masuk angin katanya. Senang kata, ada orang jaga la walaupon bukan secara live. Dari mesej pon jadila. Tapi bila dah PUTUS CINTA, siapa lagi nak ingatkan pasal makan? OH, sedih pula aku yang menulis ni.

Bila dah PUTUS CINTA pula, mesti ada buat beberapa perkara untuk melupakan baby/bie/syg/ayang korang tu kan. Salah satu nya adalah dengan berjogging. Bak kata orang ramai yang aku selalu dengar, bila peluh tu keluar rasa macam pergh....LEGAAAAAAAAAA! Bila dah hari-hari ko jogging. Sehari jogging sekilo ko turun. Kalau seminggu dah ko jog tak ke 7 kilo. Then dibuatnya sebulan lebih dah putus cinta ni, dan sebulan lebih tu la ko jog tiap-tiap hari. HA, memang tinggal tulang la kot.

Lepas tu, bila time malam-malam dulu selalu ada orang mesej. "u, u buat apa?" , "u,u dah tidur ke?" , "u,u dah baca doa tidur ke belum u?". See, bertapa bahagia kan time hangit-hangit bercinta ni. Tapi bila dah PUTUS CINTA, asyik tertunggu-tunggu baby/bie/syg/ayang korang tu mesej korang. Kadang-kadang sampai dah azan subuh pon tak tidur lagi duk tunggu baby/bie/syg/ayang tu mesej. HA, mana tak kurus. Tidur pon dah tak lena. Rehat tu tak cukup.

Yang paling DASYATTTTT, bila PUTUS CINTA ni, korang suka pikir bukan-bukan. Semua nak negative je. "aku ni tak handsome la ", "aku ni tak cukup good la untuk dia ", "dulu aku abaikan dia, kenapa la bila dah jadi macam ni baru nak sedar  ". Okey, ini NOT GOOD eh anak-anak bonda sekalian. Nanti kalau PUTUS CINTA jumpa bonda okey. (ni untuk anak-anak aku je). Korang pergi la cari someone to talk about this. Kadang-kadang bila dah luahkan pada seseorang kita akan rasa LEGAAAAAAAAAAAA. Tapi tang nak pikir negative je memangjang tu aku tak suka. Cukup tak suka. Apa kata tukar sikit "mungkin ada hikmahnya " , "Mungkin ini kesudahan yang baik bagi kami ", "Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA  " . Macam ni GOOD.

At the same time, kalau korang rasa baby/bie/syg/ayang ko tu masih boleh dipujuk, dan masih boleh membaiki perhubungan korang tu. BERUSAHALAH. Usaha tangga kejayaan. Kalau setakat mulut kata nak, usaha tak ada. Takkan bergolek la baby/bie/syg/ayang ko tu datang balik. Tapi, usaha pon biar berpada. Anda akan tahu limit anda di mana. Jangan siksa diri. Benda paling penting korang kena ingat "Tak ada orang akan SAYANG ko, kalau ko tak SAYANG diri ko sendiri".

Akhir kata, normal lah PUTUS CINTA ni. Aku pon pernah rasa. Siap aku yang ditinggalkan. Bukan yang meninggalkan. So, KUATKAN LAH SEMANGAT UNTUK TERUS HIDUP. Kita cari pasangan lain. Yeay!

with❤:izan®

8 comments :

  1. terbaik dari ladang hahaha..

    ReplyDelete
  2. Hihi, kita putus cinta setahun lepas, tapi x kurus. Makin KEMBANG!

    Yg peliknya kan, budak2 sekolah yg duk putus cinta monyet tuh kononnn sgt, nk nangis2 mcm xde hari esok..

    ReplyDelete
  3. @anon : thanks ;)

    @dilakochan : Erk, ini dah kes lain ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. tolong jangan cakap pasal pengurusan badan sebab orang ni terasa -..-

    hehehe

    ReplyDelete
  5. nak repost blk kt blog aty boleh? giler setuju and skit2 terasa.. sikittt jerrr (-.-) muahahhahahaa

    but yeah, cara aty nk kurus dgn cepan adalah perlu putus cinta.. so, stuju dgn tajuk!

    ReplyDelete
  6. @amir : Erk, baru putus cinta ke? hehehehe

    @aty : Boleh, tapi kena backlink kat kak ijan. heehehe..aduh! rindunya...

    ReplyDelete

leave me some words ;)