Followers

Sunday, June 19, 2011

Kenapa orang bercinta boleh GEMUK?

Hai, salam.

Setelah entry ini menjadi perbualan ramai. Ramai ke? Terasa seperti mahu membuat entry " Kenapa orang bercinta boleh GEMUK " pula. Biasa kan dengar orang cakap. " Amboi ko gayah, makin berisi aku tengok sekarang. Mentang-mentang la ada orang jaga. Makin berseri-seri pulak tu ". Biasa kan dengar macam ni. Tak pon untuk kaum lelaki, korang akan dengar " Huish Zamri rockers, dah berapa lama bela perut tu. Tahu la dah ada orang jaga sekarang ". Haaaaa...dah ada yang terasa la tu. Please la jangan nak menafikan pula ye. Nanti time mandi telek-telek perut tu eh. HAHAHA

Tapi jangan pula yang tengah bercinta tu tiba-tiba terasa tak dijaga sebab anda kurus. Anggap lah dah genetik keluarga kurus-kurus. Bukan salah GF/BF tak jaga. Ye dak? Syukur Alhamdulillah sebab masih mampu untuk makan dengan keyang. Nikmat ye tu anak-anak.

Sudah-sudah. Kang melalut merata. So, here a list about the tittle above.
  1. Senang hati. Orang kata la kan, bukan aku yang kata. Orang yang bercinta ni senang hati. Bila hati senang, perut kenyang. Nafsu makan pon bertambah.
  2. Ini untuk kaum perempuan. Al-maklumlah, kalau dah keluar dating tu, time makan je kompem la BF yang bayar kan. Baru nampak cool. Sape tak suka dapat makan free? Oleh tu, memang haruslah makan tempat mahal-mahal sikit. Then ko lantak pi minta banyak-banyak. Free weyh, free! 
  3. Masa bercinta kan, BF/GF korang mesti nak tunjuk-tunjuk sweet gitu. Bagi hadiah la hape la kan. Salah satu hadiah yang kerap diberi ialah, ape ye anak-anak? Coklat! Yeah! Ramaaaaaaaaaiiii kaum perempuan yang suka coklat. Kalau BF ko jenis yang sweet like sugar tu tiap-tiap minggu la ko akan dapat coklat. Ye dak? Coklat? Calories? Boleh kan sambung fikir sendiri.
  4. Haaaa, point ni aku suka. Biasa kan, girl kan, nak tunjuk la kat BF dia. I pandai masak la u. Then mula la masakkan spagetthi. Tak pon buatkan ayam masak merah. Bihun sup. Masakkan lunch, bawa bekal, then pergi makan sama-sama dekat taman. Sweet kan i Alan? HAHAHA. Then kalau tak sedap sekali pon, BF ko mesti akan cakap sedap jugak. Then GF akan paksa makan bagi habis. HA...Gemuk ke tak lepas tu korang rasa?
  5. Time sambut birthday? Makan. Sambut ulang bulan perkenalan? Makan. Sambut ulang tahun perkenalan? Makan lagi...Memang bercinta ni tiap kali dating je mesti ada makan-makan la. Dah makan dekat rumah pon still nak makan sama-sama. Konon nak teman je sebab GF/BF korang ajak macam ni " you, temankan i makan boleh? i belum makan dari pagi ". Disebabkan kesian, Korang temankan. HA! Tambah lagi makan tu. Mana tak gemuk. 
Sudah la. Malas dah aku nak bagi sebab kenapa berat aku macam tak boleh nak kawal je sekarang ni. Tak ape la. Nikmat Allah bagi. Syukur.



with❤:izan®

6 comments :

  1. kapten : Hai kapten...akhirnya ko sudi komen kan? hehehe...

    ReplyDelete
  2. aq nak jd gemuk....tp tak gemok2 pon..kena bercinta la nmpaknyeeee~~

    ReplyDelete
  3. leman : betul! kalau ko tak gmuk gak lepas tu maknanya awek ko tak pandai jaga...hahaha

    ReplyDelete
  4. aton : ko tgk sendiri la ton..tapi macam aku je makin gemuk. lan tak pon...hahaha

    ReplyDelete

leave me some words ;)