Followers

Sunday, August 08, 2010

isha's goodies bag

aku telah cuba, namun hampa.

sumpah! aku telah cuba sedaya upaya untuk memeriahkan birthday party isha dengan men-sponser kad untuk goodies bag birthday isha. eh, iye ke kad? hentam sajalah labu. ala, yang orang letak-letak gambar dekat goodies bag tu. paham ke tak? tak paham abaikan. baca sahaja cerita usaha ku hampa ini.

aku design kad tu dari ukm lagi. dari malam khamis. ingat nak singgah mana-mana kejap hari jumaat tu nak pergi print. tapi tak sempat. kerana ada hal lain yang perlu diuruskan. ini akan di ceritakan pada lain hari. bukan janji ni ya, tapi tak pasti. oleh kerana tak sempat aku pon bercadang nak print di rumah sahaja. hanya perlu beli glossy paper dan ink sahaja. printer sudah ada di rumah. 

aku balik rumah petang jumaat. malam tu on laptop tapi tak jumpa design kad yang aku dah buat. akhirnya aku design lain. esok petang (sabtu) ke tanjung malim untuk membeli ink dan glossy paper. dah siap-siap install printer driver dalam laptop aku sekali kertas pula tak boleh nak masuk dalam printer, apalah nasib kau printer. hanya badan sahaja gah. namun tak boleh berfungsi dengan baik!

akhirnya aku putus asa. untuk tidak menghampakan hati. aku paksa korang tengok design aku yang tak sempat di tayang dengan bangga depan family. kecewa!



with❤:izan®

3 comments :

leave me some words ;)